Monday, June 25, 2012

:: Kuching 2012 : Part 3 ::

Assalamualaikum wrth wbkth,

Day 3 in Kuching, Sarawak. Hari nie kami nak jalan-jalan sekitar Kuching sahaja after 1 day jalan di tempat yang jauh kan. Seronok tapi penat. So, tempat pertama cadalah Muzium Kucing yang terletak di bangunan DBKU di atas bukit. Tinggi dan cantik pemandangan dari atas bangunan DBKU nie.


Muzium Kucing mempamerkan pelbagai koleksi kucing dari serata Malaysia & dunia. Pelbagai koleksi dari orang ramai diletakkan di sini. Kami round sini lebih kurang sejam. Barangan di sini menarik cuma yang kurang menariknya adalah barang tidak berapa di jaga dengan bersih. Agak berhabuk muzium ni. So, perkara pertama bila aku masuk sini adalah bersin...adoii...tak sukanya.


Dah habis ronda Muzium Kucing, kami ke Kampung Gersik di area Petra Jaya. Situ agak banyak juga tempat membuat Kek Lapis dan Ikan Terubok Masin. Kalau dahulu saya ke Kilang Kek Lapis Dayang Salha yang terletak di situ juga, kali ini saya ke Kedai Kek Lapis Mira (Kek Lapis Basah). Semua kek lapis yang dihidangkan di rasa. Memang sedap-sedap belaka.

Pelbagai jenis Kek Lapis

Mira Cake House...Kek Lapis dah dibungkus
Selepas membeli Kek Lapis Sarawak, kami singgah pula ke hadapan kedai kek tadi, ada menjual Ikan Terubok Masin. Aku tak makan ikan nie, tapi ada orang kirim so beli la kan. Sedap kut, aku cuma pernah makan Ikan Terubok fresh dulu sekali, masak 3 rasa lagi. Perghhh memang sedap tapi sangatlah bertulang...bahaya sikit la kalau tak reti makan kan.

Ikan Terubok sedang dibungkus. Dapat beli RM10 - 2 ekor
Setelah memilih, membeli dan dibungkus Ikan Terubok Masin tu, tetiba rasa lapar plak kan. Jadi terus ke area Jalan Padungan untuk menjamu selera makan tengahari di Planet Sambal, Jalan Padungan. Dekorasi restoran ini amat cantik. Menu pula ada lauk-pauk makan tengahari dan juga menu lain seperti makanan Sarawak. 


Selepas selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan untuk ke Kilang Pasu yang terletak di kawasan Batu 4, Batu Kawa. Pusing-pusing gak masa tu mencari, tapi akhirnya berjumpa juga dengan kilang tersebut. Di situ kita boleh melihat pembuatan pasu dan juga membeli Pasu Sarawak.



Setelah memusing dalam kedai pasu ni, beberapa pasu telah menjadi pilihan hati juga laa..so, terjebak dengan membeli 2 pasu lampu & 2 pasu bekas bertutup. Adoii..sungguh tak tahan godaan di situ. So, instead of memikul balik pasu-pasu tu, aku telah memPOSkan pasu-pasu tu terus ke KL. Wow...harga pos lagi mahal la. Harga pasu memang best siap ada diskaun lagi kan. Pasu sampai dulu dari tuannya. Heheh...tapi memang berbaloi. So, lenkali jgn laa sibuk pikul pasu kan, boleh pos terus ke rumah, jadi tak payah la beli luggage besar untuk flight kan.


Kuching 2012 The Series:-


Sunday, June 24, 2012

:: Kuching 2012 : Part 2 ::

Assalamualaikum wrth wbkth....

Day 2 in Kuching, Sarawak. Terasa excitement. Sebab sebentar lagi nak pergi bershopping sampai keletihan. Heheh..kenapa? Sebab suka shopping laa kan. Kira-kira jam 720am kami bertolak ke Serikin. Kena bertolak awal pagi sebab cuaca agak panas di sana. Memandangkan kawasan tersebut berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Di nasihatkan kalau ke sana bawalah air dan topi bersama. Cuaca memang panas tapi keseronokan bershopping memang tak boleh dinafikan. Pastikan bawak beg extra untuk memikul barangan yang telah di beli. 

Pelbagai barangan dijual di sini. Dari barangan dapur, barangan rumah hingga ke pakaian. Pilihan pun tidak terhad. Pakaian di sini agak murah. Kain baju pun ada di jual





Banyak juga barangan yang diborong. Heheh sebenarnya dah lama tak aim barang-barang tu kan. Antara yang sempat di borong adalah kain ela. Before ni penah beli gak di sini, jadi kali ini beli sepasang dua untuk bekalan hari raya akan datang. Blouse juga agak murah di sini berbanding pasar malam. So, dapat laa aku rembat 3 pasang blouse untuk pakai bekerja nanti. Untuk Encik Hubby, belikan dia 2 helai kain pelikat Gajah Duduk tu. Memang dah dipesan sejak awal lagi. Jadi belikan laa sebagai souvenir kan.

Selepas 2 jam di sini berfoya-foya, kami berempat pun gerak laa untuk kembali ke Kuching balik. Kali ini, nak menuju ke Sarawak Cultural Village plak. Singgah ke Kuching balik untuk makan tengahari dahulu. Isi tangki perut yang dah agak kelaparan rasanya. Lupa plak nak ambil nama kedai tu, disebabkan kami lapar sangat. Jadi kami order beberapa makanan yang bersesuaian. Antara yang kami order hari tu adalah Mee Kolok & Laksa Sarawak. Air plak adalah Air Teh C & Air Ribena 7Up Longan.


Laksa Sarawak
Mee Kolok
Kenyang sudah makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Sarawak Cultural Village. Cuaca agak redup waktu itu, jadi kurang panas. Hujan baru lepas turun sebelum ketibaan kami ke SCV petang itu. Lawatan dari rumah ke rumah suku kaum di Sarawak seronok sangat, ada pelbagai yang boleh dilihat di sini.

Pintu Gerbang Kampung Budaya Sarawak
Passport yang perlu di cop di setiap rumah


Ok sambung lagi yek...ada 4 hari di sini..memang byk cerita...


Saturday, June 23, 2012

:: Kuching 2012 : Part 1 ::

Assalamualaikum,

Hari ini perjalanan ke Kuching, Sarawak bermula bersama teman-teman. Kesian Encik Hubby di tinggalkan di rumah. Tapi tak per, sebab dah siapkan makanan sebelum berlepas. Misi kali kedua ini adalah membawa kawan-kawan ofis berjalan & shopping. Seronok gak sekali-sekala berjalan dengan kawan-kawan kan...


Bertolak dari rumah jam 730am. Tiba di KL Sentral jam 8.10am. Jumpa kawan-kawan dan terus naik SkyBus untuk ke LCCT. Sampai di LCCT sekitar jam 940am, then terus ke kaunter drop baggage. Semua dah ada, jadi Boarding Passenang la kan. Cuma tinggal drop beg di kaunter, then kami terus ke McDonald untuk sarapan pagi. Lapar sungguh pagi tu sebab tak sempat sarapan di rumah. Alhamdulillah sampai ke LCCT boleh makan before flight berlepas. Lepas dah makan tu kami jalan-jalan before masuk ke Departure Hall. Masuk kat dalam, ada kerusi urut Gintell...hehe sempat lagi nak berurut tu...Flight 1145am dari LCCT dan tiba di Kuching International Airport (KIA) jam 130pm.


Ketibaan kami di Kuching di sambut oleh kawan baik officemate ku si Najat. Huhu, seronok laa kan ada orang yang kita kenal di tempat yang kita pergi holiday. At least boleh bertanya andai sesat jalan ke atau apa2 kan. Lepas Fida pick up kami di KIA, kami check-in dulu di Tune Hotel, Waterfront Kuching. 2nd time buat ku di sini la kiranya. Najat pula akan tinggal bersama kawannya. So, aku & Joyce akan tinggal di Tune Hotel.

After check-in dan masukkan beg bilik, kami makan tengahari di RJ Ayam Bakar Kopitiam. Fida kata makan di sini sedap. Dan kami telah mencuba specialities di sini iaitu Banana Cheese dan mencuba RJ Nasi Ayam Bakar. Sedap juga. Kategori ayam penyet la kan, dan ayam nya sangat besar. Jenuh gak nak makan.

RJ Ayam Bakar


RJ Nasi Ayam Bakar
Banana Cheese 
After menikmati makan tengahari (walaupun dah nak abis waktu lunch pun masa tu), kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelah malamnya nak jalan-jalan di Kuching Waterfront. Penat juga disebabkan cuaca agak panas ketika kami tiba. Jadi peluh meleleh tak hengat!! Heheh...tapi nak berjalan punyer pasal, digagahkan juga la kan. 

Before keluar berjalan-jalan tu sempat la singgah ke Riverside Mall di sebelah Tune Hotel tu untuk membeli air minera bekalan untuk esok. Then masa balik dari membeli barang, pintu bilik Tune Hotel buat hal, dan akhirnya kami terpaksa berpindah ke bilik baru. Dari Twin Room kepada Double Room. Rugi gak rasanya, sebab Twin Room tu kami dapat 2 katil single dan Double Room kami dapat 1 katil queen size sahaja. Nak tak nak, kena ambil juga la sebab dah tak de bilik. Mulanya gadis di kaunter tu kata dapat bilik di Level 2. Ada juga bertanya if ada bilik di level tu. At least tak payah nak angkat beg tinggi-tinggi kan. Nasib kami baik la, sebab ada satu bilik di level bawah...Bilik 001. Perghhh...dapat bilik No 1 la kiranya. So, amek kad baru, then terus masuk bilik baru. Lega. Unpack balik barang-barang dan lock beg besar before keluar jalan-jalan. Malam tu jalan-jalan di depan Waterfront Kuching kejap aje la, sebab esok kami nak ke Serikin untuk bershopping di sempadan Sarawak tu. Jadi malam tu tido agak awal, disebabkan esok tu memerlukan tenaga & air yang banyak dalam badan.

So, tunggu citer di Serikin & Kampung Budaya Sarawak in Part 2 yek...

Kuching 2012 The Series:-


:: Terbang Tinggi ... ::

Assalamualaikum wrth wbkth....

Di mana aku saat ini? Ke mana aku pergi?


Tunggu selepas 4 hari ...nantikan kepulangan ku...

W'salam....

Saturday, June 16, 2012

:: Countdown Starts Now... ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Tak sabar rasanya nak berkemas beg dah nie...tapi sebenarnya dah masuk pun separuh dari barang yang nak dibawak ke dalam beg...Tinggal nak masukkan barang-barang utama aje ke dalam beg tu...List barang-barang dah siap. Tiket & Boarding Pass dah siap print..yeay.. tinggal drop bag aje di kaunter...then bleh terus melepak ataih kapal terbang dah...

Hari-hari dok fikir di ofis...sebab hati dah tiada di ofis pun...hati dah sampai ke tempat percutian tu pun...hehehe ...excited sangat...Jom sama-sama countdown...

Daisypath Vacation tickers

Percutian kali nie bukan bersama cik Abe kite...tapi bersama kengkawan ofis...Ke mana kita yek? Nantikan aje updatenye nanti yek...So, tunggu laa gambar-gambar menarik nanti okay....

Saturday, May 26, 2012

:: Christina Perri - A Thousand Years ::

Salam...

Jom layan....bukan ada kena mengena ngan Twilight la...saja isi masa lapang kan...tak de
mood nak berblogging. Cuma sekadar nak isi masa nyanyi2 karaoke...



Thursday, May 24, 2012

:: Christina Perri - Jar of Hearts ::

Salam semua,

Cepat aje kan dah Khamis. Laju aje masa berjalan. Tik tok tik tok! Aku pun tak saboo nak menunggu hujung bulan nie. Sebab apa? Hehehe nanti tu aku story kemudian. Kalau syok bleh laa story, tapi kalau tak syok tak mau la citer kan! Segan weyyy....

Anyway, masa terus berlalu, dan kejap aje. Lagi sebulan nak ke satu destinasi. Destinasi ke mana? Huhu nantikan...nanti aku story kemudian. Sekarang nie tak feel nak story lagi. Lom bangkit lagi kehangatan nak berceritanya tu. Hehehe...nanti story with photo skali. Baru best untuk di lihat kan...

Nie lagu Christina Perri selain dari lagu A Thousand Years .... Jar of Hearts...lagu faveret aku nie...so, layan ajer laa eh...

Saturday, May 19, 2012

:: Wedding Anniversary ::

Salam...

Dah lama nak update pasal pegi makan-makan with my dearie Hubby kat T.G.I Friday, Wangsa Walk Mall. Aku nie bukan jenis suka pegi tempat-tempat macam nie...so, bila Hubby ajak, memula rasa macam tak mau. Tapi pegi gak la...saja nak cuba lain dari yang lain kan. Sekali sekala apa salahnya!

Antara yang kami order:
:: Pineapple Juice & Strawberry Juice ::

:: Bufflo Wing ::
 
:: Barbeque Burger ::

:: Championship BBQ Chicken ::
Overall, bagi aku biasa aje. Ayam dia dry sgt. Tak berapa sedap. Sebab dah dry, rempah-rempah tak rasa laa kan. Tak kena ngan selera aku sangat. Huhuh..ntah laa...but I enjoy the day with dearie Hubby...hehehe dinner for two.

So enjoy tengok makanan eh....

Wassalam...

Sunday, May 06, 2012

:: My Birthday Celebration ::

Salam semua,

21 April yang lepas jatuhnya tarikh lahir saya. So, celebrate with family. Kat mana? The Manhattan Fish Market @ Pavilion, Kuala Lumpur...sebab mula-mula nak ke tempat lain, tapi tempat tu tutup lak...jadi plan B laa jadinya!

Apa yg secret?? Hmmmm...

Mula-mula tak tau nak ke mana pun. Main masuk ajer laa terus ke Pavilion tu. Then ronda-ronda area Foodcourt...macam tak de menarik. Tapi bila dah puas ronda tak tau plak nak pilih yang mana kan...Last2 masuk laa Manhattan Fish Market....since aku pun tak penah makan kat sini, jadi pegi ajer laa...Tak tau nak order apa, sebab tak penah pegi la katakan...alahaiii terasa kampungan sesangat. Tapi tak pe aaa cuba benda baru kan...menu pun biasa aje...so, pilih ajer laaa berdasarkan gambar yang diberi....

Order pun bermula...servis ok-ok aje laa....kena panggil baru nak mai....sekeh kang waiter nie...aku order Crabby Olio...Sedap! Tak sangka sesedap tu plak rasanya. Huhuhu suka sesangat!!
Crabby Olio
Then hubby order ni lak...Cherry Snapper Fish & Chips...Sedap gak...berbaloi laaaa...yang nie kami kongsi berdua...then hubby order lak Chicken Olio....tapi sampai Chicken & Rice lak....malas nak tukar...sebab servis slow sesangat..jadi makan ajer laaa...

Cherry Snapper & Chips
Order lain dpt lain....makan aje laa kan...
Yang lain-lain order lebih kurang gak laaa....cuma si Mira aje order Small Mix Grill...nampak menarik...banyak plak tu...macam-macam ada di dalamnye. Dah nama Mix Grill kan...apa yg ada dlm laut tu dia mix skali laa kut...ada Udang, Sotong, Kepah, Ikan Dori, Sayur etc...byk giler...sib baik aku tak order nie...hahah

Small Mix Grill
Anyway, TQ Long sebab belanja birthday gurl nie...hehe...and thanks to all yg celebrate skali....perut dah kenyang...hati dah senang...lepas makan tu kami jalan-jalan jap kat Pavilion...then terus ke Jusco Maluri lak...jalan-jalan kat sana lak. Sebab Long nak beli barang dia..jadi terus laaa beramai-ramai naik kereta bersama hahaha...penuh kereta si Mira..hahah tak per...

Nanti aku update lagi kisah makan-makan....tak larat nak tengok nanti...mau pening tengok makanan ajer kan..heheh ...okay...chow!!

Lagu :: Hatiku Milikmu ::




Tuesday, May 01, 2012

:: Happy Labor Day! ::

Salam semua,

Jom cuti-cuti Malaysia....

Jom jalan-jalan....

Monday, April 30, 2012

:: Happy Anniversary My Dear! ::

Assalamualaikum wrth wbkth,

Happy 6th Anniversary my dear! 

:: 30.04.2006 ::

Thanks for being a wonderful partner in my life. 
Thanks for sharing everything with me. 
Thanks for loving me...

I will always LOVE YOU!

Saturday, April 21, 2012

:: My Birthday...I'm getting old! ::

Assalamualaikum wrth wbkth,


TODAY is my BIRTHDAY! How old? Don't ask laa ek...malu ler! Harapan dan impian...semoga aku menjadi seorang insan yang sentiasa berbakti kepada keluarga dan menjadi seorang isteri mithali. Semoga impian menjadi seorang IBU akan tercapai. AMIN! Semoga dimakbulkan segala doa dan impian aku ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...