Thursday, September 16, 2004

::: Pelangi Petang :::

::: PELANGI PETANG :::

Aku melewati hari-hari ku
Dengan meniti kehancuran silam
Bagaikan meniti tabir-tabir
Senja yang kian menghilang

Tatkala rindu berbisik lagi
Dalam garis kepahitan kehidupan
Yang pernah ditinggalkan
Demi mencari sejalur kebahagian
Mengapa pertemuan tiba selepas perpisahan?

Namun...
Mampukah ku usir sebuah rindu
Yang diibaratkan sebuah ilusi kosong
Yang mengisi hati yang
Tidak ada arah tujuan

Tatkala dendam merantai hati dan jiwa
Bait-bait puisi cinta hanyalah
Bernada kesepian dan kedukaan
Lakaran pada kanvas putih hanya
Menggambarkan kehampaan
Namun aku jua tidak mampu
Mengusir sebuah kenangan
Indah yang pernah di bina suatu
ketika dulu

Namun...
Kerana kecewa, aku telah menguncikan
pintu cinta
Tapi pandangan si dia telah
kembali menggelorakan rasa
Namun...ku ibaratkan hidupku
Hanyalah pelangi petang

By : HELDAMELISSA
4th August 1994, 6:20pm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...