Wednesday, January 24, 2007

Eye On Malaysia...On board!!!


Assalamualaikum wrth wbkth....

Hmmmm...mesti sekarang orang Malaysia sedang sibuk mengatakan tentang Eye On Malaysia...hehehe...so, aku pun mengambil kesempatan minggu lepas untuk 'menziarahi' Taman Tasik Titiwangsa yang tak pernah aku jejaki lagi semenjak aku tiba di KL 6 tahun lalu...mesti korang tak percaya...memandangkan aku memang tak suka sangat pegi area tu...ntah la...tak tau kenapa...pegi Titiwangsa pun tak lama..lepas aku tangkap gambar...dalam 30 min lepas tu kami blah...hehehe...ramai sangat orang..kepala aku pening lak petang tu...balik terus demam..hehehehe...kelakar gak...yer laa...tak tau naper...hehehe...

Kononnya Eye On Malaysia nie...pusing pusing bleh nampak satu KL...hehehe..tak tau laa...aku tak naik lagi pun...sebab masa aku sampai kat Titiwangsa...jalan tu jem giler....then masa lalu kat tepi tu...aku tengok ramai gile orang baris pi sana...huhhh..tak kuasa aku nak baris selama itu...sah-sah laa aku lapaq balik lepaih tu...hehehe....baik aku tengok kat TV jer...atau aku naik Menara KL jer...sama gak...bleh dok lama-lama kat atas...nie tak..sekali pusing jer...dah dikenakan bayaran RM15....hmmm...ada ruginya gak kan...hehehe...

Okay laa..ada story best lagi aku letak ek...chow.......adios amigos.....


Thursday, January 04, 2007

Hari Lahir

Assalamualaikum...

Hmmm...hari nie hari lahir ayah...4 Januari 1957...yg ke -50...kalau dia masih ada...umurnya sama dengan tahun Kemerdekaan Malaysia tahun nie...50 Tahun...
Anyway, semoga rohnya di cucuri rahmat....Al-Fatihah...

Hari nie juga birthday ibu mertua ku...hehehe..happy birthday Mama...yang ke 54 tahun dah...hehehe...


Wednesday, December 27, 2006

Lawak Pagi Hari...

Telur separuh masak

Jojo dan Shasha membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah kau", kata emaknya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba –tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

Isteri : @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>@#

Thursday, November 30, 2006

Sebuah Karya Buat Renungan...

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang ben gkok berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh

Untuk isteri pula.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa..apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami ben gis lagi lancang sabarlah memperingatkannya

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

Justeru itu wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Tuesday, October 31, 2006

Gathering Raya Ex-SM Teknik Seri Iskandar

Bila tengok balik gambar kat atas....Rasa seronok sebab dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah....walaupun kehadiran macam tak cukup orang jer...tak happy laa...& BIG THANKS kepada yang hadir pada hari tersebut....tanpa anda..Gathering ini takkan menjadi....TQ TQ TQ....

Gathering nie berlangsung di Bilik Pameran (Bekas bilik guru masa kami bersekolah di sini) Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar, Bota, Perak. Majlis bermula lebih kurang jam 10 pagi..di hadiri oleh rakan-rakan Ex-Techsis...Cikgu yang hadir...Cikgu Sabri (cikgu matemetik kami dulu)....

Okay laa....semoga jumpa lagi pada gathering akan datang....tunggguuuuuuuuuuuuuu

Friday, October 06, 2006

Word Of The Day


malediction

DEFINITION: (noun) the act of calling down a curse that invokes evil.
EXAMPLE: In the fairy tale "Sleeping Beauty," the princess is trapped in a death-like sleep because of the malediction uttered by an angry witch.
SYNONYMS: curse, denunciation

Monday, October 02, 2006

Jual Kuih Raya


Kuih Kuih...Kuih Kuih...Kuih Kuih....

Untuk Tempahan Sila Hubungi :
Cik Norhafiza
013-4805 545 @ hazafieza_2724@yahoo.co.uk

Sapura (50 biji = RM15.00)

Twin Peanut (50 biji = RM22.50)

I Love You (50 biji = RM14.00)

Eslilin (50 biji = RM15.00)

Bahtera Buah-buahan (50 biji = RM15.00)

Hello Bunny (50 biji = RM17.00)

Karisma ( 50 biji = RM17.00)

Chocolate Rice (50 biji = RM14.00)

Monday, September 25, 2006

Bazaar Ramadhan...

Assalamualaikum wrth wbkth..

Hi Semua...Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada semua Muslimin & Muslimat...today second day puasa...semalam dah selamat semuanya...seronok gak..sebab tahun nie tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri...dan kali nie berpuasa bersama suami...seronoknya biler time nak prepare barang nak masak...sibuk ke sana ke mari membeli barang dapur..and mula la nak carik resepi untuk juadah berbuka...hehehe...

Sabtu lepas aku ke Macro..beli beberapa barang keperluan yang amat diperlukan di masa kini...GULA..hehe..kat sana bleh beli 4 kilo..tu pasal aku dok pi sana..then shopping bekas kuih sket...peralatan buat kuih...sebab minggu depan aku & member aku akan memulakan projek kuih raya 2006..hehehe...seronok...dah bersusun bekas kuih aku kat bilik tuh...dok tunggu masa nak buat jer...

Hmmm...semalam gak 1st time aku pegi Bazar Ramadhan kat Melawati...best gak...meriah dengan makanan...masa dok pusing-pusing kat Bazar tuh...aku terpandang seseorang...cam kenal ker...sekali aku tengok..si Buzen..tengah jual kuih..heheh...ala..sapa tak kenal pelakon Sembilu Kasih tuh..hehehe...dia pun jual kuih cam malu-malu jer...dok tutup kepala dengan topi...tarik sampai rendah..heheh..pelik tul...

Ok laa...nanti aku ceritakan lagi kemeriahan Puasa aku tahun ini...okies...chowww..chin chooowww.....

Wassalam...

Thursday, September 21, 2006

Musim Kuih Raya

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmmm...Dah nak puasa minggu nie...tak sabar rasanya...lepas tu..lagi sebulan laa nak raya plak...bertambah sibuk laa lagi nak raya nie...tahun nie raya pertama aku & hubby...hehehe..and aku excited nak buat kuih raya & kek raya...mau taknya..pemilihan kuih raya & kek raya sedang berjalan rancak...dan beberapa bahan bantuan buat kuih & kek dah di beli...ehehe..termasuk oven baru...

Operasi KUIH & KEK Raya nie start minggu kedua puasa...semuanya akan berlangsung di rumah aku ler..sakan buat kuih nanti...hehehe..biasa la kan...setakat nie yang dipersetujui adalah 8 jenis biskut, 3 jenis kerepek & 2 jenis kek..hehehe...apa lak nanti orang kata kat aku ek...nampak berIYA tul laa...tapi pe salahnya..mana la tau tahun depan aku amek order bagi semua benda tu kan....sapa tau...hehehe..leh laaa aku buat duit kan...hehehe...Operasi nie melibatkan aku & kawan aku...hehehe...biasa laa...memacam kami nak buat....semua benda nak buat...sampai tak tau mana satu nak buat..hehehe...bulan puasa balik jam 4.30pm..lega laa...dapek balik awal..masak kat umah...nak beli kureng laa..serik aaa dibulan2 puasa nie..nampak sedap..tapi basi...iskkk..tak mau laa...

Okay laa nak balik dah nie...esok aku sambung balik citer pasal operasi aku yang semakin menarik nie...okies...chowwww...

Wassalam.....

Wednesday, September 06, 2006

Dah Lama....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmm...Dah lama rasanya tak mencoret di halaman sendiri...sibuk dengan multiply...sibuk dengan fotopages...sibuk dengan kerja...sibuk di rumah...sibuk menjaga orang sakit...dan akhirnya, sendiri pun sakit gak...begitulah akhirnya cuti hujung minggu aku minggu lalu...ingat dok umah boleh laa berehat...tapi akhirnya dok terbaring je depan tv...terkulai tak bermaya...huhh...macam-macam jer...

Dalam demam-demam tu...aku terima 2 berita gembira...2 sahabat ku telah selamat bersalin...Nahdatul Akma dapat baby boy (1 September) dan Nurul Nadhirah dapat baby girl (4 September)...tahniah pada kedua-dua ibu nie...hehehe...at least masih leh aku senyum untuk berita nie...walaupun demam melanda..hehehe...

Ingat nak balik ke Lumut..tapi tak tau biler..perancangan dalam awal puasa..tapi tak best laa..ingat nak balik...hehehe..rindu kat adik-adik aku nak comot tu...hehee...hari tu tak puas main ngan depa...dah besar dah budak2 tuh...masa kecik comel laa..dah besar..abih satu rumah dia kerjakan...hehehe...kalau bantut jer kan bagus...hehehhe...nampak comel jer..

Okeh laa..aku nak sambung keje...ader keje...petang nie ader meeting lagi...huhh..maleh tul dok meeting jer...ngantuk dalam meeting...okiess..choww....

Wednesday, August 02, 2006

Hari hari kerja

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hari-hari kerja...rasa amat lambat sekali nak tiba hari Jumaat...hehehe...bukan apa..tak sabar nak melepak di rumah & menonton DVD..hehehe...nak jalan-jalan musim hujan lak..jadi malas laa nak pi jejalan...kalau nak jalan sangat pi KL pun...naik kereta park kat LRT station jer...then naik LRT jer pi KL...lagi baik tak yah laa aku pk nak bawak kete dalam jammed...tension jer...dah ler orang KL nie bawak cam pelesit..maleh aku...kang gaduh lak...macam-macam jer...

Hmmm....LRT dalam 2-3 hari nie macam ada problem jer..dah ler last week aku terkandas dalam LRT selama sejam bersama lebih 1,000 penumpang lain....nie 2-3 buah tren plak asyik tak der aircond...panas..aku tak naik..aku sanggup keluar balik dari tren tuh...bukan apa..kang aku pengsan lak...berpeluh-peluh aku...jangan laa tren rosak..sebab tu je laa pengangkutan yang ada & mudah untuk aku ke tempat kerja...naik bas aku tak baper gemar...dah ler jammed kat jalan...lagi laaa lemas....

Ahad nie...PIL & BIL mungkin datang untuk jemputan makan tengahari...saja laa jemput datang ke rumah, since dah pindah nie depa tak penah mai lagi umah kami nie...hanya BIL & SIL jer yang ada datang hari tu...depa lepak-lepak sini makan pizza hut...hehehe...sambil tengok Explorace...aku pun melayan laa anak sedara ku si Nufail tuh...comel tul...suka buat muka nakal dia..hehehe...

Okay laa...nak sambung keje...dah ler hujan kat luar...siap dengan 'okestra' lagi tu....harap petang tak hujan waktu balik keje nanti...kalau tak susah nak pi stesen lrt nanti...Okessss....Choww....

Wassalam.....

Tuesday, July 25, 2006

Itu Aku....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Huhhh...gempar semalam kepada semua pengguna LRT RAPID KL PUTRA..tren laluan dari Kelana Jaya - Kuala Lumpur...ROSAK!! Tension...dan aku salah seorang mangsa yang ada dalam LRT tuh....dari Stesen Masjid Jamek lagi aku dah agak...semacam jer...sebab pintu tak tutup dalam 15 minit..lama tul..pelik gak...then dah tutup pintu terus ke Stesen Dang Wangi...penumpang turun & naik macam biasa...kemudian baru jalan sket terus berhenti...bukan sekejap...lama! Dari jam 6.25pm hingga jam 7.30pm dalam tren tuh...nasib baik tren yang aku naik tu aircond ada...tapi malang plak tren yang belakang...dah la berenti tengah-tengah terowong..seram gak...tak der aircond depa cakap...sah-sah la lemas...ada yang pengsan...dahsyat tul...aku jadi fobia lak...ingat pagi tadi nak naik bus jer dari KL ke PJ...malas lak nak naik tren...nie antara laporan berita yg aku baca pagi nie kat Berita Harian Online..hehehe...kenangan..dulu pun aku hampir trap dalam LRT gak ...masa tu satu Malaysia tak der bekalan elektrik...
____________________________________________________________________________

3 tren kandas di terowong


1,000 penumpang LRT terperangkap

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penumpang tiga tren transit aliran ringan (LRT) terperangkap apabila tren dihentikan secara tiba-tiba kerana masalah teknikal mengakibatkan dua daripadanya terkandas di terowong berhampiran Masjid Jamek dan Dang Wangi, petang semalam.

Tiga penumpang wanita pengsan dipercayai akibat sesak nafas apabila mereka gagal dikeluarkan selepas kira-kira setengah jam terperangkap di dalam tren sebelum penumpang lain bertindak memecahkan pintu kecemasan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, dua tren terkandas di terowong Masjid Jamek dan Dang Wangi manakala satu tren berhenti berhampiran stesen Pasar Seni.

Semua penumpang terkandas dibawa keluar kira-kira jam 7.15 petang selepas mereka bertindak memecah pintu kecemasan dan dibawa oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke stesen berhampiran.

Kejadian itu juga mengakibatkan beribu-ribu penumpang yang baru pulang bekerja terkandas di kebanyakan stesen Putra LRT. Semua laluan itu ditutup sementara sehingga jam 8.45 malam apabila penumpang dibenarkan semula menaiki tren.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azizan Ismail berkata, pihaknya mengenal pasti hanya tiga tren yang mengalami masalah serius kerana penumpang terkandas.

“Kami hantar 57 pegawai dan anggota untuk bantu keluarkan mangsa, kami tidak tahu apa punca masalah ini. Tiada kematian tetapi tiga wanita pengsan,” katanya.

Pengurus Kanan Korporat Rapid KL, Katherine Chew, berkata masalah teknikal itu berlaku apabila satu tren dikesan hilang daripada skrin komputer menyebabkan pihaknya terpaksa menghentikan serta merta tren bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Katanya, semua perkhidmatan sepanjang 29 kilometer membabitkan Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park, KL Sentral dan Bangsar terus ditutup kepada penumpang apabila pihaknya mengesan masalah berkenaan.

Kebanyakan penumpang marah dan merungut kerana mereka tidak diberikan sebarang pengumuman atau dihubungi untuk mengambil tindakan perlu apabila tren terhenti. Cubaan menghubungi mana-mana pihak juga gagal apabila talian telefon di dalam terowong terganggu.

Seorang penumpang, Ganesan Subramaniam, 47, berkata beliau mula menyedari tren menghadapi masalah apabila lambat tiba di KL Sentral dan bergerak perlahan sebelum berhenti terus berhampiran di Pasar Seni.

“Mereka maklumkan kepada penumpang berlaku masalah teknikal, tetapi kenapa benarkan penumpang naik. Saya mula curiga apabila apabila tren bergerak perlahan. Apabila tren berhenti, kami mula sesak nafas selepas setengah jam berada di situ, tanpa bantuan.

“Keadaan terlalu panas dan sesak. Bayangkan lebih 200 orang dalam gerabak,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Samsa Mokhtar, 41, berkata tren yang dinaiki terkandas di Masjid Jamek dan dua penumpang wanita pengsan kerana terlalu panas dan kekurangan oksigen.

“Kami dah tunggu hampir setengah jam, tiada siapa datang bantu. Apabila dua wanita itu pengsan, kami pecahkan pintu kecemasan untuk dapatkan udara segar. Nak turun ke landasan, kami takut terkena kejutan elektrik, keadaan gelap pun gelap kerana bekalan elektrik terputus.,” katanya.

Difahamkan, selepas dua penumpang yang pengsan di Masjid Jamek dikeluarkan, sebahagian daripada penumpang masih menunggu di dalam tren, bahkan ada juga penumpang luar yang masuk ke dalam tren.

Friday, July 21, 2006

Tanah Untuk Di Jual

:: TANAH UNTUK DI JUAL ::

Negeri : Terengganu
Daerah : Kemaman
Bandar/Pekan/Mukim : Mukim Kemasik
Tempat : BELTEK
No. Lot : Lot 539
Luas Lot : 1.0040 Hektar
Kategori Penggunaan Tanah : Pertanian

Harga : Boleh Dirunding

Hubungi : heldamelissa@yahoo.com

Thursday, July 20, 2006

Bila April - Fazley

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

Tuesday, July 18, 2006

Siti Situ Sana Sini

Gempar dengan berita pengumuman Siti- Sidang Media Khas Siti Nurhaliza..jam 12.00 17 July 2006...pergh...macam raja jer...maklum laa Artis No 1 Negara...lepas pelbagai spekulasi yang timbul sepanjang tahun ini, akhirnya Siti Nurhaliza memaklumkan negara...bahawa perkahwinannya dengan Datuk K akan berlangsung pada bulan Ogos ini...21 Ogos - Upacara Tunang & Nikah...28 Ogos - Majlis Persandingan di Kuala Lumpur Convention Centre. Manakala 3 September pula majlis di Kuala Lipis. Pergh....nie memang wedding of the year betul...Siti Nurhaliza kawin sama tahun dengan aku...hehehe 2006 tuh...

Setelah di teliti semua lirik lagu Siti dalam album Transkripsi...aku dah agak memang ada jawapan bagi segala spekulasi yang timbul...semua lagunya berunsurkan cinta...cinta...cinta...memang dia sah dilamun cinta...so, apapun Siti Nurhaliza...siapapun pilihan Siti Nurhaliza...tu hak Siti Nurhaliza...kita sebagai insan sepatutnya mendoakan kebahagian & kesejahteraan rumahtangga beliau...Aku bukanlah peminat setianya...tapi aku sekadar peminat lagu-lagu gemersik dari bibirnya...& juga bait-bait lirik hasil tulisannya...Buat Siti Nurhaliza...semoga berbahagia selalu...

Monday, July 17, 2006

Bosan hujung minggu


Assalamualaikum...

Alahaiii..(chehh macam Farhan lak) Ihikss...anyway, aku kebosanan semalam...dok umah tarak buat apa...walaupun ada keje..kemas umah sepanjang hari..tapi bosan gak lar..then sempat laa aku snap beberapa gambar dari arah rumah aku...nun di atas puncak bukit...area Kemensah Heights...memang la best...musim hujan sejuk giler...aku pun tak tahan...hehehe...semalam konon nak amek view dari rumah...tapi tu jer la view yang ada pun...sebelum nie cantik...tak la teruk...tapi sejak depa tengah buat town house tuh..terus gondol depan tuh...sebenarnya dari umah aku bleh nampak sign board Carrefour...kalau malam lagi laa..sebab nampak lampu sign board tu kan...hehehe...tu jer laa...konon bosan ingat nak pi Zoo Negara laa..tapi bila fikir balik...hujung minggu ramai orang...malas laaa nak pi sana..so, aku ambil keputusan dok umah jer laa...melepak bersama tv, bantal & secawan nescafe...

Mulanya aku nak pi turun bawah....buat check-up kat kereta aku..tapi hujan renyai la plak...so, tak jadi la...tu la pasal aku dok mengemas rumah jer..mana yang tak best aku alih sana...alih sini..susun sana... susun sini...nak kasi nampak best laa konon...tapi rasanya sama...then dalam jam 3 petang...aku start masak untuk malam...memandangkan Hubby keje shift pagi (walaupun Ahad keje shift kena keje gak)...so, petang dia balik la...maknanya aku dah siap masak le....hehehhe...bijak-bijak...lauk pilihan...sup sayur, ikan bilis tumis, telur dadar & udang goreng tepung...pergh...membuka selera...

Petang tu lak...bosan-bosan dok keluarkan album...rearrange balik laa semua gambar...gambar kawin ler...then ada yg letak dalam frame...mana yang sempat jer laa...sebab Ahad nie Mentua & Ipar aku nak mai umah...kena laa kemas umah...hehehe....jadi Sabtu tak ler penat sangat...kena kemas sket2 laa...hehehe...

Okay laa..nak lunch...lapaq sesangat dah nie....okies...enjoy gambar yang tak seberapa di atas tuh...hehehe...chowww...

Thursday, June 29, 2006

ROUTE 66

Well if you ever plan to motor west
Just take my way that's the highway that's the best
Get your kicks on Route 66

Well it winds from Chicago to L.A.
More than 2000 miles all the way
Get your kicks on Route 66

Well goes from St. Louie down to Missouri
Oklahoma City looks oh so pretty
You'll see Amarillo and Gallup, New Mexico
Flagstaff, Arizona don't forget Winona
Kingman, Barstow, San Bernadino

Would you get hip to this kindly tip
And go take that California trip
Get your kicks on Route 66

Well goes from St. Louie down to Missouri
Oklahoma city looks oh so pretty
You'll see Amarillo and Gallup, New Mexico
Flagstaff, Arizona don't forget Winona
Kingman, Barstow, San Bernadino

Would you get hip to this kindly tip
And go take that California trip
Get your kicks on Route 66

** Lagu nie FARHAN AF4 nyanyi masa Konsert Prelude AF4 **

Tuesday, June 27, 2006

Hazami - Mungkir Bahagia

Ooo..
Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
'Tuk mengungkap rindu

reff:
Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Dikanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

Repeat reff [X2]

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...