Salam
Day 4. Last day in Bandung. Flight kami disebelah petang. Jadi ada masa untuk berkemas pagi ni. Jadi semalam dah penat sangat terus tido. Tak larat sangat dah.
Masa di Bandung ni, aku banyak baca review semua kata suruh ambil teksi bermeter supaya tak di tipu. Dan teksi yang di rekomen rata-ratanya adalah Teksi Bluebird. Tapi diingatkan teksi ni amat susah nak dapat gak. Sebab kata dorg, teksi ramai yang dengki dengan bisness mereka. Tapi masa last day nak ke airport, aku dapat kan naik teksi ni. Tapi kalau dari airport hanya terdapat 1 company teksi sahaja yang menjalankan bisness di sini, PRIM KOPAU. So, jangan cuba dapatkan teksi lain. Huhu...dorg kata teksi ni yang monopoly business di sini. Jadi teksi lain tak boleh ambil penumpang di sini.
Masa di Bandung, aku lebih percaya pada teksi yang color kuning dan color merah aje. Sebab dorang memang pakai meter. Tapi walaupun pakai meter, teksi mengenakan bayaran minimum untuk perjalanan. If perjalanan korang bawah IDR 25k pada meter, korang tetap kena bayar IDR 35k untuk bayaran mininum. Kiranya macam bukak pintu RM3 kut kalau kat KL tu. Apapun teksi di sana tak de yang buruk2 laa. Kebanyakannya memang Toyota Vios la..
Tiba masa untuk pulang. Flight jam 330pm. Macam biasa, flight dipenuhi rakyat Malaysia yang berdozen balik dari bershopping sakan di Bandung. Sampai tak cukup beg dah aku tengok. Agak2 kalau lori 10tan bleh masuk untuk angkut barang dorang naik kapal terbang pun dorang angkut kut. Org kita memang kaki shopping hingga lupa diri. Takut aku nengok.
Alhamdulillah, tiba di KLIA 2 jam 630pm. Lega menjejakkan kaki di Malaysia. Sepanjang perjalanan agak lancar berbanding masa pergi ke Bandung. Tapi jerebu aje sepanjang perjalanan. Atas awan tak nampak apa. Nampak asap ajer masa tu.
Sempat gak tangkap gambar atas awan. Masa nie baru naik dalam 20 minit macam tu. SubahanAllah, cantik tul masa ni.
Satu hal di KLIA 2 ni. Kawasan dia besar sangat. Penat woo nak jalan kaki dari tempat ketibaan hingga ke tempat ambil beg tu. Letih makkkk nak jalan. Nak harapkan Walkalator tu memang tak boleh harap. Bukan banyak pun. Bak kata kawan aku macam nak pi buat Sai'e...jauh jalan dia.
Dari perut kapal terbang ke tempat ambil bagasi memang nangis laaa kalau nak jalan. Tapi jalan slow and steady aje la. Tak de apa nak cepat pun. 30 min gak la nak jalan tu. Bila sampai beg pun belum keluar lagi. Lambat gak kan. So, melepak aje laaa dulu kan. Bila dapat beg. Sure kena check dulu. Then....nangissss!!!
Aaaaarrrgghhhhhh beg aku pecah!!!! Ape korang buat nie wahai pekerja2 angkat beg. Tolong laaaaa....campek beg aku sampai pecah2 nie. Sakit hati woooo. Kalau korang bayar ganti rugi beg pecah tak per gak. Bengong tul. Ni kali 4 dah beg aku jadi macam ni. Takkan setiap kali travel nak beli beg baru? Hmmm....letih makkk...hilang semangat dah nak jalan terus macam ni.
Ok laaa tenangkan jiwa dulu untuk beg tu... apapun Trip to Bandung memang awesome! Till we meet again yek. Next travel? Where? Dunno laa...lom rancang lagi. Mungkin yang domestik2 aje laa dulu kut....sebab nak kumpul duit untuk trip yang paling besar dan havoc! Hahaha....
Ok chauuuu!!
No comments:
Post a Comment