Friday, October 11, 2013

Ho Chi Minh City ~ Lovely September (Day 1)

Salam semua,

Baru laaa nak mula menaip blog. Nak story percutian berdua plak kali ni. Awal tahun actually dah pergi. Tapi pergi dengan kawan. Saja laaa nak explore dulu kawasan. Now bleh dah jalan sendiri laa kiranya kan. Best tak terkata sebab kali ni kami pergi berdua. Couple "Gula" jejalan sama di perantauan. Percutian 4 hari 3 malam bermula 15 September - 18 September...

So sehari sebelum Hari Malaysia ...15 September 2013 kami bertolak dengan penerbangan tengahari ke HCMC. Penerbangan sejam lebih dari Malaysia. Kami tiba around jam 1 waktu Vietnam. Waktu Vietnam pun sejam kebelakang dari waktu Malaysia saja. So tak de beza sangat la. Masa bertolak waktu pagi tu ada problem sikit dari rumah. Teksi tak de plak, sebab pagi Ahad kan. Susah laaa nak dapat teksi. Nasib baik laaa aku teringat ada install MyTeksi apps dalam phone. So, apa lagi, 1st time lak tu guna. Tapi ALHAMDULILLAH. Dapat gak sebuah teksi. Memang bagus laa sangat apps ni!


Tiba saja di Tan Soon Nhat Airport, cop passport dan amek beg comel kami. Mr Hubby 1st time sampai, so agak teruja laa dengan negara dorg tu. Okay. Bagi la aa sight seeing dulu kan hehehe...Then untuk 1st time jugak untuk aku, terus keluar dari Arrival Hall, terus menuju ke bas yang tersedia di depan airport. Actually kalau korang2 yang duduk hotel area Benh Thanh boleh laa naik bas ni. Murah sangat dari menaiki teksi Vinnasun atau apa2 teksi yang ada. Berbekalkan ilmu yang di GOOGLE dr blogger lain (TQ sangat info korang banyak membantu), so kami pun menaiki bas 152. Bas nie berada di sebelah kanan bila kita keluar dari pintu Arrival Hall tu aje. Bas ini memang akan berhenti di stesen bas berhadapan dengan Pasar Benh Thanh tu. Dekat ngan roundabout berkuda tu. Tambang plak dalam VND5,000 sahaja (bersamaan dengan 80 sen kita aje). Jimat sangat kan...kalau naik teksi mahal USD11 - USD12 sebuah teksi. Cuma kalau kita bawak beg (beg beroda) besar naik bas, mereka akan cas beg tu harga orang jugak. So kena bayar lagi VND5,000 laa. Kalau beg kecik atau backpack ok aje...lepas...tiada masalah :)

Nie laa tiket bas dia...dorg tak de Touch N Go ehehe ^_^
Ni dalam bas dorang. Mcm bas Len Seng lak kan...
Dalam perjalanan ke hotel kami, memang macam-macam benda bleh tengok la. Seronok sebenarnya naik bas nie. Gelagat orang Vietnam pun bleh tengok gak. Masa nie laa ada sorang makcik tua, bawak barangan macam kutip botol kosong aje, tapi sekali telefon dia berbunyi, keluarkan fon...amek kauuu...dia pakai iPhone 4 sehhh....perghhhh mantap!! Canggih gak dorang ni ehh!!

Aroung 20 minit, kami tiba laa ke destinasi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Tak jauh mana pun dari airport. Rasanya naik bas lagi cepat dari naik teksi. Kat sini bila dah sampai mungkin agak mencabar sikit laa bila nak menyeberang. Pada yang tak pernah sampai, mesti rasa takut nak menyeberang sebab keadaan traffik di Ho Chi Minh City ni tak macam kat Malaysia yek...kalau kita kata jalan kita sibuk, jalan raya dorang lagi sibuk. Simpang banyak dan dorang akan masuk ikut suka ajer. Tapi jangan risau, dorang takkan langgar kita pun, dorang akan hon dan elak kita. Tapi jangan laa kita plak jalan slumber aje kan...hati-hati jugak laa kan.

Benh Thanh Market yang ada jam tu..kuda tu kat roundabout..

Jom kita menyeberang..ada beran??
Akhirnya kami tiba ke hotel kami. Dah booked melalui AGODA. Senang sikit kerja kan. Hotel ni terletak di lorong yang penuh dengan rakyat Malaysia. So, tersangat laa tak heran dah tengok orang Malaysia di sini. Dah macam kat Masjid Jamek dah. Keluar masuk hotel area nie memang muka orang Malaysia. Lorong ni memang penuh dengan hotel gak. Kedai makan HALAL jugak agak mudah. Especially Hajah Basiroh. Apa tu? Kedai makan halal laa...tapi owner dia yang juga bekas Qariah Vietnam mempunyai kedai untuk jual telekung dan baju kurung di lorong yang sama dengan hotel ni. So, senang sangat kan? Kat lorong nie hotel paling famous di kalangan orang Malaysia adalah Hotel Saigon Pink 2, Hotel Gia Huy, Hotel An Tam dan Hotel Thanh Thu. Nak dapat hotel nie time cuti sekolah atau cuti umum Malaysia amat susah jugak. 

Tadaaaa...ni laa hotel kami!
Alhamdulillah. Sampai aje kat hotel lepas check-in kami terus laaa check apa2 yang patut. Makan itu sudah tentu. Tersangat laa lapar masa ni. Ohhh ya! Masa check-in kita harus tinggalkan passport di receptionist, dorang tolong simpankan untuk kita. Actually bagus laa jadi kita tak de laa kehilangannya. Tapi seelok-eloknya korang pun mesti simpan 1 copy gak dalam beg. Untuk kecemasan la kan. Hotel yang kami duduk ni selesa. Kali ini ambil bilik yang bertingkap. At least tak rasa lemas laaa kan...kalau tak mau pengsan tak nampak suasana luar. 1st time datang dulu aku dan kawan duduk kat Saigon Pink 2. Sebelah hotel kami nie aje pun. Nak solat pun senang, install laa apps solat di fon masing2 untuk arah kiblat. Lebih mudah bukan?


So, after sejam rehat. Kami pun memulakan penjelajahan ke Pasar Benh Thanh @ Cho Benh Thanh. Dalam pasar ni jangan plak terkejut yek, sebab memang ramai orang Malaysia di dalamnya. Orang perempuan memang suka laaa dalam pasar ni. Dalam ni pesta kain yang cantik sangat. Dari kain cotton sampai laa ke kain sutera. Yang bermanik dan tak bermanik. Sedia duit aje la. Matawang? 3 matawang boleh dipakai di sini, kebanyakkan mereka memang akan terima RM kita. USD dan VND (Vietnam Dong) juga di boleh pakai. Tapi before bayar biasanya dorang akan cakap harga, jadi kita akan tau laa dorang terima matawang apa kan...Pasal guna duit nanti ajaq kemudian Okay!!

Jom terjah segala isi yang ada di dalam pasar nie yek..layan gambar okay!!





Nie kat depan hotel plak. Memang best laa..depan hotel pun dah meriah kan! Tak pergi jauh pun dah boleh beli macam-macam kan...


Sebelah malam sambung shopping plak kat Pasar Malam Benh Thanh. Lokasinya dihadapan pasar Benh Thanh saja. Sebab waktu malam Benh Thanh tutup jam 6 petang, lepas tu pasar malam plak akan dibuka. Rata-rata yang meniaga di situ ada kedai juga di dalam pasar. Pasar malam ni setiap malam akan dibuka.




Lepas penat shopping. Banyak gak laa yang diborong kat pasar malam walaupun pada hari pertama kan. Kami pun balik hotel. Rehat. Makan dan sambung shopping esok hari plak kan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...