Wednesday, April 11, 2012

:: Cuti Umum Lagi... ::

Assalamualaikum!

Hari nie cuti lagi. Cuti apa? Sempena pertabalan Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, iaitu Yang di Pertuan Agong ke 14. Maka seluruh negara cuti laa kan. Best walaupun cuti nie jatuh pada hari RABU. Tengah-tengah minggu. Orait laa tu. Bleh rest setelah penat bekerja, bleh laa rehat sehari kan.


So, apa korang buat hari nie? Merayau-rayau bersama keluarga? Atau berehat saja di rumah menonton TV macam aku? Hehehe....kes malas nak jalan sangat, lagipun tengah bulan kan. Jimat sket laa..masak-masak & makan then lepak aje depan TV....lagi best. Betul tak?

Okay selamat berehat Rakyat Malaysia! Choowww...

Wassalam!

Thursday, April 05, 2012

Wordless Wednesday #18

Salam Wednesday,

Anak-anak Bulus yang kiut!

Caught in action!

Monday, April 02, 2012

:: Cuti dan cuti! ::

Salam,

Tetiba rasanya macam nak cuti lagi. Ke mana eh? Ada cadangan? Where to go with Mr Hubby eh? Kesian dia. Sibuk memanjang. Weekend pun kena kerja. Nak buat macam mana kan...tuntutan kerja.

Teringat masa ke KK tempohari. Best sangat! Kenangan makan ABC Special. Perghh sedapnye makan ABC di tepi laut. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang nikmat! Bila laa dapat ulang lagi ke sana eh? Kali nie nak pegi banyak tempat lain lak...heheh...syok sana. Happening tak macam dulu dah KK...

Banyakkan ABC Special dia..plus AVOCADO lagi...pergh!!
Bila berjalan-jalan, dapat pengalaman baru. Walaupun cuti sekejap, banyak benda baru kita akan belajar. Bak kata jauh perjalanan, luas pengetahuan. Memang betul pun. Kalau orang lain berlumba-lumba ke Vietnam laa...Bali laa...Bandung laa...aku lebih cenderung pada percutian dalam negara ajer. Belum lagi nak melebarkan sayap perjalanan ke destinasi luar negara. Belum masanya lagi kut. Nanti laa bila aku dah cukup bersedia dan cukup kumpul pengetahuan dulu kan...Rasanya MALAYSIA pun aku tak abih pusing lagi kut...mungkin cuma baru tiba di bandar-bandar utama saja. Kalau boleh nak menjelajah setiap negeri tu...ke sepelosok negeri laa kan...baru aaa namanya rakyat Malaysia kan!

Okay laaa....nanti aku story lain...nak citer pasal makanan lak nanti..apa nak di makan? tunggu yek!! Chowww...

Wassalam...

Sunday, April 01, 2012

:: Bila April Tiba....::

Assalamualaikum semua,

APRIL....Dah tiba akhirnya! Kenapa di tunggu? Bulan yang paling aku suka tunggu sepanjang tahun. Kenapa? It's my Birthday month and my wedding anniversary month. Hehehe...semuanya dalam bulan yang sama.


Apa yang di tunggu? Hmmm...hadiah kut...tiada apa yang biasanya aku tunggu pun. Sekadar kasih sayang dari semua insan yang ku sayang ....tul tak?

Friday, March 30, 2012

:: Kereta...Pilihan yang mana? ::

Salam semua,

2012. Cepat masa berlalu. Kejap ajer kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk April dah tak lama lagi. Apa lagi yang belum aku capai sepanjang hidup? Ntah la...aku sendiri pun tak tau apa lagi. Mungkin disebabkan aku suka yang sederhana dan simple, jadi aku berapa impikan yang terlalu indah dari biasa.

Me & Mr Hubby, sedang berkira-kira. Mana satu pilihan hati. Apa yang pilihan hati? Sebenarnya telah memilih kereta untuk yang akan datang. Kereta apa? Masih dalam pemilihan ler...lom ditentukan lagi. So, far aku amat selesa dengan kereta kecil ku yang comel yang membawa aku & Mr Hubby ke mana-mana saja dalam Malaysia nie. Kecil-kecil cili padi. Tapi mungkin sudah tiba masanya untuk bertukar (ala-ala Gaban lak nak bertukar-tukar nie)....

Pilihan? Hmmm aku mahu kereta MANUAL. Itu adalah kemestian. Why? Sebab lebih mudah menjaganya. Maintenance lebih murah. Dan aku tak suka kereta AUTO. Bagi aku ia adalah kereta orang MaLaS + Cuai aje, sebab bila auto aje, mula laa org nak gayut kat fon sana sini, sambil lewa bawa kereta. Tolak ke D aje...terus pecut, tanpa fikir orang lain. Hmmm memang aku tak suka.

Nie jari sapa eh?

Kereta Manual di zaman millenium nie...amat terhad laa pilihannya. Tak banyak dah syarikat jualan kenderaan menawarkan kereta manual. Kenapa? Sebab kononnya rakyat Malaysia nie suka sangat kereta AUTO. Pasaran Auto lebih baik dari Manual. Hmmm...memang betul pun. Tu gak laa puncanya Manual semakin pupus. Sedih. Ramai yang tak boleh bawak stick shift dah. Aku bukan laa tak boleh bawak pun Auto...kalau boleh bawak Manual dah tentu Auto tu pejam mate aje kan!

So, apa option anda dalam pemilihan kereta? Manual atau Auto?

Thursday, March 29, 2012

:: Rindu Pada ... ::

Salam semua,

Dah berminggu tak berblogging. BZ tahap Gaban dah nie. Hehe...ntah laa sejak akhir-akhir nie BZ kalahkan menteri dah. Pening pale dah bile fikir pasal kerja. Sengal jiwa ajer...So, last weekend aku cuba habiskan cuti aku selama 3 hari di luar dari KL.

Balik ke rumah Bonda di Lumut. Rindu. Ziarah Bonda yang lama tak diziarahi. Sambil tu hantar "baby" kesayangan balik ke sana. Sukanya Bonda padanya. Abis laa aku nanti akan menangung kerinduan padanya. Hmmmm...nak buat cam ner kan. Terpaksa.


Dia nie memang Tokei Selipar Gombak Jepun agaknya. Suka sangat peluk selipar. Kat umah aku pun dia peluk-peluk macam bantal. Hehehe suka tengok aksi dia yang comel tu. Ingatkan di rumah aku aje...rupanya di rumah Bonda pun sama gak. So, memang peminat selipar ler tew...hehe..biar laa asalkan ko bahagia ehh Koko Chang...Ye...nama dia KOKO CHANG...ala2 Korea sket. Sebab Mamanyer nie K-Pop ler sangat!

Sebelum balik KL..tengok muka dia dah sayu aje. Macam nak nangis aje ...sedih. Bonda cakap lepas kami balik tu dia dok Meow Meow depan pintu bilik. Carik kami. Alahai sedihnye. Sian dia...Harap dia OK...lagipun Bonda memang sayanag padanya. Kami tahu itu.

Sempat pose ngan Koko Chang before berangkat...tapi muka dia masa tu macam nak merajuk + menangis dah ... OK, jaga diri baik2 yek sayang...muahhhhh....cayank selalu...


Monday, March 19, 2012

:: Cuti-Cuti Malaysia ::

Salam,

Lama rasanya tak berblogging. Sibuk bertimpa-timpa. Nak berehat-rehat di wiken hari pun rasa macam tak sempat aje. Letih yang tak hengat! Ntah la. Encik Hubby pun begitu jua, sibuk tak hengat. Wiken pun kena keje. Sian dia...

Bila la mau cuti eh? MATTA FAIR baru je berakhir. Tapi tak pegi pun. Tak sempat pegi pun sebab Encik Hubby terlalu sibuk di wiken hari. Tak per la, lagipun dah beli dah gak tiket percutian. Tiket percutian with Encik Hubby untuk tahun ini belum ditentukan lagi ke mana. Sebab hari tu sempat beli tiket masa promo untuk ke Kuching. Pergi with office mate. Tukar angin lak, pergi dengan kengkawan ofis. Sekali sekala kan.


 

Mungkin hujung bulan nie nak beli tiket untuk satu percutian panjang nanti. Ke mana eh? Rahsia dulu laa kut. Tau-tau aje gambo dah naik kan hehehe...tu laa best. Baru sonok nak mengulit gambo yang bertimbun-timbun tu...

Masih dok riki-riki tempat yang aku rasa nak pegi. Heheh tunggu ajer laa eh...tapi kena bincang dulu ngan Encik Hubby. Kena bersidang dulu laaa kan...

Okay laaa nak berehat-rehat dulu....penat sangat untuk hari ni...chow...Wassalam...

Wednesday, March 14, 2012

Wednesday, March 07, 2012

Monday, March 05, 2012

:: Outing ~ MotoXpo 2012 @ PWTC ::

Salam,


Baru laa ada masa nak update. Baru dapat pegang laptop sepenuhnya. Kalau tak orang lain aje yang pegang. Tak pe la kan. Janji aku dapat tengok TV tanpa gangguan la. Hehehe :) Sebenarnya nak story pasal kisah 2 minggu lepas..25 Feb 2012. Me & hubby pergi outing yang dah lama kami tak buat sebenarnya.
http://www.motoxpo.com.my/
Nak tau kami ke mana? Kami ke MotoXpo 2012 di PWTC. Saja laa pergi sana kan. Sebenarnya Hubby tak tau pun pasal benda nie. Aku terbaca secara tak sengaja di internet masa tengah Google benda lain. So, bila aku habaq aje kat dia...terus laju aje dia setuju nak pergi. Walhal, pada mulanya dia hanya nak melepak di rumah saja. Hmmm...cepat tul berubah eh? Sebab? Nanti aku story eh...





Anyway, biasa aje pameran yang julung kalinya di adakan ini. Penglibatan pelbagai syarikat permotoran pun tak banyak. Average aje la pameran kali ini. Agak kecewa laa sikit sebab bayaran masuk agak mahal iaitu RM8. Tak banyak plak tu booth motor. Yang banyak mempamerkan motor adalah Kawasaki. Honda, Yamaha, Suzuki dan lain-lain ada gak...cuma tak menarik sangat la. Cuma...ia macam dah jadi pesta awek litar. Perghhh...seksi & seksa mata memandang laa kan...pesta BETIS la..huhu beristigfar banyak-banyak dah masa ni..huhu



Encik Hubby tersangat la SUKA. Sebab dia dapat berjumpa dengan Wazi di booth Suzuki. Sebab Encik Wazi nie dah jadi spokeperson Suzuki. Legend motor tu. Aku tak bape kenal, tapi dia memang kenal la. Apapun aku sekadar tukang tangkap gambar aje. Hehehe :) Suka laa sebab dia happy dapat buat benda yang dia suka.

Hubby with Encik Wazi
Lepas dah ronda-ronda lak...sambil tengok-tengok pamplet tu, ada sorang lagi duta motor yang hadir. Duta antarabangsa la kiranya. Duta KTM, Rok Bagoros. Perghhh hubby siap tangkap gambo laa ngan dia. Siap dapat sign dia lagi. Hehe..suka eh? Bagus laa sayang ku...

Hubby With Rok Bagoros
Setelah habis meronda semua booth. Haus tak hengat! Memang letih. Mungkin sebab cuaca pun sejak beberapa minggu nie memang hangat. Terlupa plak membawa bekalan air masak. Aduuiii memang letih. Macam nak tercabut lutut. Tapi pas tu terus ke MekDi di The Mall tu, tapi beli Sprite aje la. Sebab nak duduk dan minun aje. Makan? Tak mau la...hilang selera kat MekDi dah sekarang nie...

Pas dah duduk-duduk dan hilangkan penat lelah, kami mengambil keputusan untuk meronda Pasar Malam di Jalan Masjid India. Lama tul aku tak meronda macam nie. Dulu masa zaman anak dara memang kaki meronda Masjid India nie. Kira tempat mencari segala jenis barang la, dari baju, kasut, tudung dan pelbagai. Masa nak kahwin pun carik barang kat sini. Lepas beli kek coklat, pulut kuning dan otak-otak kami terus beredar menaiki tren. Tak larat nak jalan dah. Nak duduk aje saat nie...huhu...

Okay...nie je outing untuk minggu nie...ntah biler lagi bleh outing eh...Tak sabar hujung bulan nie nak balik Lumut. Rindunye kat kucing-kucing di sana...huhu okay...nanti story lain eh...chowww...Wassalam...

Thursday, March 01, 2012

:: March Already ::

Salam,




Errrr...It's March already? So, fast laa...Ayoooo...pantasnye masa berlalu tanpa di sedari.


Rasanya macam banyak lagi yang ketinggalan nie...




Friday, February 10, 2012

:: Ariana Mikhail Plak ::

Assalamualaikum...

Musim melayan drama aku dah mula balik dah nie. Sekarang nie antara c ter yang aku tengah tengok di TV9..TV9 bukanlah channel faveret pun. Jarang tengok...kalau tekan pun sekali lalu ajer...slot Ratu di TV9 bakal menyiarkan drama terbaru berjudul Ariana Mikhail. Ia dibintangi oleh Nora Danish & Sein. Bersiaran setiap Isnin hingga Selasa jam 8.30malam. Nak tau best ke tak...kena laa layan sendiri eh ... heheh :)


Nora
:: Ariana Mikhail ::
Drama siri kegemaran ramai baru ajer berakhir petang tadi. Gemersik Kalbu. Mesti ramai yang tengok kan? Citer nie ari tu gantikan citer Tentang Dhia ari tu. Aqasha & Ayu Raudhah adalah pelakon utama. Suka melihat kenakalan si Suffian. Cuma Ayu Raudhah nampak tembam jer sket...heheh...OST untuk drama nie pun best sebab dinyanyikan sendiri oleh si Aqasha ~ Obsesiku. Hehe lagu nakal dia...lama tak dengar dia menyanyi.

:: Gemersik Kalbu ::
Setiap Jumaat lak bleh layan Dingin Lavenda @ TV3. Drama 'DINGIN LAVENDA' diilhamkan daripada Novel DINGIN SALJU INDIANA tulisan Pn Nurolsham Saidin.

:: Dingin Lavenda ::
So, apa lagi? Jom laa menonton. Hehe, saja laa isi masa lapang di hujung minggu. Kekadang tak sempat tengok time live kan. Tengok laa kat Tonton atau encik suami tolong rekodkan di Astro PVR kami. TQ babey!!

Saturday, February 04, 2012

:: Weekend Ku ::

Assalamualaikum...


Weekend keje aku macam biasa..Layan YouTube ler. Tak pun layan ajer laa Tonton tengok balik semua citer2 yang aku terMISS. 


Sekarang nie banyak kan drama-drama kat TV. Jadi nie antara lagu yang tengah HIT la untuk Dingin Lavenda ... Bila dengar 2-3 kali best lak...Heheh jadi layan la sat...





Okay nak sambung lagi marathon drama bersiri kesukaan ku...weekend ajer laa dapat tonton ke semuanya kan...Okay..chowww...


Wassalam...


Friday, February 03, 2012

:: Happy Friday ::

Assalamualaikum....

Sukanya...It's FRIDAY! Alhamdulillah dah JUMAAT dan cuti lagi untuk minggu nie kan. Syoknye asyik cuti ajer. Isnin - Selasa cuti. Memang best. Jadi apa nak buat weekend nie? Ntah laa...tak tau apa nak buat lak. Kalau rajin nak masak sedap laa kut macam biasa. Huhu...abis ari-ari masak tak sedap ker? Hehehe...tak de laa...nak masak yang istimewa sikit laa kut...saja la kan. Weekend kan...


Okay...enjoy the weekend! Chowww...

Wassalam...

Thursday, February 02, 2012

:: Kerja...Kerja & Kerja ::

Assalamualaikum....

Alahai. Cuti dah abis. Esok KERJA. Cuti sehari. Keje 2 hari. Then cuti lagi sampai Selasa. Maulidur Rasul + Thaipusam. Malaysia memang kayooo cuti. Tapi malas nak ke mana-mana laa cuti. Sebab mesti highway jem giler! KL lengang sket laa....kalau perayaan yang panjang baru kosong sesangat...heran aku dorang nie...rajin jalan-jalan...duit sentiasa ader aje kan...hmmm...


Kerja sok mesti penat. Sebab kena cover kerja untuk 3 orang. 2 cuti. Sorang lagi? Tak de function pun kalau ado di ofis pun. Semak ofis ajer...Ntah kenapalah dia tu kerja aku pun tak tau la. Baik dia dok umah ajer. Last2 aku yang letih la kan macam biasa.

Yang pasti esok kalau balik kerja sah aku melepek laa kan. Letih sungguh laa...nak buat cam ner kan...kerja. Amanah. Jadi kena buat keje untuk gaji HALAL laa kan. Okay laa...baik aku tido dulu. Kang esok tambah penat. Walaupun rasanya memang dah agak lewat sangat nie...Adeiii lalai bile berinternet...okey...choww...sok sambung gi ek..

Wassalam....

Wednesday, February 01, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...