Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Wednesday, January 01, 2014

Selamat Datang 2014

Assalamualaikum .....

Selamat Tahun Baru 2014...Selamat datang 2014. Tahun ni banyak gak perancangan dah dibuat. Semoga semua perancangan akan berjalan dengan lancar. 



Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal ....

Assalamualaikum....

Masa semakin hampir. Hari ini hari terakhir untuk 2013. Semoga 2014 yang akan tiba membawa seribu rahmat buat kita semua....AMIN!!

... SELAMAT DATANG ...

Imbasan 2013 ....

Assalamualaikum...

Hari ni last 2013. Apa yang kita lalui di tahun 2013, kini menjadi sebahagian dari dalam lipatan kenangan kita untuk meneruskan tahun berikutnya. Segala pengembaraan aku yang baru suku sahaja bermula akan di tambah lagi pada tahun 2014. Semoga aku diberi kesempatan dan kelapangan, moga rezeki dari segi kesihatan dan kewangan bertambah untuk meneruskan hobi ini. Mengembara juga membuka mata dan banyak mengajar aku erti kehidupan. Menambah banyak ilmu yang mungkin aku tidak ketahui selama ini. Terima kasih 2013 atas segala kenangan...

Perjalanan terhad 2013..anyway it's fun! Domestic & International...

January
Pulau Pangkor - Office Teambuilding
Ho Chi Minh City, Vietnam


September
Ho Chi Minh City, Vietnam
Cameron Highlands



Tahun nie memang aku tak banyak sangat berjalan. Sebab Mr Hubby tahun ni plak banyak sangat project2 di office. So, banyak perancangan yang tergendala la gitu. Tak pe..2014 masih banyak masa. Boleh lagi berjalan-jalan...tak gitu!! Itinerary 2014 sudah menanti....cuma nantikan sahaja....

Semoga Allah permudahkan 2014 untuk ku dan keluarga ku... Amin!!


Monday, January 09, 2012

Hujung Tahun 2011...Penutup Acara

Salam...


Baru laa aku ada masa nak bercerita kisah hujung tahun 2011. Penutup hujung tahun yang best! Jalan-jalan senangkan hati...jalan-jalan cari makan. Semua dalam satu sahaja. Himpunan terbaik la kiranya untuk penutup.

Kali ni lepak kat Taman Rekreasi Air Panas(TRAP), Sungai Klah di Sungkai, Perak. Dulu aku tido sini kat Felda Residence nie. Best gak. Bilik luas! Kali ni bawak Long & Paklong ke sini jalan-jalan. Orang tua-tua suka laa tempat air panas nie. Jadi bawak laa mai sini jalan-jalan celup kaki. Kami lak bercelup di Spring Pool. Seronok bukan main la kan. Sejuk nyaman. Mandi sampai hitam. 
:: Pintu utama Taman Rekreasi Air Panas(TRAP), Sungai Klah ::
Kat Taman Rekreasi Air Panas(TRAP), Sungai Klah nie ada Spring Pool & Hot Spring. Jadi boleh laa pilih kan mana satu yang korang suka. Kalau rasa nak celup kaki & badan ke kolam air panas...bleh laa cuba di sana. Tapi larat ke nak celup sampai lemau? Hehehe..Kami berdua memang celup kat Spring Pool ...memang best!
:: Spring Pool...sejuk & nyaman ::
Kalau bab makan kat sini tak susah. Ada kedai segala. Kedai makan melambak-lambak kat sini. Tapi kalau nak lebih afdal lagi...bawak laa bekal mangkuk tingkat korang. Memang best. Lepas mandi manda sakan tu boleh laa menikmati makanan yang tak terhingga sedapnye tu. Hehe best!
:: Hot Spring Pool ::
:: Spring Pool ::
Dari jam 10am sampai laa jam 4pm tu...mandi sakan. Mandi sampai hitam legam. Huhu...terbakooo kulit ku...aduhh tak per. Janji puas  hati. After mandi manda dan bersiap nak balik KL...kami singgah makan buah-buahan di hadapan TRAP nie...Dari Rambutan hingga ke Durian...sedap. Sempat gak bawak balik buah tangan petai untuk encik hubby. Dia peminat petai tegar. Heheh :) Kalau masak aku bleh laa ...tapi makan? Tidak laaa kut...

:: Rambutan..besau tul ::
:: Petai Sungkai ::
:: Durian Gunung (Sungkai) ::
Selesai makan semua tu, hari pun dah petang. Jadi balik laaa ke KL semula. So GOOD BYE 2011. Welcome 2012. Selesai sudah 2011.


Saturday, January 01, 2011

New Year 2011 . . . Movie Continues

Assalamualaikum wrth wbkth...

HAPPY NEW YEAR 2011
to all... Hari nie hari pertama 01.01.2011. Jalan2? Ya mulakan dengan menonton wayang untuk 2011. Hehehe....wayang pilihan hari nie The Tourist lakonan Angelina Jolie & Johnny Depp. Gandingan 2 pelakon mantap untuk sebuah filem separa action. Separa? Kenapa ek? Review keseluruhan cerita nie mmg best la. Tapi agak slow di permulaan namun kesudahannya agak menarik. But aku enjoy laa tengok wayang nie, sebab tengok bintang pujaan ku heheh :) si Angelina Jolie. Dia mmg lawa.
Release Date: 30 December 2010
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Thriller
Running Time: 1 Hour 44 Minutes
Director: Florian Henckel von Donnersmarck
Cast: Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Steven Berkoff.

Synopsis: A remake of the 2005 French film "Anthony Zimmer" starring Sophie Marceau, this Hollywood romance-thriller revolves around Frank (Johnny Depp), an American tourist visiting Italy to mend a broken heart. Elise (Angelina Jolie) is an extraordinary woman who deliberately crosses Frank's path in order to mislead all those who are following her former lover Alexander Pearce, a criminal wanted in 14 countries, who has stolen money from a gangster (Steven Berkoff) and who is being pursued by an agent (Paul Bettany). Against the breathtaking backdrop of Venice, Frank pursues a potential romance but soon finds himself the pursued as he and Elise are caught in a whirlwind of intrigue and danger.

(Source: Cinema Online)
Hmmm...after tengok wayang, ke Cold Storage jap. Beli makaan kucing. Then terus ke pasar malam di Melawati untuk membeli beberapa sayur-sayuran dan jalan-jalan jap. Cuci mata. Pas tu terus makan kat D Anjung Melawati...Kedai makan yang terletak bersebelahan Sekolah Rendah Melawati 1 dan berhadapan dengan stesen minyak. Kalau sebelah petang deretan kedai tepi jalan nie dipenuhi dengan orang yang makan rojak dan cen aku makan Mee Bandung. Hubby plak makan Bihun Hailam & Nasi Goreng. Huhu sampai 2 dia makan. Lapar tul. So far kat kedai nie semua makan dia aku dah rasa. Dan semua sedap. Hehehe :) kira mcm jalan-jalan cari makan laa aku ni...gi scout kedai makan yang best-best untuk dicuba....heheh tapi kira memang berbaloi makan di sini. Tak pernah rasa rugi. Sebab berbaloi setiap sen yang dibayar. Tukang masaknya hanyalah seorang pakcik tua. Tapi masak memang superb. Mama Mia...

Okay laa...rasa ngantuk laa...penat untuk hari nie. Esok "bateri" kena recharge sepenuhnya. Isnin dah mula kerja. Dan pasti ia adalah hari yang paling jem. Huhuhu u all know why laa kan...okeh....adioss...amigos....

Happy New Year 2011!!

Assalamualaikum wrth wbkth,

Salam buat semua. Hmmm...cepat benar rasanya kita akan berada di tahun 2011. Cepat masa berlalu kan. 2010 akan meninggalkan kita. Dan bertambah lagi satu tahun dalam usia kita. Apa nak buat? Dah semakin tua dah rasanya...heheh :) tapi tetap maintain comel + cute...

Selamat Tahun Baru 2011 buat semua!


Saturday, January 01, 2005

Happy New Year 2005

Assalamualaikum wrth wbkth...

Haiii semua! Selamat Tahun Baru 2005...Apa khabar? Diharap tahun baru 2005 akan memberi makna kepada kita semua setelah apa yang berlaku pada tahun lepas. Penghujung yang begitu menyayat hati kita semua. Sebuah kejadian yang tak begitu kita sangka sebagai penutup 2004. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Semoga kita semua insaf di atas kejadian ini, dan bersyukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan hidup di atas muka bumi ini.

Hmmm...aku sendiri pun tak tahu apa kesudahan 2005 ini nanti...banyak benda yang mungkin akan berlaku 2005...Kalau nak tahu...aku akan ceritakan lagi pada masa akan datang...ihikss...Macam-macam jer kan...Awal 2005 nie...aku tak der perancangan...cuma ada beberapa benda nak di selesaikan lar di awal-awal tahun nie...senarai benda yang nak dibuat pun sekarang nie dah berlambak...inikah permulaan 2005? Hmmmm...mungkin!

Tapi aku bersyukur benar di atas semua kejadian yang berlaku...banyak yang berlaku di sepanjang 2004 dan juga 2003...pahit & manis mengisi sepanjang tahun itu. Susah senang...suka duka...banyak...tak terkata...yang tersirat...yang tersurat...takdir 2003 memang banyak menduga keluarga ku...2004 memberi nafas baru dalam kehidupan...tapi masih lagi ada sendu dalam suka...ntah lar...mungkin ini semua dugaan yang masih menyelubungi keluarga kami...aku pasrah di atas segala yang di beri oleh -Nya...Alhamdulillah, aku bersyukur di atas segala takdir-Nya...

New Year...New Life...mungkin tu akan memberi penghidupan baru pada aku & ibu...okay lar...anyway, SELAMAT TAHUN BARU 2005 buat semua...semoga tahun baru akan memberi 1001 makna pada kita semua...

Okeh...adioss amigos...byeee....

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...