Sunday, August 10, 2014

Short Trip : Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri. Baru aje berhari raya bersama keluarga. Kali ini luangkan masa lagi bersama keluarga. Kita bercuti plak beramai-ramai kan. Kami kali ini ke Port Dickson. Tujuan untuk bermandi manda bukan di laut, tapi di kolam renang. Heheh....aku memang tak gemar nak mandi laut. Sebab rasa badan melekit-lekit, mungkin sebab tu aku tak gemar sangat nak berkubang di laut. Walhal, rumah aku kat Teluk Batik nuuun....tapi tak jejak pun langsung. Hahah pelik tapi benar yek!


So, preparation ke PD ni aku bawak bekal. Masak spaghetti, ayam drummet goreng, buah-buah pencuci mulut dan sebagainya. Semua pakat bawak makanan penuhkan perut di waktu bercuti. 

Sampai di PD agak awal kira-kira jam 10am. Sebabnya kami ikut jalan belakang, so tak laa lalu jem2 di highway Plus tu. Selamat sket bajet kan. Dah sampai awal, kami pun pekena laa Cendol Bakar dulu. Tapi kami order benda lain, Coconut Shake plak. Hahaha....apa2 aje laa kan...


Puas2 makan dulu, pas tu melepak kat Teluk Kemang. Tempat faveret untuk bershopping. Hehehe  macam biasa laaa kami berdua ni suka beli t-shirt. Koleksi laa katakan.





Lepas dah puas hati membeli segala jajan dan barang yang kami suka di Teluk Kemang, Kami tiba di hotel untuk check-in. Dapat bilik kat tingkat 8. Orait la. Lepas masuk aje bilik, isi perut dulu sebab dah lapo kan. Lepas makan kenyang-kenyang, time untuk berkubang di kolam renang persendirian tu. Best. Acara tahunan ke sini.



Heheh....nak berkubang sakan! Memang mandi sepuas-puasnya sampai malam..sampai ke esok pagi. Kalau larat laa... Lagipun bukan pergi berdua kali ini, jadi lebih meriah laaa sket kan...seronok sangat! 

Kita enjoy!!

Tuesday, April 29, 2014

Sirih Pulang ke Gagang ~ Sandakan (Part 2)

Salam,

Kembara ke sini 7 hari. Masa banyak di habiskan di rumah. Menguruskan nenek yang kurang sihat. At least berbakti sewaktu dia masih ada.

Kalau balik ke Sandakan, tak ke pasar besar Sandakan memang tak sah. Sinilah hub untuk membeli barang-barang basah dari segi makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam-macam sebenarnya ada di sini.


Ni yang sempat di beli. Ketam. Hehehe favourie aku bila balik ke kampung. Memang kalau bagi seperiuk memang aku makan sendiri ajer. Heheh...kolestrol naik laa macam ni kalau balik kampung selalu kan.


Sebelah petang time santai-santai. Dapat laa buah mangga plak kan. Memang best. Lepak sungguh melayan angin sepoi-sepoi bahasa tu.


Kebetulan pakcik dari KK sampai ke Sandakan beberapa hari lepas kami tiba di Sandakan. Jadi berkesempatan laa melawat tempat-tempat yang tak pernah aku jejak sebelum ni. Antaranya look-out-point di atas bukit. Boleh tengok Bandar Sandakan dari atas. Best. Cuma agak sunyi sket jalan nak naik ke atas.


Berdekatan dengan look-out-point ni terletak di English Tea House & Restaurant. Kat sini boleh laa minum teh ala-ala orang British. Tak berkesempatan untuk singgah minum di sini. May be next time with all family member. Baru best kalau macam nie kan...kalau minum sendiri tak best.


Since esoknya dah nak balik ke KL. Aku pun berpeluang untuk bershopping bahan-bahan kering untuk dibawa pulang. Contohnya macam ikan kering, udang kering, keropok belinjau dan blend coffee. Kenapa? Sebab barang-barang ni agak murah di sini. 



Balik ke KL. Saat paling sedih. Malas nak fikirkan laa plak kan. Anyway, Airport Sandakan sedang renovation masa aku balik ari tu. Memang seronok laa kan, sebab dah berpuluh tahun dah airport ni tak de perubahan. With modern look, cantik. Cuma masa tu baru 40% siap. So, may be next time boleh laa mendarat di airport baru.

Hingga bertemu lagi...chauuu!!

Monday, April 28, 2014

Sirih Pulang ke Gagang ~ Sandakan (Part 1)

Salam,

Sandakan. Bumi kelahiran Ibu. Balik kali ini bermisi. Misi melawat nenek yang kurang sihat. Alhamdulillah masih berkesempatan lagi melawatnya disaat hayat masih ada. Panjangkanlah usianya, amin!!


Seawal pagi dah terpacak di KLIA. Naik MAS kali ini. Dah lama tak naik. Permintaan ibu kali ni. Jadi layankan sajalah kan...Flight ke sana jam 10.30am, jadi jam 7.30am dah terpacak la kat KLIA. Punya laa ramai umat manusia di awal pagi.



Dah selalu sangat naik AirAsia. Kali ni naik MAS la plak kan. Walaupun agak gemuruh masa naik. Hehehe tak tau kenapa la...tapi mungkin sebab macam2 hal plak di tahun 2014 ni kan. Apapun kepercayaan kepada MAS tidak pernah berbelah bagi.

Dah check-in bag, tiba untuk masuk terus ke dalam. So, boleh laa berehat-rehat di dalam. Masuk awal tak de laa kelam kabut kan.


Perut pun dah kenyang masa lepas drop bag, Selesai semua urusan baru boleh rehat sementara tunggu flight kan. Flight pagi tu agak penuh gak. Pelancong pun agak ramai. Yang pasti ramai bawak kamera yang besar2. Kenapa? Mungkin dorang nak melawat Sepilok kut. 



Till then...sambung lagi...Dah tiba masa untuk terbang tinggi di awan biru...

Monday, April 21, 2014

Birthday Month!

Assalamualaikum....

Love A P R I L again! Why?

It's my birthday month. Yeay...Celebrate? Hanya bersama yang tersayang.

Kali ini birthday hari Isnin. Errkk...Tak bleh nak cuti. Hmmm may be next time kan....




Source Pic: Google

Monday, April 14, 2014

Susu Pisang

Salam semua,

Korea? Aku nak ke Korea ker? Tak de la...sampai pun belum nie. Cita-cita memang ada nak ke sana. Insya'Allah. Nanti sampai laa tu kan...

So, walaupun tak penah sampai ke Korea. Dapat merasa barang-barang yang fames dari Korea pun jadi laa kan...beli kat Korea? Tak de la...Beli kat pasaraya kat KL aje. Sekarang dah melambak. Tapi tak de laa dalam botol dia yg comel tu. Di sini dia dalam kotak. So far perisa Strawberry pun dah sampai. Jenama Binggarae. Sangat famous laa pada yang penah pergi Korea dan  minum susu ni. Walaupun tak penah sampai sana...tapi bila baca blog orang2 yang ke sana...rasa terliur lak. Then bila terjumpa apa lagi terus la beli.


Suka laa rasa dia. Sebab susu pisang amat jarang di jual. Dulu ada gak. Sekarang nie tak de. Bila jumpa nie bleh merasa susu pisang again! So, pada yang minat boleh laa dapatkan di Coldstorage & ISetan Food Market. Harga? Aroun RM3.50 ke RM4.00 sekotak kecil tu. Hmmm kat mana nak cari? Cari laa di rak-rak air kotak n jus2 di chiller pasaraya tu. Gerenti puas hati kan! 

Chooowww...

Sunday, April 13, 2014

Meow Ku Si Kochang!

Assalamualaikum.....

Lama lak tak update. Busy sket minggu nie. Tak de mood. Sebab penat sangat!

So layankan je laa gambar budak bulus nie. Comel & Gebusss...si Kochang...model kat umah nie...


Wednesday, April 09, 2014

My Cats Moment

Assalamualaikum...

Nak share gambar kucing gemok aku ni. Que Jr nama dia. Bapak dia Que Sr. Lagi ensem bapak dia la...dia ni suam2 ensem hehehe...Jantan...tapi bila berjalan sexy ajer dari belakang. Macam kucing betina. Sampai semua kucing jantan kejar dia nak ajak buat bini..haha kelakar pun ade!!




Monday, April 07, 2014

Saturday, April 05, 2014

Pasar Tani Taman Melawati

Assalamualaikum....

Weekend dah tiba! So it's time for Pasar Tani di pagi Sabtu yang indah. Jom ikut ke Pasar Tani Taman Melawati. Shopping di sini banyak pilihan berbanding Pasar Malam Melawati pada hari Sabtu. Pilihan amat luar biasa. Bukan setakat barang basah aje di jual. Malah baju pun ade jual gak. Dah macam pasar malam gak kiranya!

Sebenarnya nak citer pasal satu kedai ni. Best sangat. Discover it 3 months ago. Menu dia menarik sangat. Masa tu dok lalu lalang nak cari ubi kayu. Ternampak laa gerai ni. Ramainya orang que. Panjang que. So, kena bersabar laaa eh.

Yang pakai jaket oren tu la pakcik tu
Tengok laaa bila sampai rumah kami terus makan. Terpesona terus!! Ada Nasi Ambeng. Rasa dia sangat superb la. Pakcik ni tak kedekut tau, dia akan bubuh semua lauk tu sampai bekas polisterin tu tak boleh tutup dan terpaksa di ikat dengan getah. Tapi memang puas hati laaa makan. Tu pasal berbaloi que panjang2 pun kan!! Aku dah cuba gak Pulut Kuning dia. Best. Banyak dan rendang dia sedap sangat!! Melelehhhhh air liuq.....

Isi melimpah ruah dalam polisterin. Kenyang sampai petang
Memang menarik. Banyak gak menu dia. Ada Lontong. Ada Laksa Johor. Anda cuma perlu sedia duit dan kudrat untuk beratur la sebab dorg yg beratur tu order biasanya untuk sekeluarga! So, kalau datang sini boleh la cuba yek!



Tuesday, April 01, 2014

L O V E . A P R I L

Assalamualaikum....

Welcoming APRIL! My favorite month of all. Yeah....month full of celebration!

H E L L O . A P R I L 

I'm lovin' it!!

Source : Google



Monday, March 17, 2014

Jom Jalan : Tugu Negara

Assalamualaikum

Weekend lepas aku dah menjelajah KL. Dalam erti kata jalan-jalan dalam KL aje. Tak ke mana pun. Bukan apa, dah lama tak keluar jalan-jalan untuk dating kan. So, ambil kesempatan ini before Mr Hubby sibuk.

Nama ajer laa dah duduk KL dekat 13 tahun. Tapi banyak jugak tempat-tempat dalam KL ni yang belum aku jelajah lagi. Maklum laa dulu nak jalan-jalan sebab student, duit tak de la sangat kan. Banyak dok umah aje la kan. Sekarang nie laa baru nak jalan-jalan bersama yang tersayang.

So lokasi yang aku terjah kali ini adalah Tugu Negara. Mesti korang gelak kan?? Maklum laa biasanya tempat ni korang dah melawat masa zaman sekolah dulu. Ni dah tua-tua baru nak datang melawat. Lawak gak kan!


Cuaca hari tu jugak agak panas. Memang garing laa kiranya kalau dok berjemur tengah panas tu. So lepas bergambar sakan...terus lari2 ke tempat redup. Hehehe takut hitam lettewww..hahaha..apa nak takut? Memang aku dah hitam pun...so, tak kesah laa kan..janji ada gambo gedik2 kat situ kan...

Kat sini ada juga kedai souvenir. Jadi boleh laa datang dan tengok-tengok untuk membeli apa yang patut. Dan Mr Hubby memang mudah terjebak laa dengan membeli belah ni kan. So, dia sempat laa membeli mug dan fridge magnet sebagai habuannya. Banyak juga la barang-barang yang dijual di sini. Memula aku nak beli gak T-Shirt....maklum laa peminat t-shirt. Tapi tak jadi laa...may be next time.


So udah-udah laa kan dok di bawah sinaran mentari yang terik tu. Memang rasa kering dan garing sangat. Jom lepak bawah pohon ketapang dan minum air. Jom rehat!!

Monday, March 10, 2014

Roadtrip to the East Coast : Cherating, Pahang (Part 2)

Assalamualaikum,



Alhamdulillah!! Kami dah tiba! First time kiranya aku sampai dan bermalam di Cherating. Selalunya aku lalu aje. Tak pernah pun singgah ke Cherating nie. Memandangkan dulu aku pernah tinggal di Kertih, Terengganu kiranya tak jauh mana pun laaa kan Cherating nie. So, tak payah laa nak tido situ kan. Kira lalu sahaja pun dah cukup. Aku pun tak berapa arif sangat pasal kawasan ni. Memandangkan ni yang 1st, aku banyak belajar dari info blogger-blogger lain. Thanks a lot you guys!!

Pantai timur amat terkenal dengan keindahan pantai. So, kiranya nak menikmati laaa keindahan pantai dan angin laut yang menderu-deru tu. Kami pun berjaya laa meloloskan diri barang sehari dua untuk melepak dalam sessi jejalan ke pantai timur ni. Lepak sini 3 hari 2 malam di Impiana Resort Cherating
:: Gambar ni from Google : Impiana Cherating ::

See?? Keindahannya jelas sesangat kan!! So, jom explore laaa Cherating ni. Setelah bertolak dari Bukit Tinggi. Kira-kira 2 jam setengah, kami pun tiba di lokasi. Impiana Cherating. Hotel Impiana ni agak lama sket. Rustic laa design kat dalam ni. Agaknya kalau dorang refurbish sket untuk mengekalkan kecantikannya mungkin lebih baik kan. Jadi dapat laa mengekalkan keindahannya.


Jam 3.30 kami sampai terus check-in. Senang jugak check-in dia, tak banyak cikadak la. Sempat lagi tu dorang tanya, hanimun ker? Kami pandang sesama sendiri dan gelak2. Hehehe kami ni tak payah ke hotel nak hanimun pun..hehehe...Gadis tu beriya citer pasal kopok lekor dan etc. Aku senyum aje la. Sebab aku pun dah biasa area situ. Cuma aku dah lama tak datang sini aje la.

Ambiance hotel aku suka sangat. Tenang aje. Check-in dapat bilik di level 1. Dan dekat sangat ngan tangga menuju ke pantai. Syok sangat masa tu. Tangga betul-betul sebelah pintu bilik. Hehehe...happy la sangat!


Di kawasan lobby hotel terdapat kolam sebelah lounge. Seronok gak duduk kat sini. Sambil ambil angin di sini. Enjoy the view here.



Petang plak kami ke pantai. Jalan-jalan di pantai. Mandi laut? Tidak kut. Sebab aku tak berapa gemar sangat nak mandi manda di laut. Lagi-lagi la ni laut lepas. Angin best. Menderu-deru aje.



Tempat lepak-lepak di petang hari. Seronok sangat. Main buai di tepian pantai. Memang best bila dapat lari dari hiruk pikuk kota yang berjerebu tu buat sementara waktu.


Disebabkan kami berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. So, brekky sekali ada dalam pakej. Breakfast di Kedai Kopi. Bukan kedai kopi yang macam tepi jalan, tapi ni la nama cafe di Impiana Resort ni. Unik gak nama dia kan. Makanan kat sini okay gak. Banyak gak yang menjadi pilihan.


Misi mencari kopok lekor dan keropok ikan belum tertunai. So, nak kena kluar jalan-jalan dan mencari. Di samping tu bleh laa jalan-jalan cari makan di sekitar sini kan. Lama tak jalan-jalan ke area pantai timur ni....Next update..nanti aku story nak menjejak keropok lekor, satar dan otak2 di Kemaman.

Ok sambung lagi nanti na....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...