Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Roadtrip : Road to Krabi, Thailand (Part 3)

Assalamualaikum...

Hari ke-3, kami pun dah nak balik. Selamat tinggal Ao Nang, Krabi. Next time jumpa lagi. Enjoy my stay in Krabi. Hari ni kami nak menuju ke Hat Yai. Tempat yang memang kami nantikan untuk bershopping sakan. Hehehe..Tak sabar nak tiba. Sebelum tu, kami ronda-ronda dulu laa before shopping kan. 


Sempat laa kami berdua masuk ke Hatyai Icedome. Macam kat i-City Shah Alam gak. Ok laa...banyak gak benda bleh buat dalam tu. Main salji lagi. Hehehe seronok gak. Lepas bermain-main salji tu. Ada plak bunga-bunga untuk di tengok. Macam-macam jenis bunga ada.



Masa pi shopping memang tak dan amek gambar pun. Sebab masing-masing sibuk shopping sakan masa nie. Hahaha...lepas tu kami nak balik dah tapi sempat singgah ke Klonghae Floating Market. Kat sini ada macam-macam laa gak. Makanan dorg jual atas bot. Ada juga jual baju, beg, kasut dan macam-macam lagi. Pokoknya sediakan ajer laaa duit ye...memang rambang mata laaa kat situ.



Dah dekat jam 6pm. Kami cepat-cepat laaa naik van dan bertolak ke Padang Besar. Takut sempadan tutup plak. Sempadan tu tutup jam 8mlm. Kami sampai ngam2 ajer kat sempadan tu, around 7.45mlm. Fuhh memang letih giler. Sampai tu nak punggah beg lagi masuk ke van untuk balik ke KL. Letihnya haiii...tapi apa nak buat, travel tak boleh laa mengeluh kan. 

Citer pasal bajet. Kami sorang bawak RM500 aje. masa tu tukaran wang pun susut gak. Kurang dalam 60 sen. Sekarang lagi laa teruk dah. So, memang tak dapat laa nak travel ke mana-mana buat masa ini. Kena bajet2 kan dulu duit yang ada untuk meneruskan kehidupan.

Ok. Maka tamat laaa perjalanan kami ke Krabi....

Monday, August 17, 2015

Roadtrip : Road to Krabi, Thailand (Part 2)

Assalamualaikum...

Sambung journey di Krabi dengan Island Hopping. Melawat 4 pulau. Kiranya melompat-lompat pulau katanya. Trip nie memang best. Cuma dari 9 orang, hanya kami 7 orang ajer yang pergi. 2 orang lagi tinggal sebab mabuk laut. Heheh...tapi memang best berhitam-hitaman di pantai.

Bertolak jam 8am dari hotel. Ada bas ambil kami depan hotel. Tapi bukan bas pun, kira macam tuk tuk dorang version lori dan ada seat macam naik lori askar zaman skolah dulu. Hehehe kelakar lak. Tapi seronok laa gak...Dah ambil semua penumpang, terus bas menuju ke satu pantai yang menghimpunkan semua orang yang akan pergi islan hopping tu. Ramai rupanya. Dari macam-macam agent lak tu. So, memang pantai dipenuhi dengan manusia yang datang dari pelbagai negara.


Kami naik bot kayu atau pun lontail boat aje. Tak de laa nak naik speed boat. May be next time laa kut. Tapi seronok gak. Hehehe....tapi jenuh nak panjat tangga bot kayu ni. Sebab ia agak tinggi. Dan aku dah beberapa kali nak tersungkur masuk dalam bot, tapi nasib baik laa driver bot tu sambut aku, kalau tak sure makan lantai bot aaa muka aku...hahaha...

Kalau ada yang mabuk laut tu, boleh laa siap2 makan ubat tahan mabuk eh. Macam aku tak mabuk laut pun, tapi disebabkan bot semua macam berlumba ajer nak sampai pantai Island Hopping tu, jadi air laut jadi berombak-ombak ajer masa tu. Seram sejuk gak aku masa tu. Dah nak termuntah pun ada gak. Paling best bawak laaa gula-gula ke untuk hilangkan rasa mual tu ye. Malangnya aku pun tertinggal gula-gula aku semua. Boleh plak!

1st Island kami tiba adalah Tup Island (Koh Tup). Pulau ni cantik sangat, ada beting antara 2 pulau. So, bot akan parking antara beting ni, dan kita pun berjalan-jalan laa di atas beting pasir ni. Masa aku datang macam dah nak lambat sket, jadi air pun macam nak pasang dah masa tu. Keindahan pulau dia memang tak terkata. SUBHANNALLAH! Cantik sangat. Pasi putih gebu. Air biru turqoise. Perghhh indanyanya saat ini. Rasa macam tak cukup aje pergi sekali hari tu. Rasa nak pegi lagi nanti.


Lepas tu yang kedua adalah Chicken Island (Koh Gai) memang macam ayam pulau tu. Hehehe tapi kami tak de stop kat sini. Lepas snorkeling ajer baru kami lalu tempat ni. Snorkeling pun best, walaupun aku tak turun untuk snorkeling. Just duduk atas bot, and perhatikan kawan2 dan tangkap gambar kawan2 dalam air. Seronok tengok orang berendam, tapi takut punya pasal terus tak jadi. Hahaha....

Lepas snorkeling, baru laa lalu kat pulau ayam tu. Comel ajer nampak dari jauh kepala ayam. Tetiba rasa nak makan KFC lak masa tu. Hahaha...lapo gak bila dok atas bot nie.


Lepas dari Chicken Island nie...dalam 15 min gak kut naik bot, kami tiba Poda Island. Di sini kami dihidangkan dengan makan tengahari. Halal ye. Jangan risau laa...


Tiba aje, terus beratur ambil makanan mengikut bot masing-masing ye. Memang lapar sangat masa ni. Maklum laa dah time lunch pun masa tu. Memang aku pun bawak tikar, elok laa untuk kami semua duduk dan makan kan. Lepas makan baru bergambar sakan disekitar pulau tu. Lama gak kat sini, so memang siap bleh mandi manda di laut yang biru tu. Cantik sangat...
 

Lepas melepak-lepak sakan di Poda Island nie. Kami meneruskan perjalanan ke Phranang Cave atau pun Railey Beach. Sini pun cantik. Tapi sebab dah matahari memacak atas kepala, yang diidamkan hanya nak minum air ajer la. Memang panas sangat masa ni. Masa tiba di pantai, dah nampak bot2 yang jual air. Mata dah target untuk minum ajer masa ni. Memang terus turun ajer meluru beli juice manga. Kalau kat Thailand ni jus manga memang marvelous sangat!!
Di sini lepak lama gak. Dah laa panas. Tak sabo dah nak balik hotel. Sebab time ni rasa nak landing atas tilam yang empuk dikepuk2 bersama bantal. Rasa memang nak tido ajer masa ni. Lepas ajer driver boat dah panggil, kami apa lagi terus laa berlari2 ke bot. Sebab semuanya memang dah layu. Nak tido sebenarnya. Penat sangat. Panas plak tu. Perghhh..dan memang sepanjang dalam bot kami semua pakat tido. Hahaha...lena sungguh termasuk aku la kan. Hahaha....
Okay dah sampai pantai tu, kami turun boat, siap ada org jual gambar kami masa pagi tadi tu dorang ambil. Okay la. Aku pun beli laaa untuk tanda kenangan kan. Okay gak laa...at least ada laaa. Then berlari2 lak kami nak naik bas untuk balik ke hotel. Sikit lagi laaa geng kami ni tertinggal, sebab sibuk beli ais krim hahaha..sengal tul...
Nanti sambung kemudian eh..letih lak...banyak sangat menaip..hahah...chowww

Sunday, August 16, 2015

Roadtrip : Road to Krabi, Thailand (Part 1)

Assalamualaikum,

Asyik tertangguh jer nak berblogging pasal roadtrip kami ke Krabi. Kali ni memang pergi dengan kawan-kawan ofis dan 1st time laa aku pegi group tour nie. Best gak kalau dapat kawan-kawan sekepala ni. Seronok sangat!

Perjalanan bermula dihujung bulan Mac. Dah dekat-dekat dah time nak GST. Hahaha...kami tak de laa kena mengena ngan project2 GST. So okay laa kan, tak kisah sangat laaa. Dari Kuala Lumpur kami semua menyewa sebuah van yang boleh memuatkan kami seramai 9 orang. Bertolak dari KL jam 10pm. Aku ni amat sukar sket kalau travel malam. Tu pasal roadtrip aku semua bermula di siang hari sahaja. Hehehe...nie kira pengalaman baru. 

Dah bertolak jam 10pm dari KL. Kami menyinggah di hentian sebelah utara untuk mengisi perut. Patut membuang apa yang patut, tapi kami plak pi bantai makan Nasi Lemak. Sebab terpesona dengan bunjut peket Nasi Lemak, terus laa pakat ramai-ramai makan. Hahaha...memang makan macam orang kebulur lak. 

Lepas tu kami terus laaa bertolak. Dan tiba di Padang Besar lebih kurang jam 5.30am. Isi minyak dan terus ke tempat yang di janjikan dengan driver kami dari Thailand. Van Thailand telah menunggu kami di satu kawasan yang ditetapkan. Pakcik Driver ni pandai cakap Melayu. So senang laa kerja kami, sebab kami perlukan dia untuk membawa kami ke mana-mana. Sebab orang Thailand ni ramai tak boleh bertutur bahasa Inggeris. Payah tul dorang nie. Kang jadi ayam itik plak. Order makanan lain, sampai makanan lain plak. Naye laaa kan!

Bawah nie adalah Van Thailand yang kami sewa tu. Bertolak lebih kurang 7.30am dari Padang Besar memasuki sempadan. Awal pagi kurang jem. Kebetulan trip kami diketuai oleh seorang pegawai Kastam. Jadi senang laa kerja kami kan. Dia pun kebetulan pernah bertugas di Padang Besar nie. So, borang-borang nak masuk Thailand kami dah siap isi la. Awal pagi kurang sikit. Jadi que di imigresen kurang orang. Lancar ajer la. Lepas beberapa jam kami tiba di hentian rehat di Thailand.


Di hentian rehat ni, senang jugak. Sebab banyak makanan halal. Jadi kami pun memang lapar gak masa ni. Boleh laaa makan dan beli jajan. Toilet di sini juga bersih. Malah surau juga ada disediakan. Memang bagus sangat. 

Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di destinasi seterusnya. Emerald Pool. Memang best sangat tempat ni. Cantik dengan kejernihan airnya yang warna biru turqoise. Masa kami pergi nie dah kira weekend. So, ramai sangat orang. Sampaikan nak duduk kat dahan2 yang ada pun macam payah. Nak masuk sampai ke Emerald Pool tu kira2 800meter gak dari pintu masuk. Bersedia laa nak berjalan yek. Jauh tau!! Mengah gak laaa nak berjalan ke dalam tu. Tapi bila dah sampai memang worth it sangat laa masa tu. Tenang rasa jiwa tengok air tu.


Lebih kurang 2 jam kat sini. Kami bertolak laa untuk ke Ao Nang, Krabi. Tak sabar nak sampai destinasi dah sebenarnya. Dalam perjalanan memang kami semua bantai tido. Penat dah berjalan n berkubang dalam air tadi. Sebenarnya letih dek berjalan kaki ke dalam tu jer. Pas tu cuaca plak memang panas terik. Nasib baik laa kat situ ada juga gerai makan Muslim. So, senang laa kami nak makan minum. Tapi biasa aaa sebab ramai, makanan pun agak lambat sampai jugak la. Dah laa kebulur dan haus masa tu. 

Lepas makan tengahari tu. Kami bertolak laa ke Ao Nang, Krabi. Akhirnya tiba dalam jam 4pm. Alangkah seronoknya. Dapat laa mengeliat sakan. Badan dah lenguh2 dalam perjalanan tu kan. Kami menginap di area depan Starbucks & McDonald di Ao Nang. Sekitar hotel pun banyak kedai serbanika. So senang laa nak beli air atau apa2 kalau memerlukan di malam hari. Kebetulan di lokasi penginapan kami tu terletaknya tempat urut yang famous. Lepas dah penat memang best untuk mebetulkan urat-urat yang terselirat tu.


Sebelah petang, kami pun bersiar-siara laa di sekitar pantai Ao Nang Beach. Siap pergi tengok sunset tepi pantai lagi. Seronok laa kan. Sambil-sambil tu pergi carik beg kalis air untuk pergi ke island hopping esk. Actually dah ada. Tapi kononnya nak tambah lagi satu untuk koleksi akan datang.


Lepas jalan-jalan. Kami balik ke hotel. Nak rehat before pakcik driver tu datang untuk bawak kami jalan-jalan dan makan. So, balik berehat dulu laa. Kami plak pi kedai 7Eleven sebab dok cari air  masak untuk di bawa esoknya. Sebab musim tu pun panas, jadi kami perlukan air yang banyak.

Nanti sambung lagi part 2...waktu kami di Island Hopping sekitar pulau-pulau di Krabi. Choww....

 

Tuesday, February 03, 2015

Mau ke mana tu?

Salam semua!

Hi. Cuti-cuti kita hari ni. Best dok umah di tengah2 minggu kerja ni. Rehat2 di rumah. Boleh tonton TV dan melipat baju yg macam gunung. Kalau suh merayau memang lajuuu aje kan...tapi kalau suruh lipat baju memang banyak malas la!

AA buat sale! Hmmm...menarik! Sale untuk 3 Aug 2015 hingga 26 Mar 2016...tapi macam malas nak fikir lak kali ni. Tak de mood ker nak jalan? Ntah la....kena carik mood yang hilang tu balik...mana dia eh?

1



Memang nak pergi ke suatu tempat 2016. Tapi rasanya macam belum bersedia plak. Mungkin sebab banyak perancangan lain lagi tengah buat nie. So, mungkin pergi yang dekat2 ajer laa kut. Mungkin kali ni buat road trip dalam Malaysia aje la kut. Nak menambah kilometer kat meter kereta aje nie. Tapi penat kalau drive nie. 

Nak roadtrip ke mana tahun depan nie? Huihh awalknya fikir kan! Mesti korang cakap macam tu laa kan....tapi aku suka merancang awal. Persediaan awal tak per, at least kalau tak jadi waktu yang dirancang boleh la ditunda ke tarikh lain. Betul tak?

Biar dulu laa untuk 2016 tu...kena tumpu untuk 2015 ni dulu. Semua dekat2 plak tu travel itinerary aku. Adoiii...macam salah pilih ajer. Tapi tak per....semoga segala perancangan akan dipermudahkan. Amiiin!!

Monday, November 10, 2014

Trip to Bandung ~ Part 4

Salam

Day 4. Last day in Bandung. Flight kami disebelah petang. Jadi ada masa untuk berkemas pagi ni. Jadi semalam dah penat sangat terus tido. Tak larat sangat dah. 


Masa di Bandung ni, aku banyak baca review semua kata suruh ambil teksi bermeter supaya tak di tipu. Dan teksi yang di rekomen rata-ratanya adalah Teksi Bluebird. Tapi diingatkan teksi ni amat susah nak dapat gak. Sebab kata dorg, teksi ramai yang dengki dengan bisness mereka. Tapi masa last day nak ke airport, aku dapat kan naik teksi ni. Tapi kalau dari airport hanya terdapat 1 company teksi sahaja yang menjalankan bisness di sini, PRIM KOPAU. So, jangan cuba dapatkan teksi lain. Huhu...dorg kata teksi ni yang monopoly business di sini. Jadi teksi lain tak boleh ambil penumpang di sini.

Masa di Bandung, aku lebih percaya pada teksi yang color kuning dan color merah aje. Sebab dorang memang pakai meter. Tapi walaupun pakai meter, teksi mengenakan bayaran minimum untuk perjalanan. If perjalanan korang bawah IDR 25k pada meter, korang tetap kena bayar IDR 35k untuk bayaran mininum. Kiranya macam bukak pintu RM3 kut kalau kat KL tu. Apapun teksi di sana tak de yang buruk2 laa. Kebanyakannya memang Toyota Vios la..


Tiba masa untuk pulang. Flight jam 330pm. Macam biasa, flight dipenuhi rakyat Malaysia yang berdozen balik dari bershopping sakan di Bandung. Sampai tak cukup beg dah aku tengok. Agak2 kalau lori 10tan bleh masuk untuk angkut barang dorang naik kapal terbang pun dorang angkut kut. Org kita memang kaki shopping hingga lupa diri. Takut aku nengok.


Alhamdulillah, tiba di KLIA 2 jam 630pm. Lega menjejakkan kaki di Malaysia. Sepanjang perjalanan agak lancar berbanding masa pergi ke Bandung. Tapi jerebu aje sepanjang perjalanan. Atas awan tak nampak apa. Nampak asap ajer masa tu.

Sempat gak tangkap gambar atas awan. Masa nie baru naik dalam 20 minit macam tu. SubahanAllah, cantik tul masa ni.


Satu hal di KLIA 2 ni. Kawasan dia besar sangat. Penat woo nak jalan kaki dari tempat ketibaan hingga ke tempat ambil beg tu. Letih makkkk nak jalan. Nak harapkan Walkalator tu memang tak boleh harap. Bukan banyak pun. Bak kata kawan aku macam nak pi buat Sai'e...jauh jalan dia.


Dari perut kapal terbang ke tempat ambil bagasi memang nangis laaa kalau nak jalan. Tapi jalan slow and steady aje la. Tak de apa nak cepat pun. 30 min gak la nak jalan tu. Bila sampai beg pun belum keluar lagi. Lambat gak kan. So, melepak aje laaa dulu kan. Bila dapat beg. Sure kena check dulu. Then....nangissss!!!


Aaaaarrrgghhhhhh beg aku pecah!!!! Ape korang buat nie wahai pekerja2 angkat beg. Tolong laaaaa....campek beg aku sampai pecah2 nie. Sakit hati woooo. Kalau korang bayar ganti rugi beg pecah tak per gak. Bengong tul. Ni kali 4 dah beg aku jadi macam ni. Takkan setiap  kali travel nak beli beg baru? Hmmm....letih makkk...hilang semangat dah nak jalan terus macam ni. 

Ok laaa tenangkan jiwa dulu untuk beg tu... apapun Trip to Bandung memang awesome! Till we meet again yek. Next travel? Where? Dunno laa...lom rancang lagi. Mungkin yang domestik2 aje laa dulu kut....sebab nak kumpul duit untuk trip yang paling besar dan havoc! Hahaha....

Ok chauuuu!!

Sunday, November 09, 2014

Trip to Bandung ~ Part 3

Salam,

Day 3. Rasa macam lama plak aku kat Bandung tu. Entah laa rasa macam tak baper enjoy sangat. Tak tau kenapa. Tak per laaa..dah sampai jadi terus laa bershopping macam biasa kan. Pagi tu lepas sarapan di hotel, kami ambil teksi untuk ke area FO sahaja. Walaupun tak banyak FO yang aku nak jejak. Tapi okay la cukup berbaloi gak la.

1st FO yang kami tiba adalah The Secret. Sini tak de apa sangat. Ok la..just masuk dan keluar aje. Pas tu kami jalan kaki aje di area Jalan Riau nie. Terus ke FO The Summit. Sini kira pecah telur laa...kami mula shopping. Seronok gak bila dah mula kan. Hehehe gigil tangan nak bayar bila tengok harga ratusan ribu. Pas tu mula laa kami ke FO Passion dan FO Blossom. Kat FO JetSet tak de beli apa pun. Banyak kami beli t-shirt laa...hehehe macam biasa laa...minat ke arah itu aje...ada satu dua aje laa kemeja yang dibeli. 




Penat gak nak jalan sini kalau tak de supir. Tapi kami dah jimat dari segi perbelanjaan untuk kenderaan laa eheheh....sebab kami pun tak mau keluar kota untuk ke tempat liburan atau wisata. Just nak shopping2 dalam town ajer pun....so better naik teksi aje. Murah aje pun.

Pas abis tu terus nak carik Kartika Sari. Kedai kek yang femes kat Bandung ni. So jalan kaki lagi. Adoii..kaki harus kuat laa masa di sini. Akhirnya sampai gak la. Dan misi membeli kek aje laaa kan. Ramai gak dalam kedai nie. Dah macam butik dah kedai kek dia. Memang cantik.


Ni antara yang sempat aku beli disini. Actually banyak lagi sebenarnya. Tapi sebab kepenatan aku rembat mana sempat aje laa..tak larat nak fikir dah pas tu. Yang aku beli Tiramisu Brownies dan Brownies Choco Chip. Sedap semuanya. Brownies ni kalau nak sedap, bila nak makan panaskan di dlm microwave, memang rasanya akan sedap. Kalau makan sejuk gitu aje, tak berapa sedap. Kena makan panas-panas sket.


Yang ni plak Pisang Bolen dan Apel Bolen. Dunno what is bolen pun...tapi sebab ramai yang rekomen untuk makan yang ini, aku pun bantai beli laaa sampai dua jenis. Sebab kalau tak beli nyesal lak bila dah balik KL kan. So, beli sahaja la. Ramai kata Pisang Bolen sedap. Tapi bagi aku Apel Bolen lebih sedap rasanya. Lebih enak gitu!



Lagi satu yang sempat aku beli adalah Bagelen. Ni aku beli masa kat airport. Sempat gak aku beli. Alhamdulillah. Sebab ramai kata nie sedap. Jadi okay laa kan. Boleh laa aku merasa. Actually Bagelen ni adalah french toast tu, tapi dah diperisakan. Yang aku ambil adalah Bagelen Special Cheese. Sedap. Memang aku rekomen gak yang  nie.


Lepas dah habis ronda FO semua. Perut dah mula lapar. Masa lalu naik teksi tadi aku ada nampak Restoran Simpang Raya. Jadi terus ronda dan carik laa kan. Penat yang amat. Lapar pun yek sesangat. Penangan bershopping di FO memang menyebabkan kami kelaparan sungguh. Sini restoran nasi padang. Jadi menu makanan memang laa banyak sangat. Petuanya pilih lauk yang kita nak aje lepas dia hidang atas meja. Jangan cuit laaa lauk yang tak mau kang dorang kira plak walaupun kita tak makan. Total damage untuk makan di sini IDR 190k. Actually kami banyak order air. Haus beb sebab jalan kaki kami ni. Hehe datang ke Indonesia harus cuba jus di sini. Pekat dan sedap.


Lepas makan dan kenyang. Alhamdulillah. Kamipun pulang ke hotel untuk berehat. Kononnya nak ke Toko Tiga. Tapi Mr Hubby dah tak larat katanya. Kaki kami pun dah cramp. Jadi better kami ke hotel terus la. Berehat. Dan mendapatkan khidmat urut kaki di spa dalam Hotel Fave Braga gak. Lega lepas dapat urut.

Rasa ralat gak tak dapat pegi dua tiga tempat yang boleh shopping lain kan. Macam Rumah Mode, Toko Tiga dan lain2. InsyaAllah kalau ada peluang kemudian boleh la kami pegi lagi nanti. Penat memang mengatasi segalanya. Hehehe....

So, malam tu kami dinner di depan hotel aje. Hotel dalam mall kan, so bila keluar pintu lobby hotel terus tempat makan. Syok betul. Tak payah jalan jauh2 pun. The Kiosk Lost Market...Okay sini. Banyak sangat pilihan makanan. Dari makanan local Indonesia hingga ke makanan western. Memang menarik sangat. Puas hati la.


Dan  makanan dia sangat banyak. BIG portion. Perghhhh...jenuh nak abiskan. Nampak tak nasi aku seperiuk tu. Banyak tau nasi dalam tu. Huhuhu nanges nak abis...tapi alhamdulillah. 



Lepas makan kenyang2. Kami ke Starbuck. Rehat2 minum kopi. Best sebab sampai jam 12pm baru tutup. Lepas tu baru balik ke hotel untuk berehat.

Esok dah nak balik...yeay!

Sunday, November 02, 2014

Trip to Bandung ~ Day 2

Salam,

Hari kedua. Terlupa plak hari minggu (Ahad). Kami pun ke Pasar Baru. Pasar yang menjadi kesukaan semua org tak kira la dari Indonesia atau dari Malaysia untuk bershopping. Tujuan nak cari kain ela, atau kain cotton, atau kain lace buat baju kawin ke, atau kain khas buat jubah. Semuanya ada. Sedia duit aje laa kan.

Masa kat Pasar Baru ni, aku dah hilang semangat. Kebetulan hari minggu adalah hari dorg bershopping sakan. Perghhh, takut aku beb. Nak keluarkan kamera pun aku dah hilang selera. So, sorry laa eh tak de gambo dalam pasar tu. Hilang dah semangat nak pegang barang. Dah laaa rimas dengan orang yang kejar-kejar untuk jual barang. Aduiiii....panas plak tu! 



Tapi aku ni bukan laa mencari kain-kain lace untuk buat baju-baju glamour tu. Aku sekadar nak carik kain sulam dan kain jubah. Sebab itu aje laaa yang aku minat pun...ok laa...nafsu membeli belah terkawal.

Nak dijadikan cerita, kami di Bandung ni memang tak upah supir pun. Just ambil teksi aje yang ada. Sebab kami tak ke rancangan nak ke Tangkuban Parahu atau Kawah Putih. So untuk ke Pasar Baru nie kami dok tanya laa kat kaunter hotel, dia kata dekat aje. Tak jauh. Dengan confident nyer kami pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Pasar Baru. Jauh gak laa....berpeluh ketiak!

Okay tak lama pun shopping sini, lepas dapat apa yang dicitakan kami keluar terus keluar untuk mendapatkan teksi. Terus balik ke hotel. Tak larat kepenatan berjalan dalam Pasar Baru. Letih sungguh. Balik terus lepak dalam bilik. Letih wooo...Lepas rehat dalam sejam macam tu baru kami keluar makan tengahari di Bangi Kopitiam dalam building Braga City Walk.


Lepas makan terus laaa ambil teksi terus ke Cihampelas Walk. Kat sini banyak benda dijual la seperti Jeans, T-Shirt2 Super Hero, T-Shirt2 Anime, Kasut, Beg dan sebagainya. Kat sini aku tak de beli sangat. Beli 1-2 barang ajer. Lain tak berkenan plak. Sebelah tu ada mall yang berkonsepkan taman. Best gak jalan kat dalam mall tu.

Nak dijadikan cerita masa naik teksi ke sini, ditipu. Patut harga 50 ribu aje. Tapi teksi driver tu jahat. Dia cas kami sorang 50 ribu. Jadinya 100 ribu untuk naik teksi. Tak per laa menipu. Tak halal duit bagi makan keluarga ko kan. Sok terima laa bala ehh...




Dah puas meronda. Waktu pun dah nak petang. Alang-alang baik makan terus. Dalam mall tu kami ronda-ronda carik tempat makan. Ternampak la satu restoran tu macam best aje. Bakso Malang Karipitan. Kedai bakso lagi. Tapi banyak variasi makanan di sini. Servis di sini agak cepat lepas order terus datang. Tapi lepas order terus bayar laa, so kira okay la kan...lepas makan boleh terus blah. Rupa makanan memang tak seberapa, tapi memang sedap semuanya. Kami puas hati. Perut pun kenyang. Masa untuk pulang dan berehat.


Sampai aje di hotel, kami terus ke kedai ala-ala 7-Eleven. Tujuan nak beli air teh botol. Banyak perisa sebenarnya teh botol ni. Boleh juling nak pilih. Pilih laaa yang mana pilihan hati. Janji sedap!


Malam-malam sikit lepak kat Starbuck bawah hotel. Oh nikmatnya. Starbuck kat sini tutup jam 12malam. Best laa kan...sambil berwifi. Hotel wifi pun laju gak kat sini. Okay laa not bad.

So habislah journey for day 2. Ada lagi akan menyusul. Nantikan for day 3. Okay!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...