Thursday, April 28, 2011

Sekinchan Ikan Bakar @ Setiawangsa

Assalamualaikum wrth wbkth....

Ahad lepas sempat laa menjengah tempat makan yang belum pernah di terjah lagi. Sempena hari lahir ku + wedding anniversary....Long call and ajak makan. Kami berempat pun ke Sekinchan Ikan Bakar di Setiawangsa. 1st time pegi sini. Selalu tengok review orang jer kan. Kali ni pegi merasa sendiri la kan. Tak jauh pun dari rumah, sekali vroommmm pun dah sampai hehehe

Menu di sini semuanya bakar sahaja. Dah nama kedai pun kedai ikan bakar kan. Takkan laa plak ada yg menu ada Thai or Chinese lak kan...Setiba di sana kami memilih tempat duduk di bahagian luar. Kononnya tak mau lemas di dalam yang nampak seakan gelap semacam jer kan. Pas tu terus ke bahagian tempat pemilihan makanan. Bangla yang jaga kaunter ikan tu. Fuhhh...Kat situ ada ikan siakap, ikan kerapu, ikan kembung, ikan cencaru, udang, sotong & ketam. Saiznya plak bleh tahan besar la. Tapi kami ambil yang sederhana sahaja. Dan semuanya di bakar. Pas tu ke kaunter ulam-ulaman, sup dan nasi lemak. Kami hanya memilih ulam-ulaman, sambal dan sup. Malangnya setelah makan hampir 30 min sup masih tak tiba. Dah panggil waiter pun masih tak sampai jugak sup tu. Pelik tul. Pekerja tak berapa cekap dan agak termanggu jer. Servis agak slow. Pesan makanan 2x baru datang. Tak panggil tak datang. Makanan sedap, tapi servis hancuss sket. Harap dorang perbaiki servis di masa akan datang...


:: Suasana di Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa ::


:: Ulam-ulam + Sambal & Sotong Bakar ::

:: Udang Bakar & Ikan Siakap Bakar ::


:: Jus Oren + Jus Tembikai + Jus Epal Asam Boi ::

Banyak jugak yang kami order masa tu. Masa makan tu cuaca terang benderang dan sangat panas. Tapi lebih kurang 30 minit makan, hujan mula turun dengan lebat. Dan atap kat situ bocor. Abis pinggan aku basah dek air hujan. Terpaksa mengelak laa plak. Sib baik laaa masa tu dah nak habis makan dah. So, terus makan cepat-cepat laa...tapi jadi tak selesa sebab hujan dok menitik dari atas jer. Lenkali makan situ kena bawak payung la kot.


:: Mangga Segar ::


:: Neslo Ais ::

Dekat 20 minit dok di bawah bumbung yang bocor akhirnya kami berganjak ke meja makan sebelah dalam. Long sempat order lagi buang mangga segar. Sedap dan manis. Dalam hujan-hujan aku bleh plak layan NesLo Ais ....huhuh mau semput dek sejuk..huhu...keseluruhan servis + makanan adalah sederhana. Harga plak...agak mahal gak la...kalau nak tau harga kena la cuba ... hehehe

Okay laaa..nanti review kedai makan lain lak...chowww...

Thursday, April 21, 2011

Friday, April 01, 2011

Friday : Orientation Day + Shopping Day

Assalamualaikum wrth wbkth,

Hi! So, happy today. Coz what? Orientation day for GDD. Officially become a group starting on 1 April. Not April fool okay! Ada orientation untuk merapatkan sillaturrahim antara 2 department yang terpisah jauh kerana berada di dalam bangunan yang berlainan. Interesting. Memang best la. Penat but seronok sangat. After the orientation semua pegi Bazaar di Jalan Tengah beramai-ramai. Hehehe :) Next time aku story pasal bazar nie plak ek ++ gambar2 di bazaar... Seronok tau.

Penat sangat dengan macam-macam aktiviti hari ni, hubby decide pegi makan jer kat luar. Since kita orang dah lama tak pegi sini, nak makan Char Koey Teow kat Mali's Corner. Kat mana? Kat Taman Bunga Raya, Setapak. Famous tempat nie. Ada Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Koey Teow ... Air plak ada macam-macam. But paling aku suke adalah Nescafe. Hubby plak suka Horlicks. Sedap!

:: Mali's Corner @ Tmn Bunga Raya, Setapak ::

Biasanya kami suka order 2...Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Koey Teow....tapi hari nie mood nak makan satu jer...hehe misi diet kan dah terbantut. Jadi kena usahakan laa kan... hehehe

:: Char Koey Teow + Nescafe Ice ::

Memang heaven rasanya makan 2 benda nie kat sini. Nasi lemak pun sedap, Char Koey Teow pun sodap. Kat sini ramai student TAR College makan. Sebab berdekatan dengan campus and rumah sewa mereka. Memang ramai. Mostly chinese. And dorang kalau makan jer kat situ, penuh. Que untuk beli makanan tok sah cakap laa...sampai ke jalan raya besar terus. Memang berbaloi beratur panjang la. At one time, pernah datang masa tu hujan, but still orang que dengan payung sebab nak dapatkan Char Koey Teow & Nasi Lemak Ayam Goreng dia....memang sedap. Sapa belum cuba bleh la cuba kan.

Okay laa...enuff citer pasal makanan...nanti lapo balik lak....okay guys good nite...happy weekend to all...bye....

Wednesday, March 30, 2011

Office Moktel ..

Assalamualaikum wrth wbkth...

It's been a long time I'm not posting anything on my blog. Rindu datang lagi. Mungkin sebab lama sangat tak berkongsi cerita suka dan duka. Sibuk. Tu la ungkapan yang sesuai untuk aku cakapkan buat masa ini. Letih. Tak sempat nak mencuri masa untuk berkongsi cerita. Keletihan mengatasi segalanya.

:: KLCC dari Level 48::

Kita mulakan hari ni, ada office moktel kat menara. Berdekatan dengan KLCC...cantik sungguh panoramanya. Celebration untuk penggabungan 2 department menjadi satu GROUP. Besar kan?? So, kena pegi ke bangunan lagi satu la nampaknya. Ke sana with my boss car. Then ada makan-makan. Dinner actually. But, end up eating sandwich, sushi, donuts & muffin. And they call it MOKTEL. Or cocktail? Hmmm...Since I'm starving so much, and I eat 6 sandwich...woww...2 sushi ... 1 donut ... 1 muffin and 1 bottle of sparkling strawberry drink. Hmmm...kenyang laa jugak. Tu la orang kata, "Orang tamak selalu rugi"...kiranya aku tak tamak atau pelahap untuk makan dinner such as steak or nasi ... terlalu berat. Makan sandwich pun dah rasa full dah. And I think I need to start diet from now on ... put on weight laaa... my mom dah bising. Everyone tell me the same thing ....arghhh...stress...and I need more food...hehehe :) to cover my stress ?? Huhhhh....

:: My favorite ::

Hmmm....after that, temankan plak hubby makan makan. Kesian dia. Jadi pegi makan di Gerai Gerak 21 Kg Baru...atau lebih dikenali kedai makan kat gerbang...siapa yang biasa makan sure tau kan. Kedai yang banyak lauk untuk dipilih setiap hari dalam masa 24 jam. Pilih sampai pening...too many choices ....highly recommended la. Kat sini, hubby makan dan aku pun join skali... heheh mana tak bulat? Huhhh...

Okay laa..letih nak rehat...chowww...wassalam....


Sunday, March 13, 2011

Sunday & 80's Songs....

Assalamualaikum...

Orkut Scraps - Sunday

Huhhh weekend yang bosan kot bagi aku ari nie. Sebab tak keluar ke mana-mana pun. Semalam nak keluar pegi pasar malam pun hujan. So, batalkan hasrat jer la. Takut kena hujan mula la demam balik kan. Jadi better stay at home je la. Kang sakit susah nak baik lak...risau la kan.

Orkut Scraps - Sunday

Melayan FaceBook ... melayan Twitter... bleh laa... ada macam2 berlaku lak kat FB tu...so, better aku layan lagu2 dari tahun 80an...perghhh layan blues jap laa kiranya. Best gak skali sekala kan. Hehehe...Lama tak layan lagu2 nie...banyak koleksi lagu2 dalam pc nie..jadi layan jer laa..hehehe hilang laa bosan kan...

Orait laa...chowww...Wassalam...


Friday, March 11, 2011

Jumaat & Hujung Minggu...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hari nie dah Jumaat. Kejap jer. Baru rasanya hari tu mengutuk hari Isnin. Heheh...tapi memang semua orang tak suka sangat pun bila Isnin. Semua nak tunggu Jumaat je. Sebab weekend nak mula. Hehe macam-macam jer kan kita nie...sentiasa tamak. Tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada kan.

Anyway, Isnin ni..ada kemungkinan new staff akan masuk. Jadi akan sibuk lagi laa nampaknye. Aduhhh, banyak keje laa kena buat nie. Biasa la tu. Ada je nak buat itu dan ini. Tapi sistem HR masih sama. New staff yang ada pun still tak leh nak register online. Sebabnya ada masalah ngan sistem dorang. Macam-macam jer. Bukan lagi canggih tu menyenangkan. Malah ia menyusahkan lagi ada la. Ntah la..

Hmmm...ari nie cuaca mendung dari pagi. Bila masuk tengahari lak hujan. So, aku rela dok dalam ofis yang sejuk dari keluar berjalan. Sebab kalau dah kena hujan, lagi susah kan. Kang demam lak. Tak mau demam. Susah nak baik wooo...letih layan demam. Bulan depan masih ada appointment ngan doktor lagi. Hari tu doktor check dah ok. Lega. Batuk pun dah tak de. Kalau mula batuk memang susah nak baik. Batuk sampai rasa macam nak terkeluar anak perut...sakit n perit. Seksa laa...

Okay laaa...selamat berhujung minggu buat semua...Wassalam...


Wednesday, March 09, 2011

Doctor Appointment!

Assalamualaikum wrth wbkth....

Today ada appointment ngan doktor kat Hospital Ampang Puteri. Mesti dapat ubat berkoyan-koyan lagi nie...huhu...harap sakit akan berlalu. Doktor biasanya akan bagi MC...sebab nak tunggu doktor pun satu hal...lama lak tu. Appointment jam 10am. Tapi biasanya jam 1pm baru dapat jumpa doktor. Orang yang sakit punyer laa ramai...aduhhh. Letih menunggu. Nasib baik ada cik Blackberry...jadi bleh laa layan FB ke...Twitter ke...tak de la bosan sangat. Keluar awal pagi pun boring gak. Sebab nak tempuh jem MRRII ke Ampang. Seksa wooo...Cam ner laaa agaknya dorang yang hari-hari lalu jem nie ek? Mesti seksa rasanya kalau aku yang stuck dalam jem nie. Sebab aku tak suka jem!

Okey. Nak jumpa doktor. Chow...Wassalam


Monday, March 07, 2011

Hujan, Jem & Pokok Tumbang

Assalamualaikum...

Huhhh...nie yang bleh buat moody monday! Sebabnya asal petang jer hujan...dah hujan jem lak tu...dah ribut petir, pokok lak tumbang merata-rata tempat. Air di sesetengah kawasan lak akan naik. Banjir! Dan akhirnya...semua jem laa....pasal satu semua berkait la. Hari nie memang banyak lak kejadian pokok tumbang...dan menyebabkan beberapa batang jalanraya di KL nie jem giler. Huhhhh letih wooo tempuh jem hari2. Sapa yang bawak kereta lagi sakit hati. Tak bergerak-gerak kat tempat yang sama hampir 20-30 min kan! Aku yang naik motor nie pun susah nak menyelit. Maklum laaa semua org KL nie kereta besaq-besaq. Nyusahkan orang tul. Kereta besaq naik sorang-sorang je. Patut laa jem KL nie....Letih...okay laa nak rehat.. Good nite..

Wassalam..



I Hate Monday? Why?

Assalamualaikum wrth wbkth...

Heloo semua!! It's Monday! Yaa everyone hate monday! Why?? Dunno laa pasal apa. Kesian kat MONDAY kan...tak pasai2 orang tak suka. Mungkin sebab SUNDAY mood lom abes. Or belum puas berjinggo dihujung minggu bersama keluarga? Hehehe...

Bagi aku setiap Isnin sama jer rutin dia. Tempuh jem di pagi hari. Sarapan di rumah atau di ofis. Semak kerja minggu lepas yang mana belum selesai. Susun sket meja yang bersepah atau berhabuk. Check e-mail yang bertimbun-timbun (Emel kerja pun ada...emel yang tak related kat kerja pun melambak!) Hehehe...biasa la tu. Tu la rutin ulangan setiap minggu di pagi hari Isnin. Bosan kan!

Tapi Isnin memang cepat sket masa berlalu. Tau tau jer dah jam 545pm. Hehehe tu yang aku suka tentang MONDAY jer. Rasa masa berjalan tanpa disedari. So, jom kemas barang awal sket sebab masa sangat cepat berlalu. Fikir positif sket la kan. Hehehe

Okay chowww...Wassalam

Sunday, March 06, 2011

Week-N

Assalamualaikum...

AHAD dah! Kejapnye weekend dah berakhir! Cepat tul masa berlalu. Dah bulan MARCH dah nie. Minggu lepas dah la aku sibuk uruskan macam-macam. Pas tu ada training plak. Sibuk jer. Batuk dah kurang sket. Orait la. Cuma minggu nie ada appointment dgn doktor je la. Kena pegi. Kang doktor marah lak kan. Hehehe...

Esok Isnin. Mesti banyak keje nie. Adehhh! Harap tak menimbun laa kan barang-barang atas meja. Pas tu telinga pun kena pekakkan jugak. Boring tul nak dengar celoteh "minah tak bertamadun" tu. Cerita dia tak de faedah & tak de kebaikan. Buat sakit telinga dengar ada la. Mau terbakooo telinga nie dengar dia membebel macam mak nenek tua. Hahaha...Harap aku tabah mendengarnya untuk minggu nie. Hehehe...

Dengar citer bos cakap minggu nie masuk sorang lagi budak baru. Huhhh...Kena uruskan laa tu. Aduhhh...banyak lak keje. Mesti nak kena pegi amek stationary laa...uruskan macam-macam laa...pening-pening. Penat tu dah tentu. Fuhhh...harap semua settle la. Yang peliknye bos aku amek semua perempuan je. Dia sorang je jantan dlm department aku tu. Pelik kan? Tapi bos aku okay. Okay dalam segala-galanya. Mungkin dia ske layan staff perempuan dari staff lelaki kot. Atau tak de lelaki yang qualified utk keje di department aku nie? Hehehe...ntah laa...

Okay laaa...yang penting aku nak uruskan uruskan baju-baju kerja before hari Isnin...rutin yang sama jer berulang-ulang setiap minggu. Tak sabar plak aku nak pergi bercuti May nie. Aduhhhh..lama lagi rasanya May tu. Harap semuanya akan berjalan lancar seperti yang direncanakan hehehe chewaahhh...Aminnnn....

Okay laaa...chowwww..Wassalam

Demam K-Drama Dah...

Assalamualaikum wrth wbkth....

I'm BACK!! Hehehe lama dah rasanya tak menconteng kat sini. Agak dah berkarat dah blog nie. Macam-macam berlaku dan tak sempat nak cerita. Dengan sakitnyer...sibuknyer...dan macam-macam lagi yang berlaku la....tak larat nak tulis dah..nak cerita pun sampai dah luper dah agaknye...

K-Drama? Korean drama actually...aku memang peminat yang abadi laa...tapi dalam tempoh 2 tahun nie aku agak slow sket untuk mengikuti K-Drama...tak tau kenapa. Mungkin sebab aku sibuk layan Anime ngan hubby. Jadi terlupe lak pasal K-Drama. Tapi aku dah jangkitkan penyakit K-Drama tu kat ibu aku lak...dia pun dah jadi peminat...kekadang over lak dari aku hehehe...dahsyattt!!

So, this week aku mula layan satu K-Drama yang terbaru...Princess Prosecutor...Citer dia best laa pada aku. Lawak!! Hubby pun layan gak skali ngan aku...hehe...tapi memang tergelak-gelak laaa layan citer nie...kat mana citer nie ditayangkan? Kat channel ANIMAX, Astro. Tapi biasanya aku tak tengok on the spot laa...sbb sibuk kan. So, hubby tolong rekodkan dan kami akan tengok bila waktu free.

Banyak lagi citer yang direkod lom tengok...tak de masa lak...sibuk scan gambo lak hari ni. So sambung esok je aaa kot tengok tv tu heheh...bleh adjust bile2 kan untuk ditengok....flexible time la katakan hehehe...

Okay laaa nak berehat n tido....daaa nite!

Wassalam...

Friday, February 25, 2011

Ubat dan ubat lagi.....

Assalamualaikum wrth wbkth....

Fuhhh...dah lama tak update blog. Sibuk. Sakit. Semua yang bermula dengan "S"...Sihatnya tak jugak. Dah hampir 3 minggu dah sakit. Bila nak baik? Ntah laa...Rabu lepas baru je lepas pegi specialist kat Ampang Puteri. Check up n ambil ubat dari hospital plak. Kalau tak baik gak tak tau laa..mungkin admit je laa masuk spital kot. Lebih senang. Tapi tak bestnye dok spital! Tak suka sebenarnya. Dan tak pernah pun duduk spital. Syukur laa masih sihat lagi kot. Hehehe...


Hmmm...minggu nie minggu makan ubat saja laa kot...rasa macam kenyang dek ubat jer...makan nasi pun dah tak selera dah... kekadang makan nasi sepinggan pun tak abes. Heran gak. Selera terus hilang. Pahit dek ubat-ubat agaknye. Ntah laa...harap semuanya akan kembali seperti sedia kala...

Okay laa nak tido. Nak rehat. Esok kerja setelah 2 hari mc dari hospital. Hmmmm jarang dapat mc 2 hari nie. Sekali sekala dapat orait laa kan. Bleh rest. Tapi sejak makan ubat2 baru ni nampak mcm ok je..orait la tu...okey..choww....

Wassalam...


Tuesday, February 15, 2011

Sakit ....

Assalamualaikum wrth wbkth....

SALAM MAULIDUR RASUL....Selawat ke atas nabi junjungan kita...Hari nie cuti. Ada ke orang yg tak cuti? Semalam pun aku amek cuti...saja rehat kat rumah. Rehatkan diri yang dah berminggu2 sakit .... batuk, selsema, demam panas + sakit kepala... pakej lengkap untuk mc...MC? Mmg aku mc pun ... sakit melarat. Mula2 kena demam panas before CNY. Pas tu dah ok kena plak batuk sampai sekarang. Nie pun masih tak ok lagi batuknye...batuk sampai sakit kepala...hmm ntah laaa...

Esok dah keje lak..sah sah batuk lagi tambah..coz of aircond kat ofis..arghhh alergik kat aircond...menci tul aircond. Mmg tak suke aircond. Huhhh terpaksa jer laa kan....okay laa...nak rehat....esok dah keje..nak lipat kain yg menimbun nie...chowwwww....




Monday, January 24, 2011

Only Hope . . .

Love is always patient and kind

It is never jealous

Love is never boastful or conceited

It is never rude or selfish

It does not take offence.

It is not resentful.


LOVE IS LIKE THE WIND

YOU CAN'T SEE IT

BUT YOU CAN FEEL IT



Saturday, January 22, 2011

A Walk To Remember . . .

Assalamualaikum wrth wbkth...

WEEKEND. At home. Tak ke mana. Hubby kerja. So, better stay at home dari jalan sorang-sorang kan. Malas sebenarnya nak keluar. Layan video clip dan movie yang rekod sebab tak sempat tengok lagi dari sejak last week.

Tadi tekan-tekan channel. Terbuka channel HBO. Ada movie kesukaan ku. A Walk To Remember. Aku ske citer nie. Dah banyak kali tunggu. Baru kali nie dapat tengok. Tapi tu pun dah separuh. Huhu, tak pe laa...janji bleh layan movie feveret kan...

So, layan laaa video clip version LIVE from Mandy Moore. Ske suara dia..merdu..



CRY - MANDY MOORE

I'll always remember
It was late afternoon
It lasted forever
And ended so soon (yea)
You were all by yourself
Staring up at a dark gray sky
I was changed

In places no one will find
All your feelings so deep inside (deep inside)
Was then that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

The moment that I saw you cry

It was late in September
And I've seen you before (and you were)
You were always the cold one
But I was never that sure
You were all by yourself
Staring up at a dark gray sky
I was changed

In places no one will find
All your feelings so deep inside (deep inside)
Was now that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

I wanted to hold you
I wanted to make it go away
I wanted to know you
I wanted to make your everything, all right....

I'll always remember...
It was late afternoon...
In places no one will find...

In places no one will find
All your feelings so deep inside
(forever was in your eyes)
It was now that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry
Baby cry
The moment that I saw you cry
I think I saw you cry
The moment I saw you cry

Fade out
I wanted to know you
I wanted to know you
I wanted to know you

Friday, January 21, 2011

Raja Lawak 5 . . .

Assalamualaikum wrth wbkth....

Ari nie Jumaat. Balik awal macam biasa. 445pm dah kuar ofis. Nak keluar lambat? Tak mau laa...baik balik rumah awal. Hehehe


Tengok TV sambil layan Twitter #RajaLawakAstro ...tweet2 kat Twitter Raja Lawak . . .contestant kali nie orait gak laa...cuma masih belum menyerlah lagi. Kali nie dorang buat siaran langsung di Finas. Dekat je kat rumah aku. Mula2 hari tu heran gak. Setiap Jumaat je sesak dengan kereta depan Finas tu...rupa-rupanya ada Raja Lawak hehehe

Hmmm....esok nak ke mana ek? Tak de kot. Sebab hubby kena kerja. Hmmm...dok umah lagi laa nampaknye. Kena kemas rumah. Mungkin nak ke Pasar Tani Melawati. Tu pun kalau rajin. Tengok keadaan laa gak kot... Sebab kalau Sabtu mesti tak terjaga awal. Mungkin sebab penat sangat.

Ok laa....sambung esok lagi...choww.....Wassalam ....

** Terkini : TBO & KAMI tersingkir. Tapi patut KopiO yg kuar dan bukan TBO


Thursday, January 20, 2011

Sedetik Lebih . . .

Assalamualaikum wrth wbkth....

Dok kat rumah. Layan TV. Layan Internet. Layan periuk belanga untuk memasak. Huhu memang tak de keje lain la bila dok kat rumah. Semua benda nie je laa yang aku hadap.

Sambil layan semua tu. Aku pun bukak la YouTube. Tengok video lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. OST untuk Hikayat Merong Mahawangsa ciptaan KRU Studios. Dah lama aku tak dengar Anuar Zain menyanyi. Maklum laa peminat dia. Rindu plak kat suara dia.



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selau memikirkan mu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku..ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Layanzzzz....

Wednesday, January 19, 2011

Yeay Holiday Time . . .

Assalamualaikum wrth wbkth . . .

Yeay! Hari nie RABU... dan esok CUTI! It's THAIPUSAM. Semangat tul bila cuti kan. Sebab Malaysian mmg suka dengan cuti. Dan time cuti nie laaa nak rehat. Penat menempuh jem di KL. Dan tiba masanya untuk berehat. Apapun kesempatan ni memang aku takkan lepaskan laa...cuma sayangnya aku je yang cuti..Hubby kena lak datang keje. Sian dia. Adehh...tak tau apa nak cakap lak.

Bulan January & February kali ni banyak di isi dengan CUTI. Mula-mula cuti New Year. Kemudian Thaipusam. Di sambung pula dengan Chinese New Year dan Maulidur Rasul. Berderet-deret dan semua gap 2 minggu. Huhuhu tapi lepas tu langsung tak de cuti sampai laa bulan May. So, melangut laa kat ofis tu sampai boring kan!

Yang pasti aku tak sabar menanti bulan May nie. Segalanya telah di aturkan. It's time to have some fun. So, tunggu laa entry tu nanti ek...lebih panjang dari biasa laa kot heheh :)

Beberapa minggu nie...aku tak de la buat entry masakan sangat. Tak de mood. Dan tak de idea memasak sangat kot. Tapi ada gak laa update blog dapur ku itu... harap ada yang sudi menjenguknye. Masa New Year aku try buat Tortilla Ayam. Orait gak la. Dan resepi yang hit adalah Maggi Goreng Mamak . . . sebab masa aku pos semua habaq dah cuba. *blush* Malunya. Sedap ke korang? Sesungguhnya resepi tu tak de tiru sapa-sapa. Semua cuma berdasarkan apa yang aku rasa dan cuba eksperimen di dapur sendiri jer...heheh pada yang mencubanya...Terima kasih yek.

Okay laa...Time to work! Choww....Wassalam....


Sunday, January 16, 2011

Dalam Kenangan

Assalamualaikum wrth wbkth....

16 Januari 2003 . . . dah 8 tahun berlalu. Rindu pada arwah ayah. Nothing to say. . .

Al-Fatehah buat arwah.

4 Januari 1957 - 16 Januari 2003


Saturday, January 15, 2011

Weekend Malas!

Assalamualaikum...

Weekend dan malas? Tu la dia... so no entry for today!

Haha :) tapi still nak taip gak....tengok la esok kot aku update. Chow...


Friday, January 07, 2011

Weekend.

Assalamualaikum...

Weekend dah tiba. Apa nak buat minggu nie? Sebenarnya nak clearkan apa2 yang patut lagi. Ada lagi nak kemas. Tu aaa byk sangat harta karun dalam rumah. Nie laa jadinya.

Tadi sampai rumah awal. 530pm dah sampai rumah. Pas bg Bebek makan...terus naik atas. Rehat2 dulu. Since kami berdua masih kenyang jadi tak masak la. Hehehe rehat sket ari nie...Berehat laa konon pas tu aku terlena lak hahaha...saboo jer laa...

Agenda esok? Masih blur. Tapi yang pasti aku nak ke pasar malam. Ok laa...tak tau apa cakap dah. Blur nie..okeh chow chin chow...

Wassalam..


Wednesday, January 05, 2011

Ron 97 naik 10sen mula 5 Jan 2011

Assalamualaikum wrth wbkth....

Hi semua. Semalam mesti semua stesen minyak penuh dengan org yang isi minyak. Tapi mungkin pada pengguna Ron 97 sahaja je la.

Petrol RON 95 - RM 1.90 (kekal)

Petrol RON 97 - RM 2.30 (naik 10 sen) -- SEKARANG RM 2.40

Diesel - RM 1.80 (kekal)

Minyak Tanah - RM 2.40 (naik 10 sen) -- SEKARANG RM 2.50

Aduhhh semua naik harga. Pas ni harga barang sure naik la tu. Nak CNY semua barang naik. Teruk laaa mcm ni. Gaji takat tu gak. Tak plak naik gaji sama selaras dengan harga minyak yang naik. Pening fikir bajet pas nie. Adehhhh ..


Saturday, January 01, 2011

New Year 2011 . . . Movie Continues

Assalamualaikum wrth wbkth...

HAPPY NEW YEAR 2011
to all... Hari nie hari pertama 01.01.2011. Jalan2? Ya mulakan dengan menonton wayang untuk 2011. Hehehe....wayang pilihan hari nie The Tourist lakonan Angelina Jolie & Johnny Depp. Gandingan 2 pelakon mantap untuk sebuah filem separa action. Separa? Kenapa ek? Review keseluruhan cerita nie mmg best la. Tapi agak slow di permulaan namun kesudahannya agak menarik. But aku enjoy laa tengok wayang nie, sebab tengok bintang pujaan ku heheh :) si Angelina Jolie. Dia mmg lawa.
Release Date: 30 December 2010
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Thriller
Running Time: 1 Hour 44 Minutes
Director: Florian Henckel von Donnersmarck
Cast: Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Steven Berkoff.

Synopsis: A remake of the 2005 French film "Anthony Zimmer" starring Sophie Marceau, this Hollywood romance-thriller revolves around Frank (Johnny Depp), an American tourist visiting Italy to mend a broken heart. Elise (Angelina Jolie) is an extraordinary woman who deliberately crosses Frank's path in order to mislead all those who are following her former lover Alexander Pearce, a criminal wanted in 14 countries, who has stolen money from a gangster (Steven Berkoff) and who is being pursued by an agent (Paul Bettany). Against the breathtaking backdrop of Venice, Frank pursues a potential romance but soon finds himself the pursued as he and Elise are caught in a whirlwind of intrigue and danger.

(Source: Cinema Online)
Hmmm...after tengok wayang, ke Cold Storage jap. Beli makaan kucing. Then terus ke pasar malam di Melawati untuk membeli beberapa sayur-sayuran dan jalan-jalan jap. Cuci mata. Pas tu terus makan kat D Anjung Melawati...Kedai makan yang terletak bersebelahan Sekolah Rendah Melawati 1 dan berhadapan dengan stesen minyak. Kalau sebelah petang deretan kedai tepi jalan nie dipenuhi dengan orang yang makan rojak dan cen aku makan Mee Bandung. Hubby plak makan Bihun Hailam & Nasi Goreng. Huhu sampai 2 dia makan. Lapar tul. So far kat kedai nie semua makan dia aku dah rasa. Dan semua sedap. Hehehe :) kira mcm jalan-jalan cari makan laa aku ni...gi scout kedai makan yang best-best untuk dicuba....heheh tapi kira memang berbaloi makan di sini. Tak pernah rasa rugi. Sebab berbaloi setiap sen yang dibayar. Tukang masaknya hanyalah seorang pakcik tua. Tapi masak memang superb. Mama Mia...

Okay laa...rasa ngantuk laa...penat untuk hari nie. Esok "bateri" kena recharge sepenuhnya. Isnin dah mula kerja. Dan pasti ia adalah hari yang paling jem. Huhuhu u all know why laa kan...okeh....adioss...amigos....

Happy New Year 2011!!

Assalamualaikum wrth wbkth,

Salam buat semua. Hmmm...cepat benar rasanya kita akan berada di tahun 2011. Cepat masa berlalu kan. 2010 akan meninggalkan kita. Dan bertambah lagi satu tahun dalam usia kita. Apa nak buat? Dah semakin tua dah rasanya...heheh :) tapi tetap maintain comel + cute...

Selamat Tahun Baru 2011 buat semua!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...