Friday, February 25, 2011

Ubat dan ubat lagi.....

Assalamualaikum wrth wbkth....

Fuhhh...dah lama tak update blog. Sibuk. Sakit. Semua yang bermula dengan "S"...Sihatnya tak jugak. Dah hampir 3 minggu dah sakit. Bila nak baik? Ntah laa...Rabu lepas baru je lepas pegi specialist kat Ampang Puteri. Check up n ambil ubat dari hospital plak. Kalau tak baik gak tak tau laa..mungkin admit je laa masuk spital kot. Lebih senang. Tapi tak bestnye dok spital! Tak suka sebenarnya. Dan tak pernah pun duduk spital. Syukur laa masih sihat lagi kot. Hehehe...


Hmmm...minggu nie minggu makan ubat saja laa kot...rasa macam kenyang dek ubat jer...makan nasi pun dah tak selera dah... kekadang makan nasi sepinggan pun tak abes. Heran gak. Selera terus hilang. Pahit dek ubat-ubat agaknye. Ntah laa...harap semuanya akan kembali seperti sedia kala...

Okay laa nak tido. Nak rehat. Esok kerja setelah 2 hari mc dari hospital. Hmmmm jarang dapat mc 2 hari nie. Sekali sekala dapat orait laa kan. Bleh rest. Tapi sejak makan ubat2 baru ni nampak mcm ok je..orait la tu...okey..choww....

Wassalam...


Tuesday, February 15, 2011

Sakit ....

Assalamualaikum wrth wbkth....

SALAM MAULIDUR RASUL....Selawat ke atas nabi junjungan kita...Hari nie cuti. Ada ke orang yg tak cuti? Semalam pun aku amek cuti...saja rehat kat rumah. Rehatkan diri yang dah berminggu2 sakit .... batuk, selsema, demam panas + sakit kepala... pakej lengkap untuk mc...MC? Mmg aku mc pun ... sakit melarat. Mula2 kena demam panas before CNY. Pas tu dah ok kena plak batuk sampai sekarang. Nie pun masih tak ok lagi batuknye...batuk sampai sakit kepala...hmm ntah laaa...

Esok dah keje lak..sah sah batuk lagi tambah..coz of aircond kat ofis..arghhh alergik kat aircond...menci tul aircond. Mmg tak suke aircond. Huhhh terpaksa jer laa kan....okay laa...nak rehat....esok dah keje..nak lipat kain yg menimbun nie...chowwwww....




Monday, January 24, 2011

Only Hope . . .

Love is always patient and kind

It is never jealous

Love is never boastful or conceited

It is never rude or selfish

It does not take offence.

It is not resentful.


LOVE IS LIKE THE WIND

YOU CAN'T SEE IT

BUT YOU CAN FEEL IT



Saturday, January 22, 2011

A Walk To Remember . . .

Assalamualaikum wrth wbkth...

WEEKEND. At home. Tak ke mana. Hubby kerja. So, better stay at home dari jalan sorang-sorang kan. Malas sebenarnya nak keluar. Layan video clip dan movie yang rekod sebab tak sempat tengok lagi dari sejak last week.

Tadi tekan-tekan channel. Terbuka channel HBO. Ada movie kesukaan ku. A Walk To Remember. Aku ske citer nie. Dah banyak kali tunggu. Baru kali nie dapat tengok. Tapi tu pun dah separuh. Huhu, tak pe laa...janji bleh layan movie feveret kan...

So, layan laaa video clip version LIVE from Mandy Moore. Ske suara dia..merdu..



CRY - MANDY MOORE

I'll always remember
It was late afternoon
It lasted forever
And ended so soon (yea)
You were all by yourself
Staring up at a dark gray sky
I was changed

In places no one will find
All your feelings so deep inside (deep inside)
Was then that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

The moment that I saw you cry

It was late in September
And I've seen you before (and you were)
You were always the cold one
But I was never that sure
You were all by yourself
Staring up at a dark gray sky
I was changed

In places no one will find
All your feelings so deep inside (deep inside)
Was now that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

I wanted to hold you
I wanted to make it go away
I wanted to know you
I wanted to make your everything, all right....

I'll always remember...
It was late afternoon...
In places no one will find...

In places no one will find
All your feelings so deep inside
(forever was in your eyes)
It was now that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry
Baby cry
The moment that I saw you cry
I think I saw you cry
The moment I saw you cry

Fade out
I wanted to know you
I wanted to know you
I wanted to know you

Friday, January 21, 2011

Raja Lawak 5 . . .

Assalamualaikum wrth wbkth....

Ari nie Jumaat. Balik awal macam biasa. 445pm dah kuar ofis. Nak keluar lambat? Tak mau laa...baik balik rumah awal. Hehehe


Tengok TV sambil layan Twitter #RajaLawakAstro ...tweet2 kat Twitter Raja Lawak . . .contestant kali nie orait gak laa...cuma masih belum menyerlah lagi. Kali nie dorang buat siaran langsung di Finas. Dekat je kat rumah aku. Mula2 hari tu heran gak. Setiap Jumaat je sesak dengan kereta depan Finas tu...rupa-rupanya ada Raja Lawak hehehe

Hmmm....esok nak ke mana ek? Tak de kot. Sebab hubby kena kerja. Hmmm...dok umah lagi laa nampaknye. Kena kemas rumah. Mungkin nak ke Pasar Tani Melawati. Tu pun kalau rajin. Tengok keadaan laa gak kot... Sebab kalau Sabtu mesti tak terjaga awal. Mungkin sebab penat sangat.

Ok laa....sambung esok lagi...choww.....Wassalam ....

** Terkini : TBO & KAMI tersingkir. Tapi patut KopiO yg kuar dan bukan TBO


Thursday, January 20, 2011

Sedetik Lebih . . .

Assalamualaikum wrth wbkth....

Dok kat rumah. Layan TV. Layan Internet. Layan periuk belanga untuk memasak. Huhu memang tak de keje lain la bila dok kat rumah. Semua benda nie je laa yang aku hadap.

Sambil layan semua tu. Aku pun bukak la YouTube. Tengok video lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. OST untuk Hikayat Merong Mahawangsa ciptaan KRU Studios. Dah lama aku tak dengar Anuar Zain menyanyi. Maklum laa peminat dia. Rindu plak kat suara dia.



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selau memikirkan mu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku..ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Layanzzzz....

Wednesday, January 19, 2011

Yeay Holiday Time . . .

Assalamualaikum wrth wbkth . . .

Yeay! Hari nie RABU... dan esok CUTI! It's THAIPUSAM. Semangat tul bila cuti kan. Sebab Malaysian mmg suka dengan cuti. Dan time cuti nie laaa nak rehat. Penat menempuh jem di KL. Dan tiba masanya untuk berehat. Apapun kesempatan ni memang aku takkan lepaskan laa...cuma sayangnya aku je yang cuti..Hubby kena lak datang keje. Sian dia. Adehh...tak tau apa nak cakap lak.

Bulan January & February kali ni banyak di isi dengan CUTI. Mula-mula cuti New Year. Kemudian Thaipusam. Di sambung pula dengan Chinese New Year dan Maulidur Rasul. Berderet-deret dan semua gap 2 minggu. Huhuhu tapi lepas tu langsung tak de cuti sampai laa bulan May. So, melangut laa kat ofis tu sampai boring kan!

Yang pasti aku tak sabar menanti bulan May nie. Segalanya telah di aturkan. It's time to have some fun. So, tunggu laa entry tu nanti ek...lebih panjang dari biasa laa kot heheh :)

Beberapa minggu nie...aku tak de la buat entry masakan sangat. Tak de mood. Dan tak de idea memasak sangat kot. Tapi ada gak laa update blog dapur ku itu... harap ada yang sudi menjenguknye. Masa New Year aku try buat Tortilla Ayam. Orait gak la. Dan resepi yang hit adalah Maggi Goreng Mamak . . . sebab masa aku pos semua habaq dah cuba. *blush* Malunya. Sedap ke korang? Sesungguhnya resepi tu tak de tiru sapa-sapa. Semua cuma berdasarkan apa yang aku rasa dan cuba eksperimen di dapur sendiri jer...heheh pada yang mencubanya...Terima kasih yek.

Okay laa...Time to work! Choww....Wassalam....


Sunday, January 16, 2011

Dalam Kenangan

Assalamualaikum wrth wbkth....

16 Januari 2003 . . . dah 8 tahun berlalu. Rindu pada arwah ayah. Nothing to say. . .

Al-Fatehah buat arwah.

4 Januari 1957 - 16 Januari 2003


Saturday, January 15, 2011

Weekend Malas!

Assalamualaikum...

Weekend dan malas? Tu la dia... so no entry for today!

Haha :) tapi still nak taip gak....tengok la esok kot aku update. Chow...


Friday, January 07, 2011

Weekend.

Assalamualaikum...

Weekend dah tiba. Apa nak buat minggu nie? Sebenarnya nak clearkan apa2 yang patut lagi. Ada lagi nak kemas. Tu aaa byk sangat harta karun dalam rumah. Nie laa jadinya.

Tadi sampai rumah awal. 530pm dah sampai rumah. Pas bg Bebek makan...terus naik atas. Rehat2 dulu. Since kami berdua masih kenyang jadi tak masak la. Hehehe rehat sket ari nie...Berehat laa konon pas tu aku terlena lak hahaha...saboo jer laa...

Agenda esok? Masih blur. Tapi yang pasti aku nak ke pasar malam. Ok laa...tak tau apa cakap dah. Blur nie..okeh chow chin chow...

Wassalam..


Wednesday, January 05, 2011

Ron 97 naik 10sen mula 5 Jan 2011

Assalamualaikum wrth wbkth....

Hi semua. Semalam mesti semua stesen minyak penuh dengan org yang isi minyak. Tapi mungkin pada pengguna Ron 97 sahaja je la.

Petrol RON 95 - RM 1.90 (kekal)

Petrol RON 97 - RM 2.30 (naik 10 sen) -- SEKARANG RM 2.40

Diesel - RM 1.80 (kekal)

Minyak Tanah - RM 2.40 (naik 10 sen) -- SEKARANG RM 2.50

Aduhhh semua naik harga. Pas ni harga barang sure naik la tu. Nak CNY semua barang naik. Teruk laaa mcm ni. Gaji takat tu gak. Tak plak naik gaji sama selaras dengan harga minyak yang naik. Pening fikir bajet pas nie. Adehhhh ..


Saturday, January 01, 2011

New Year 2011 . . . Movie Continues

Assalamualaikum wrth wbkth...

HAPPY NEW YEAR 2011
to all... Hari nie hari pertama 01.01.2011. Jalan2? Ya mulakan dengan menonton wayang untuk 2011. Hehehe....wayang pilihan hari nie The Tourist lakonan Angelina Jolie & Johnny Depp. Gandingan 2 pelakon mantap untuk sebuah filem separa action. Separa? Kenapa ek? Review keseluruhan cerita nie mmg best la. Tapi agak slow di permulaan namun kesudahannya agak menarik. But aku enjoy laa tengok wayang nie, sebab tengok bintang pujaan ku heheh :) si Angelina Jolie. Dia mmg lawa.
Release Date: 30 December 2010
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Thriller
Running Time: 1 Hour 44 Minutes
Director: Florian Henckel von Donnersmarck
Cast: Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Steven Berkoff.

Synopsis: A remake of the 2005 French film "Anthony Zimmer" starring Sophie Marceau, this Hollywood romance-thriller revolves around Frank (Johnny Depp), an American tourist visiting Italy to mend a broken heart. Elise (Angelina Jolie) is an extraordinary woman who deliberately crosses Frank's path in order to mislead all those who are following her former lover Alexander Pearce, a criminal wanted in 14 countries, who has stolen money from a gangster (Steven Berkoff) and who is being pursued by an agent (Paul Bettany). Against the breathtaking backdrop of Venice, Frank pursues a potential romance but soon finds himself the pursued as he and Elise are caught in a whirlwind of intrigue and danger.

(Source: Cinema Online)
Hmmm...after tengok wayang, ke Cold Storage jap. Beli makaan kucing. Then terus ke pasar malam di Melawati untuk membeli beberapa sayur-sayuran dan jalan-jalan jap. Cuci mata. Pas tu terus makan kat D Anjung Melawati...Kedai makan yang terletak bersebelahan Sekolah Rendah Melawati 1 dan berhadapan dengan stesen minyak. Kalau sebelah petang deretan kedai tepi jalan nie dipenuhi dengan orang yang makan rojak dan cen aku makan Mee Bandung. Hubby plak makan Bihun Hailam & Nasi Goreng. Huhu sampai 2 dia makan. Lapar tul. So far kat kedai nie semua makan dia aku dah rasa. Dan semua sedap. Hehehe :) kira mcm jalan-jalan cari makan laa aku ni...gi scout kedai makan yang best-best untuk dicuba....heheh tapi kira memang berbaloi makan di sini. Tak pernah rasa rugi. Sebab berbaloi setiap sen yang dibayar. Tukang masaknya hanyalah seorang pakcik tua. Tapi masak memang superb. Mama Mia...

Okay laa...rasa ngantuk laa...penat untuk hari nie. Esok "bateri" kena recharge sepenuhnya. Isnin dah mula kerja. Dan pasti ia adalah hari yang paling jem. Huhuhu u all know why laa kan...okeh....adioss...amigos....

Happy New Year 2011!!

Assalamualaikum wrth wbkth,

Salam buat semua. Hmmm...cepat benar rasanya kita akan berada di tahun 2011. Cepat masa berlalu kan. 2010 akan meninggalkan kita. Dan bertambah lagi satu tahun dalam usia kita. Apa nak buat? Dah semakin tua dah rasanya...heheh :) tapi tetap maintain comel + cute...

Selamat Tahun Baru 2011 buat semua!


Friday, December 31, 2010

IKEA ooohhh IKEA . . . .

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hi semua! Tajuk IKEA? Kenapa ek? Sebab nak ke IKEA hari nie. Hehehe...saja laa cuci mata di hujung tahun kan. Dan juga carik barang-barang yang rasa perlu untuk keperluan di rumah. Since aku cuti dan buat beberapa pembaharuan di rumah, kira macam renovate kecil-kecilan la, aku carik laa beberapa barang yang bleh tambah-tambah sebagai hiasan. Hehehe ... menarik bunyinya. DIY laa kiranya kan. Baru laa best dan rasa bangga bila dapat idea yang best untuk hiasan rumah sendiri. Dah duduk sini kira 5 thn laa sejak kawin, hias sikit demi sedikit. Sekarang pun barang dah agak penuh. Cuma perlu diperkemaskan lagi.

Sekarang nie hujung tahun banyak gak sale di sana sini... tak larat nak pegi semuanya. Dulu masa bujang rajin gak laa nak pegi sale sana sini...sekarang malas lak. Lebih rela tengok tv di rumah dari sangkut dalam jem di KL nie...letih kat jem je...pas tu minyak lagi. Parking lak tok sah cakap la..payah nak parking. Mahal parking pun satu hal gak. Tak de apa yang murah dah sekarang nie.

Okay laa...nanti sambung kemudian ek...nak pegi shopping nie...daaaa...chowww chin chow...Wassalam...

Wednesday, December 29, 2010

Bila di FB . . .

Assalamualaikum wrth wbkth..

Nie benda2 yang kita selalu buat kat FB dan kadangkala mmg menjengkelkan orang lain..Betul ke? Mungkin ada benarnya...



RABU - Ho Ho Ho Holiday!!

Assalamualaikum wrth wbkth....


Alooo! Uhuhu Bestnye....kiranya hari nie CUTI-CUTI Malaysia laa...lepak di rumah. Tapi still ada kerja gak nak disettlekan hari nie. Kira tak rehat sangat laa...Apa yang aku buat? Huhu ... Tunggguuuu....nanti aku update ape dia ek....okeh..chowww..Wassalam....


Monday, December 27, 2010

R E L A X Time....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hi! Ihihi...hari nie ISNIN...dan aku cuti...duduk di rumah. Melayan tv dan masak apa yang perlu untuk hubby. Sian encik hubby kena kena keje ari nie kan. Heheh .... tak pe laa sekali sekala pergi keje sorang-sorang kan..pe salahnye kan...


So, hari nie memang aku betul2 melepak jer la. Pagi tadi gorengkan bihun untuk bekal hubby. Dah siap2 semua. Hubby pegi keje aku sambung laa tido balik. Ngantu sehhh...sebab semalam aku tak leh tido. Tak tau nape...last2 terus bangun laa kan...pagi baru aku tido...heheh :) Esok dah kena keje macam biasa. Tapi RABU aku sambung balik cuti teruuuuussss sampai hujung tahun heheh ...jangan jealous! Heheh ...

Okay la.. nak buat minum petang untuk hubby. Sat gi dia dah nak balik. Jadi buat minum petang plak laa....dinner semua dah siap tersusun di atas meja. Heheh..chowww...

Wassalam....


Game Game

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hi! I'm back again. Hmmm...beberapa minggu nie sibuk main game. Game kat mana? Kat mana lagi kalau bukan kat FaceBook. Macam jadi satu ketagihan plak game kat situ kan. Mungkin salah satu tempat release tension setelah penat berkerja. Pas keje sibuk lawat ladang...lawat cafe...lawat bandar... tapi memang enjoy plak rasanya.


Letih kerja? Letih tu memang letih. Tapi pas tu terubat ngan game lak. Tapi bukan laa main waktu kerja. Tak bleh pun bukak waktu kerja. Balik rumah pas semua dah selesai, buat laa kerja lain plak kan.. tu pun kalau tak de cerita menarik bleh laa aku online dan layan semua game yang ada. Tak de laa game yang berat2...cuma game yang light je la....hilangkan tension jer...

Okay laa..chow....nanti sambung kemudian ek.

Wassalam...


Sunday, December 26, 2010

Double Movie Weekend

Assalamualaikum wrth wbkth....

Lamanya tak update blog! Urghh...letih. Keje banyak sekarang. Sampai tak de idea nak update blog ku yang dah bersawang nie.. Sorry ek! Anyway, hari nie mungkin nak update banyak sket. Dan minggu nie agak relax sket. Sebab aku cuti. Yeay!!

Semalam tetiba hubby kata...JOM TENGOK WAYANG! Hmmm..agak susah nak tengok hubby ajak keluar kalau weekend. Sebab dia ske rest kat umah and tengok tv or layan internet jer. Anyway, dah dia kata JOM...aku pun ape lagi. Terus booking tiket wayang online. Happy bukan main kan. Wayang pilihan weekend nie? Gulliver's Travels and Tron Legacy. Uhuhu dah lama tak buat wayang marathon nie. Dulu masa zaman bercinta and bertunang selalu gak buat marathon wayang nie.

Memula tengok Gulliver's Travels... Kisah seorang lelaki (lakonan Jack Black) yang bekerja di bilik surat (mail room). Kerja dah lama tapi tak de peningkatan dan kemajuan dalam hidup. Adventure bermula bila gadis idamannya menawarkan kerja untuk menulis tentang Bermuda Triangle untuk ruangan pelancongan. Dan bermula laa kisahnya tiba di sebuah pulau Liliput. Penduduk pulau menganggapnya sebagai beast & giant. Tapi akhirnya mereka suka kepadanya kerana telah membantu mereka dalam beberapa peperangan. Keseluruhan cerita amat menarik. Lawak. Kalau nak tau cerita pengembaraannya kena laa tengok sendiri kan. Baru laa tau jalan ceritanya. Malas laa nak cerita sampai abes... Heheh...

Pas abes tengok Gulliver's Travels...keluar dari panggung. Jalan-jalan kejap dalam Wangsa Walk Mall...Ada 30 min before wayang mula, jadi pusing-pusing sampai pening laa dulu kan. Ramai gak tadi orang yang jalan-jalan. Cuma parking tak laa sepenuh seperti weekend yang sebelumnya. Wayang kedua TRON LEGACY...Best! Cerita nie kena tengok TRON yang memula dulu ditayangkan around tahun 1980-an...Hubby pernah tengok wayang nie. Dan dia kata best. Tu pasal nak pegi tengok. Citer nie pasal seorang software engineer yang telah mencipta satu game TRON. Dan terperangkap di dalam game ciptaannya sendiri setelah ditipu oleh klon diri sendiri di dalam game tersebut. Tapi cerita nie memang menarik untuk di tengok. Kalau nak rasa action dari dunia digital mungkin inilah wayangnya. Kecanggihan gadget membuatkan kita teruja. Hehe bagi aku citer nie memenuhi citarasa aku sebagai penonton.

Esok ISNIN. Tapi aku CUTI. Yeay.. tak kerja. Seronoknye rasa hati. Malas tul nak pegi kerja hujung-hujung tahun nie. Tak de mood kat office. Selasa aku keje untuk sehari pas tu terus sambung sampai awal tahun baru. Kat office pun ramai orang cuti. Dah laa pejabat aku tu ada orang yang berada di kadar MINIMA. Jadi bila tak de umat manusia di office, tambah laa sejuk. Macam winter dah!

Okay laa...dah abes update untuk hari nie. Esok dan lusa aku akan update lagi la. Okeh...Jangan ke mana-mana! Okay chow chin choww....


Friday, December 10, 2010

Makan Time...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Salam buat semua. Hari nie sibuk sangat2. Dan akibat sibuk n letih n mengantuk. Aku pun skip lar lunch for today. Tido? Memang aku lena tadi waktu lunch. Walaupun hanya di atas meja dan bertemankan bantal ku yang 2 biji tu. Amat selesa sangat.

Sibuk kenapa? Pagi nie jer dok urus macam2 untuk mencari speaker phone. Aduhh awat laa koman sangat nak pi carik mende nie? Heran tul aku. Actually tak payah pun. Buat penat je pi cari. Tapi nasib baik ada orang tolong. Kira half way tolong la then kena pick up sendiri benda tu. Orait la tu. Then dah settle tu plak..sebelah petang (selepas waktu lunch), sessi online conference with vendor from Singapore. Untuk 'pencarian' software baru. Macam Pencarian Gadis SunSilk la plak rasanya...heheh...sebenarnya mengantuk lagi masa dengar demo tu. Ngantuk sesangat. Siap peluk bantal lagi kat meja. Heheh ada yang borak2 lagi. Macam-macam pesen laa heheh...Settle after 2 hours dengar 'mamat' tu pot pet pot pet...heheh anyway orait je la...tak de la best sangat software dia pun. Biasa je. Uhuhuh..my boss also not interested. Heheh nasib laaa. Buat abes air liur dia je pot pet pot pet...

Jam 445pm. Naik kereta officemate. Nak ke wedding dinner kat sebuah restoran kat Jalan Ampang. Dinner patut mula jam 6pm. Kami berdua nie datang awal terus after work. Stuck about 30 min kat Jalan P Ramlee dan kemudian kat Jalan Ampang. Then terus turn kat Jalan U-Thant. Hehe skip jammed. Orait sket. Pas tu terus sampai ke tempat 'kejadian'. Tapi yang lain belum sampai. Jem la tu! Arghh..letih menunggu. Host pun tak sampai lagi. Letih. Dah la busuk masam dari office. Urgh! Anyway, orang jemput makan, so datang jer la kan hehehe for FREE. Wedding dinner for office mate je la kiranya. Dari appetizer hingga ke desert. Kenyang gile! From Mushroom Soup, Bun, Baked Potato & Chips huhu Grill Prawn With Salsa Sauce..then the main course...mine is Bull Eye Steak. Sedap. Tapi akibat kenyang sangat tak larat lak nak makan sampai habis. Sayang plak. Hehehe...pas tu desert lak Ice Cream + Chocolate. Waahhh gemuk! Pas nie kena berlari kat stadium 8x round la. Tu pun kalau aku tak pengsan laa kot hahahah ... jenuh gak nak abeskan semua makanan tu. Kenyang! Perut pun dah senak! Ergh...nak kunyah pun sampai tak larat dah rasanya. hehehe ... betul-betul rasa macam dah jadi Badak Berendam dah time tu.. Hehe ...agak-agak kalau timbang mau naik 3-4kg terus nie. Arghh penat diet minggu nie. Abesss punah semuanya..tidaaakkkkkk!!Hehehe...amacam?

Terliur tak tengok ice cream tu? hehehe ...tu pasal laaa tak terkawal. Tapi kenyang. Makan sket jer la...anyway makan sedap lar. Penah makan sekali kat sini dulu for lunch bos belanja hehehe :) Tapi kali ni for dinner lak. Sebab restoran nie kawan bos punyer. Mr Marciano. Restoran ni dulu namanya Road House Grill (next to Perkeso Jalan Ampang). Now dah tukar nama. Sebab dah tukar owner la kot. Tak tau kisah sangat lar sebab I bukan orang KL pun....anyone from KL or Selangor mesti tau la kan...dulu restoran nie selalu dorang buat berlakon drama-drama Melayu.

Around jam 930pm. Hubby fetch me outside the restaurant. Balik la! Dah kenyang! Dan pening pale dah sebab makan banyak dah time tu. Sampai la nie sakit pale lagi lak. Adehhh, cam ner nak tido lak nie..adeh. Nampaknya kena siapkan pembentangan belanjawan untuk ke Langkawi next year. My mom dah sibuk tanya. Susah tul bila 'BNM' dah minta kertas kerja nie.. hehehe...jadi terpaksa sibuk lagi la weekend nie. Huhuhu tapi kena sambung kemas rumah lagi. Ada 2 bilik lagi nak ke perkemaskan. Hujung tahun nak buat makeover! Heheh, tunggu laa nanti hasilnya ek. Okay laa, nak peluk bantal dah nie. Ngantukzzzzzz

Salam buat semua, chow!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...