Assalamualaikum,
Alhamdulillah!! Kami dah tiba! First time kiranya aku sampai dan bermalam di Cherating. Selalunya aku lalu aje. Tak pernah pun singgah ke Cherating nie. Memandangkan dulu aku pernah tinggal di Kertih, Terengganu kiranya tak jauh mana pun laaa kan Cherating nie. So, tak payah laa nak tido situ kan. Kira lalu sahaja pun dah cukup. Aku pun tak berapa arif sangat pasal kawasan ni. Memandangkan ni yang 1st, aku banyak belajar dari info blogger-blogger lain. Thanks a lot you guys!!
Pantai timur amat terkenal dengan keindahan pantai. So, kiranya nak menikmati laaa keindahan pantai dan angin laut yang menderu-deru tu. Kami pun berjaya laa meloloskan diri barang sehari dua untuk melepak dalam sessi jejalan ke pantai timur ni. Lepak sini 3 hari 2 malam di Impiana Resort Cherating.
:: Gambar ni from Google : Impiana Cherating :: |
See?? Keindahannya jelas sesangat kan!! So, jom explore laaa Cherating ni. Setelah bertolak dari Bukit Tinggi. Kira-kira 2 jam setengah, kami pun tiba di lokasi. Impiana Cherating. Hotel Impiana ni agak lama sket. Rustic laa design kat dalam ni. Agaknya kalau dorang refurbish sket untuk mengekalkan kecantikannya mungkin lebih baik kan. Jadi dapat laa mengekalkan keindahannya.
Jam 3.30 kami sampai terus check-in. Senang jugak check-in dia, tak banyak cikadak la. Sempat lagi tu dorang tanya, hanimun ker? Kami pandang sesama sendiri dan gelak2. Hehehe kami ni tak payah ke hotel nak hanimun pun..hehehe...Gadis tu beriya citer pasal kopok lekor dan etc. Aku senyum aje la. Sebab aku pun dah biasa area situ. Cuma aku dah lama tak datang sini aje la.
Ambiance hotel aku suka sangat. Tenang aje. Check-in dapat bilik di level 1. Dan dekat sangat ngan tangga menuju ke pantai. Syok sangat masa tu. Tangga betul-betul sebelah pintu bilik. Hehehe...happy la sangat!
Di kawasan lobby hotel terdapat kolam sebelah lounge. Seronok gak duduk kat sini. Sambil ambil angin di sini. Enjoy the view here.
Petang plak kami ke pantai. Jalan-jalan di pantai. Mandi laut? Tidak kut. Sebab aku tak berapa gemar sangat nak mandi manda di laut. Lagi-lagi la ni laut lepas. Angin best. Menderu-deru aje.
Tempat lepak-lepak di petang hari. Seronok sangat. Main buai di tepian pantai. Memang best bila dapat lari dari hiruk pikuk kota yang berjerebu tu buat sementara waktu.
Disebabkan kami berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. So, brekky sekali ada dalam pakej. Breakfast di Kedai Kopi. Bukan kedai kopi yang macam tepi jalan, tapi ni la nama cafe di Impiana Resort ni. Unik gak nama dia kan. Makanan kat sini okay gak. Banyak gak yang menjadi pilihan.
Misi mencari kopok lekor dan keropok ikan belum tertunai. So, nak kena kluar jalan-jalan dan mencari. Di samping tu bleh laa jalan-jalan cari makan di sekitar sini kan. Lama tak jalan-jalan ke area pantai timur ni....Next update..nanti aku story nak menjejak keropok lekor, satar dan otak2 di Kemaman.
Ok sambung lagi nanti na....
No comments:
Post a Comment