Wednesday, October 16, 2013

Musim Drama Novel....

Salam....

Kembali lagi musim drama dari novel-novel tempatan. Sekarang nie yang sedang bersiaran di TV3 adalah LOVE YOU MR ARROGANT...Heheheh...tapi cite nie memang best la. Even Mr Hubby pun layan gak. Kalau dia keje, siap suh rekod lagi, tu pun kalau kebetulan aku ada di rumah la. Kalau dah dua2 keje, sapa plak nak tolong rekod kan? So, terpaksa laa melayan di TONTON kan. Janji adooo... 



Jom layan Love You Mr Arrogant....

Ho Chi Minh City ~ Lovely September (Day 4)

Salam...

Last day in Ho Chi Minh City. Sedih plak rasanya. Seronok kat sini sebenarnya. Ada gak orang tak suka. Lain orang lain plak citarasanya kan. Penerbangan kami actually jam 4 petang waktu Vietnam. So, ada masa lagi laa nak jalan-jalan sekitar hotel pagi tu. Tapi kami tak buat pun. Cuma jalan beli barang sikit aje kat depan hotel tu. 

Pagi tu kiranya last day laa breakfast di cafe hotel. Akan kerinduan dengan hidangan buah-buahan yang sedap tu. Manis buah-buah tu. Memang enjoy makan buah-buahan di sini. Pagi tu kiranya lepas sarapan, bag semua dah di kemas. Check balik berat beg, supaya tak berlebihan bila di airport nanti. Kiranya timbang for 2nd time kat lobby hotel. Untuk pastikan betul-betul laaa kan....takut gak kalau terlebih. Kang ada plak yang tak balik....kena duduk Vietnam lak...heheheh...

Around jam 1pm kami bertolak dari hotel. Menaiki kenderaan yang disediakan oleh hotel. Lebih mudah. Harga pun sama aje dengan teksi Vinnasun. Kenderaan pun jenis Innova. Jadi okay laa kan. Bleh bawak beg. Tak payah nak bayar tips. Sebab semua harga kita dah bayar kaunter lobby hotel. Lebih selamat macam tu.

On the way ke airport....macam-macam laa kami tengok dr dalam kenderaan. Ragam orang-orang Vietnam naik kenderaan. Memang sangat-sangat banyak motor atas jalan...layankan aje laa...


Ni salah satu masjid yang ada Ho Chi Minh City. Warna hijau. Lupa plak apa nama Masjid nie. Next time may be bleh jalan sampai sini plak.


Ni macam pejabat menteri aje...tak sure plak ape eh...sapa tau? 


Masa balik nie ramai plak org Malaysia di airport..penerbangan yang sama. Hmmm...dah ramai tu, beg dorang pun berduyun laaa kan...Masa memula sampai penerbangan jam 1pm telah berlepas. Jadi kaunter check-in telah kosong laa...



Nie plak bila orang2 Malaysia dah mula beratur dengan beg-beg yang terlebih muatan tu...bila ingat balik ...memang menyampah plak. Ramai yang shopping lupa daratan. Shopping sampai check-in untuk dorang saja dah berjam-jam. Mana taknya, beg yang 1 masa datang tu dah beranak sampai 3-5 beg. Hebat kan orang Malaysia bershopping. Agak-agak laa nak shopping. So far aku membeli belah tak de laa lupa daratan. Hehe....aku datang dengan 2 backpack aje. Balik baru jadi 2 beg beroda. So balik kami bawak 3 beg saja laa...ok laa...tak terlebih pun kalau timbang. 


Ni aje laa beg comel kami. Kami check-in beg tak smpi pun 10 minit. Cepat sangat. Sebab tak de laa dok bukak tutup zip macam dorang tu. Penat beratur belakang dorang aje. Lenguh kaki dok belakang dorang, sebab ingat dah settle, rupanya ada beg tertinggal laaa...tak check-in kan beg lagi laa..macam-macam aje..macam tak biasa naik kapal terbang plak dorang nie...


Beg beroda tu masuk luggage.. Yang backpack tu bawak naik atas, sebab dalam tu semua charger alat-alat elektronik. So, risiko sikit laa nak campak masuk luggage tu kan. Better bawak dalam beg tu aje...tak berat mana pun.

Oh ya...tadi masa before bertolak ke airport, sempat laa beli karipap kat Hajah Basiroh. Bekalan untuk makan di airport. Hehehe sempat laa gak makan masa dalam kapal terbang. Hehehe...slumber ajer makan..Nape tak makan makanan dalam flight? Serik laa...2 thn lepas aku kena food poisoning dalam flight AA nie...gara-gara makan Nasi Beriyani..fuhhh...turun kapal pening...sampai rumah muntah sampai lembik...perghh...serikkk...Masa ari tu naik flight pun aku tengok org sebelah tu makan, bila dia bukak makanan tu, bau makanan nak basi. Memang tak elok dah bau. Aku dok sebelah pun macam nak muntah. Kalau makan sure kena macam ari tu lak...so, memang aku elakkan. Heheh so, nak makan fikir balik laa setiap kali naik AA...ntah laa serik plak nak beli-beli.

Okay laaa berakhir dah cuti-cuti shopping ku ke Ho Chi Minh City...pas nie ke mana? Sedang dalam perancangan ni. Lom ada ada tempat lagi nak di tuju. Maklum aje laaa baru nak memulakan pengembaraan....so, adios...

Wordless Wednesday #27

Salam semua...

Skali skala layan kehijaun sayur....cantiknyeee...







Sunday, October 13, 2013

Ho Chi Minh City ~ Lovely September (Day 3)

Salam,

Day 3...nak ke mana plak eh? Sebenarnya masa 1st time datang dulu tak sempat terjah memana...tu pun tak dapat habis terjah semua tu sebabnya cuaca tak mengizinkan. Musim hujan agaknya sekarang ni. Jadi dapat jalan sikit-sikit aje laa. Memandangkan aktiviti banyak kami jalankan dengan berjalan kaki. Waktu siang boleh laa jalan kaki, waktu malam tak berapa di galakkan jalan kaki. Agak bahaya jugak. So, lepas breakfast di cafe hotel (memang dalam pakej hotel), kami pun gerak laa...

Ni bangunan City Hall. Di depan bangunan ni ada logo di larang bergambar dengan gambar kamera dipalangkan. Heran gak memula. So, amek gambar jauh-jauh ajer la..heheh..janji adoo laa kan...memula terfikir gak kenapa...tapi tak kisah laa...jalan-jalan di Vietnam nie best. Walaupun banyak kenderaan, tapi tiada lak terasa udaranya penuh asap ke...okay aje. Malah rasa udara lebih bersih berbanding di KL. Agaknya asap-asap kenderaan di KL ni yg mengotorkan udara...kualiti minyak tak elok kut!!


Dihadapan bangunan City Hall nie ada patung Ho Chi Minh dengan sorang budak. Tak sure lak tu anak dia ke..atau sekadar patung aje..area kiri kanan taman ni terletak butik-butik mewah.


So, tengok laa banyak sangat butik mewah. Cuci mata dari luar aje laa..tapi agak-agak mahal tak? Jom layan...kalau nak letak gambar semua..pengsan...banyak giler..mewah gak dorang nie eh..ingatkan tak de yang mewah...





Parkson...Jumpa gak. Tapi aku tak masuk la. Nak buat apa masuk pun. Sama aje macam kat Malaysia. Hehehe...cuma dorang kata kat atas nie ada food court yang ada halal food. Tapi aku tak pergi la, sebab menurut blogger lain tak de la sedap mana pun..jadi tak pe laa...sekitar hotel pun dah banyak kedai makan halal gak...so, tak kisah laa sangat. Parkson nie terletak di Dong Koi Street. Kiranya kalau yang dah biasa pergi ke Ho Chi Minh ni, memang akan tau laa Dong Koi Street kiranya kawasan mewah laa di sini. 


Ni plak Vincom Centre. Sebelah Parkson nie aje. Memula aku ingat nie pejabat. Rupanya ia adalah mall. Masa jalan nak ke Post Office tu, kami masuk sekejap sebab Mr Hubby nak cari toilet masa ni. Pusing-pusing laa dalam mall nie, rupanya toilet kat level bawah. Tapi mak aiii, toilet dia lawa dan bersih sangat. Beza dari mall yang ada di Malaysia. Dorang nie jenis pakai tisu aje, jadi jangan harap laa toilet tu ada paip air yek. Walaupun tak de paip air, toilet dia memang bersih dan wangi aje. Tabik laaa..kalau kat Malaysia agak-agaknya apa jadi laa eh...hehehe 


Dalam Vincom Centre ni ada butik Jimmy Choo tau. So, bangga laa kejap kan bile tengok ada butik dia kat situ... dahsyat! Tak jalan sangat laa dalam mall nie..tengok-tengok kedai handphone iPhone and Samsung dalam tu. Agak murah gak phone dia bila kira-kira balik ...tapi saja laa tengok kan...tak beli pun hehehe...



Lepas keluar dari sini, kami terus ke Post Office Ho Chi Minh ...tak jauh pun.. dlm 5 min aje dah sampai. Masa kami sampai depan post office nie dorang tengah sibuk potong pokok di sekitarnya. Tak tahu plak kenapa, mungkin dorang tengah nak tanam pokok baru kut. Jom layan gambar tu...









Lepas dari pejabat pos tu...kami jalan lagi ke Dong Khoi Street tu...tapi arah sebelah sana plak...so ronda-ronda laa kan...lepas dah penat tu kami berehat laa di taman yang ada. Kat Ho Chi Minh ni memang banyak taman-taman untuk berehat. Best plak...masih mengekalkan kehijauan bandar.


Nie masa lepak depan Dong Khoi Street berdekatan dengan Hotel Continental Saigon. Cantik sangat bangunan hotel ni. Klassik. 


Nie laaa taman kami duduk jap lepas penat berjalan. Duduk dan makan bekalan roti cream dan minum air mineral. Bekalan yang harus di bawa bila berjalan kaki. Kalau tak mau lapoo gak dibuatnya kan...


Ni plak bangunan teater dorang. Lupe lak nama dia...tapi korang boleh laa tanya cik Google pasal nie yek...rajin-rajinkan diri mencari apa-apa yang patut...hehehe padahal sendiri pun tak ingat hehehe...


Masa nie dah mendung. Cuaca macam dah semacam plak...tapi kami still nak berjalan gak...so, ronda-ronda jumpa plak butik LV kat situ...sempat laa snap. 


Ni aaa coffee yang terkenal di Vietnam. Trung Nguyen Coffee...terang-terang tulis No 1 coffee...cuba try baru tau betapa sedapnya..Kiranya kalau minum memang tak sama laa ngan Starbucks tu. Sedap sangat weyyy...kiranya nie macam Starbucks laa...tapi bagi aku lagi sedap laaa...Boleh beli kopi ni yang 3in1 dan yang belum dicampur lagi baru RM10 aje...ok laa kan..Cuma kami tak berkesempatan nak lepak dalam kedai ni untuk minum la...next time may be...kena bawak banyak sket duit Dong...


Jalan punya jalan terjumpa plak butik PlayBoy kat sini ... hehehe...ape lagi snap-snap laaa kan..sampai orang tempatan pun macam tengok kami semacam aje...jakun agaknya dorang nie dlm hati dorang...Hehehe...


Dah penat berjalan. Kami pun pulang semua ke area hotel. On the way back to hotel hujan renyai-renyai. Kami pun berlari-lari laa pulang. Tapi tak penat pun bila jalan-jalan. Padahal jauh gak kami berjalan tu. Alhamdulillah kami sampai di sekitar hotel. Then aku pun ajak laa Mr Hubby untuk makan kat Hajah Basiroh depan hotel. Dia kata nak makan Pho Mi (sebut Pher Mi). Pho Mi nie actually Kuey Teow Sup Vietnam. Sedap sangat. Ia disertakan dengan ulam-ulam dan sambal. Pas tu aku macam kenyang lagi..jadi aku order Karipap aje dan order Teh Tarik. Karipap dia sedap. Teh Tarik pun sedap sangat. 

Masa 1st time datang dulu aku makan gak Pho Mi tu. Kemudian aku cuba makan nasi berlauk kat kedai Hajah Basiroh nie. Dulu tak banyak lauk tau. Sehari biasanya ada 3 lauk aje. Kalau tak ikan atau ayam, Sambal Telur dan Sayur. Tapi masa aku pergi baru-baru ni okay plak...dah advance dah. Banyak lauk dah sekarang. Makan kat sini lebih murah dan tiada tax. Kekadang orang Malaysia ni datang negara orang sibuk nak makan makanan Malaysia, sekali sekala cuba laa makan makanan negara orang kan. Yang HALAL laa kan...hehehe :)


Pho Mi kat Hajah Basiroh nie memang SEDAP!! Mr Hubby kata masih teringat lagi sampai sekarang. Dia suka sangat ngan Pho Mi tu. Dia kata tak sama dengan yang kat Secret Recipe. Memang lain sangat pun. Kat Secret Recipe tak plak dorang bagi ulam-ulam tu. Pho Mi kat kedai ni memang banyak sangat dalam mangkuk tu. Semangkuk tu boleh makan dua orang tau. Kalau perut kecik laa...tapi Mr Hubby boleh habiskan! Wahhh hebat, sebabnya dia suka laa mi tu dipenuhi daging. Memang kegemaran dia. Kira macam sup laa dihirupnya...licin selicin licinnya. Hehehe...Terbaik!!


Sepanjang di Ho Chi Minh nie, Mr Hubby sibuk beli Kopi Ais depan hotel. Setiap petang ada motosikal yang akan datang jual kopi ais. Tapi memang sedap sangat kopinya. So, setiap hari kami akan beli 2 cawan seorang. Hehehe banyak kan! Sebab sedap sangat! 2 cawan lagi kami simpan dalam peti ais di bilik hotel. So, boleh minum bila haus kan!


So dengan mamat nie laaa setiap petang dan malam kami akan beli Kopi Ais dia. Memang superb. Sedap. Ramai gak yang jual depan hotel nie pakai baju oren. Tapi macam diragui aje kan...so, kami pilih mamat nie sebab dia Muslim kan. Harga? Tak mahal pun...RM3 sahaja per cawan tu. Okay laa kan. Sangat berbaloi. Sedap plak tu.

Nie laaa the famous Kopi Ais yang kami dok beli tu..sedap!! Nampak biasa-biasa aje kan...bila sedut aje..hilang dah bait-bait kata...hahaha... Kesedapannya terasa hingga ke hari ini. Hehehe..Mr Hubby selalu gak buat bila dah balik ke KL ni. Rajin tul dia. Peminat kopi tegar la katakan. Sanggup dia buat sendiri. Hehehe... 


Okay sesudah makan dan minum. Kami jalan lagi. Kali ini nak cari beg. Luggage beroda nak bawak balik barang-barang kan. Sebab masa datang kami backpackers ajer kan. So, balik nie nak isi laa barangan borong. 

Ni laa beg yang kami beli di sana. Okay laa. Ultra Light jadi bila buh kain-kain dan baju-baju tak laa berat kan. So far kalau letak kain cotton memang ringan sangat laa melainkan kalau beli baju kurung cotton yang bermanik-manik kan. Macam kain sutera memang berat. Coffee pun berat gak. Perghhh...t-shirt pun kami ada gak borong. Barang-barang untuk souvenir ada laa beli satu dua...beli untuk yang kami belum pernah bagi laa..so susun sebaik mungkin. Dan lepas habis pek semua barang sila laa timbang. Timbang di mana? Haaa...kalau nak tau setiap hotel di sini ada penimbang besar tu..so, korang timbang laa beg korang before berlepas yek. Jangan bila di airport sibuk bukak tutup beg sebab terlebih muatan beg kan...(pasal ni nanti aku citer...betapa bengangnye aku)...huhuhu...


Tu antara kain-kain yang aku beli la...ada cotton...ada sutera...ada t-shirt...ada jacket...sebab Mr Hubby beli jacket North Face yang double layer lagi. Dia punya laa happy. Sebab kalau kat KL ori dia memang mahal gile. Ni walaupun tak ori ke...tapi kualiti dia sangat-sangat laaa cantik. Kalau ori pun "Made in Vietnam" gak..so, tak de beza pun kan...


Hari ke tiga nie memang kami banyak santai aje laa...sebelah petang jalan-jalan aje di sekitar hotel. Cari apa yang perlu. Dan lepas tu berehat di hotel aje menikmati wifi hotel yang sangat laju tu. Huhuhu...Mr Hubby suka laa...dia boleh sambung tengok anime Naruto dia. Hehehe...apa-apa aje laa..layankan!

Esok balik dah...mula laa nak mood sedih tu!! Hmmmm... 

Saturday, October 12, 2013

Ho Chi Minh City ~ Lovely September (Day 2)

Salam,

Okay DAY 2 in HCMC. Apa mau buat? Jom jalan-jalan. Tapi sebelum jalan, jom kita sarapan dulu. Since hotel ni pakej ni sekali dengan breakfast. So, apa lagi makan laa kan. Ada roti dan buah-buahan. Jadi boleh laa makan kan. Orait laa...kopi Vietnam memang sedap sangat. Sapa penah minum memang tau laa rasanya. 


Ni laaa yang kami makan pagi tu. Memula takut laa rasa tak kenyang. Sebab makan roti bakar, salad dan buah-buahan sahaja. Tapi alhamdulillah, kenyang gak. So boleh laa mulakan expolorasi sekitar bandar Ho Chi Minh. Oh ya...buah-buahan di Vietnam ni sangat sedap dan manis. Best aje...kalau ada peluang sila laa cuba. Memang lain sangat dari buah kita di Malaysia rasanya...


Perut dah kenyang now boleh jejalan shopping di sekitar HCMC. Time to survey barang-barang yang nak di beli. Beberapa tempat ni antara tempat-tempat yang aku pernah pergi masa memula pergi dulu. So, now its time to bring Mr Hubby untuk shopping. Happy bukan kepalang dia..senyum lebar kalah aku lak! So, layankan aje gambar2 yang ada ni....


Masa jejalan tu ternampak laa 4 orang awek Vietnam yang berbaju kebangsaan dorang tu. Cantik sangat bila dorang pakai. Sebab dorang tu semua kurus. Jadi apa dorang pakai pun nampak cantik la. Ada jugak orang Malaysia yang tempah baju ni di butik-butik yang ada di Vietnam ni..kalau yg kurus nampak comey laa...kalau yg tembam2..ok gak laa...tapi tak sesuai laa sangat..hehehe sorry naa...


Bangunan tu ada di Malaysia gak. sama aje bentuk dia...next time aku nak pegi situ plak...Heheh...Tau ker bangunan yang mana? ^_^


Roundabout nie tak tau laa berapa banyak cabangnya. Sebab kenderaan terlalu banyak plak yang lalu lalang, jadi tak berapa nampak sangat. Kena tengok Google Maps laa kut kalau nak dapatkan petanya kan! Kalau rajin korang Google laa eh..ehehe ^_^ 


Ni salah satu kedai yang menjual lukisan yang cantik-cantik. Memang kalau peminat lukisan memang akan memborong. Memang cantik lukisan di sini....aku tak penah tanya plak harga lukisan-lukisan ni. Belum masanya lagi kut. Nanti datang lagi sekali mungkin nak beli. Hehehe...memang niat nak datang lagi laaa tu..hahah..


Nampak tak bangunan-bangunan tu? Semua kurus-kurus kan? Macam orang-orang Vietnam. Tapi jalan-jalan kat sini memang best...


Kat lorong nie bleh laa shopping kasut dan beg. Sebelah pasar Benh Tanh aje...tapi sebelah kanan dari arah depan. Lorong nie penuh dengan jualan handbag, beg Deuter, beg Kipling, beg Crumpler, kasut sukan, sandle, beg beroda, jaket motor dan jaket winter....wahhh best kan! Bukan setakat kain cotton yang digilai ramai orang...banyak benda lain lagi sebenarnya

Banyak kan kasut?
Lepas jalan-jalan area nie. Kami pun jalan plak ke arah depan, jalan besar. Urusan mencari TAKA Plaza. Dengar khabarnya banyak juga pilihan di situ. Lebih kurang macam Benh Thanh jugak, cuma suasana sini lebih teratur dan ada aircond. Jadi tak der laa bershopping dalam keadaan berpeluh-peluh macam di Benh Tanh. Pilihan barang pun tak jauh beza. Ada juga menarik. Harga pula sama aje...yang penting perlu tawar sampai murah la...Taka Plaza nie boleh di access melalui 2 jalan utama. Kalau ikut Le Lai Street kiranya masuk ikut depan macam gambar di bawah ni. Actually ni pintu belakang sebenarnya....nampak Auntie's Anne..nampak laaa sebelah dia Taka Plaza Shopping Place ...



Akan lalu lorong nie...lepas tu jumpa laa Taka Plaza tu...pintu belakang sebenarnya.... tapi tak de laaa jauh mana lorong tu...ok gak laa kalau nak sight seeing negara orang kan...boleh laa tengok budaya orang plak...


Kalau di access dari Le Thanh Ton Street...boleh juga. Lalu sampai jumpa simpang traffik light yg ..tengok nama jalan tu... Taka Plaza terletak di Nam Ky Khoi Nghia Street ...nanti nak letak peta untuk ke sana...

 

Dah puas membeli belah, terus laaa kami jalan balik ke hotel. So on the way back to hotel tu, jumpa laa Rohani Collection. Ni antara kedai-kedai yang menjadi pilihan orang Malaysia untuk memborong. Aku tau pasal kedai nie pun dari kawan yang pergi jugak. So, bila sight seeing ni memang best laa kan, sebab boleh laa ronda-ronda dan tengok kawasan-kawasan yang berkenaan. Rohani Collection terletak di Le Thanh Ton Street. Kiranya jalan belakang pasar Benh Thanh tu adalah Le Thanh Ton Street. So, boleh laa korang jejalan area situ. Nampaknya ada jugak 2-3 kedai yang agak tersorok. Mostly dorang akan tulis menjual baju kurung dan sebagainya. So,memang dorang tu sebenarnya dah target orang-orang Malaysia untuk kedai mereka la...


Jalan punya jalan dah tengahari...so it's lunch time. Memandangkan kami jalan tak jauh mana pun kami balik laa ke hotel dulu. So, boleh laa makan bekalan yang di bawa dari Malaysia. Kami bawak bekal? Hmmm.. ye kami bawak. Antaranya roti, rendang, nasi impit, meggi adalah wajib gak laa hehehe....


Rendang Pak Brahim memang boleh dibawak la. Kenyang laa sket kan. Aku kali ni bawak Nasi Impit. Kenyang laa sikit kan sebab nasi kan. Lagipun senang, siap rebus dari Malaysia, pek baik2 dlm plastik bag, sampai sana boleh laaa potong dan makan bersama rendang atau lauk piliha yang korang nak bawak kan...heheh ...


Malam lak....macam biasa laa..melawat pasar malam lagi...seronok woo melawat pasar malam ni. Cuma tak berapa suka laaa sangat sebab peniaga suka paksa-paksa beli. Lagi satu jangan laa risau, kebanyakkan peniaga boleh berbahasa Melayu...huhuhu...hebat kan dorang boleh belajar bahasa kita. So, ada baiknya kalau kita belajar bahasa dorang jugak. 

So nanti sambung ke DAY 3 lak eh...banyak lagi tempat nak dituju...okies....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...