Friday, March 30, 2012

:: Kereta...Pilihan yang mana? ::

Salam semua,

2012. Cepat masa berlalu. Kejap ajer kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk April dah tak lama lagi. Apa lagi yang belum aku capai sepanjang hidup? Ntah la...aku sendiri pun tak tau apa lagi. Mungkin disebabkan aku suka yang sederhana dan simple, jadi aku berapa impikan yang terlalu indah dari biasa.

Me & Mr Hubby, sedang berkira-kira. Mana satu pilihan hati. Apa yang pilihan hati? Sebenarnya telah memilih kereta untuk yang akan datang. Kereta apa? Masih dalam pemilihan ler...lom ditentukan lagi. So, far aku amat selesa dengan kereta kecil ku yang comel yang membawa aku & Mr Hubby ke mana-mana saja dalam Malaysia nie. Kecil-kecil cili padi. Tapi mungkin sudah tiba masanya untuk bertukar (ala-ala Gaban lak nak bertukar-tukar nie)....

Pilihan? Hmmm aku mahu kereta MANUAL. Itu adalah kemestian. Why? Sebab lebih mudah menjaganya. Maintenance lebih murah. Dan aku tak suka kereta AUTO. Bagi aku ia adalah kereta orang MaLaS + Cuai aje, sebab bila auto aje, mula laa org nak gayut kat fon sana sini, sambil lewa bawa kereta. Tolak ke D aje...terus pecut, tanpa fikir orang lain. Hmmm memang aku tak suka.

Nie jari sapa eh?

Kereta Manual di zaman millenium nie...amat terhad laa pilihannya. Tak banyak dah syarikat jualan kenderaan menawarkan kereta manual. Kenapa? Sebab kononnya rakyat Malaysia nie suka sangat kereta AUTO. Pasaran Auto lebih baik dari Manual. Hmmm...memang betul pun. Tu gak laa puncanya Manual semakin pupus. Sedih. Ramai yang tak boleh bawak stick shift dah. Aku bukan laa tak boleh bawak pun Auto...kalau boleh bawak Manual dah tentu Auto tu pejam mate aje kan!

So, apa option anda dalam pemilihan kereta? Manual atau Auto?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...