Tuesday, May 12, 2009

Musim Panas & Musim Sakit...


Assalamualaikum wrth wbkth....

Dah lama lak tak tulis blog...ntah laa..mungkin sebab kesihatan kurang memuaskan....jadi masa untuk menaip blog tu macam susah sket....demam...batuk...selsema...letih...semua ada dlm kamus hidup sepanjang beberapa minggu nie...ntah laa...musim penyakit agaknya...suhu bumi pun kian meningkat...jadi bila panas...virus senang membiak..tu pasal laa sekarang nie banyak penyakit....A(H1N1) laa...Meningitis la...Sakit Kuku & Mulut la...macam penyakit time nie timbul kan...dah akhir zaman dah...tu pun manusia masih tak bleh fikir lagi kan...kesan2 yang mereka buat terhadap bumi....dan akhirnya memakan diri sendiri....bila difikirkan semua...aku kadangkala jadi bimbang dan takut...bila semua ini akan berakhir?

Beberapa hari nie...memang susah nak tido malam...bahang semacam bila ada di rumah...sejak aku balik Lumut ari tu aku dah mula terasa...bahang sampai aku berpeluh-peluh walaupun baru lepas mandi...huhuhu...rupanya musim panas....sepatutnya bulan Mei dah mula turun hujan walaupun tak lebat...tapi ada la sket...nie tak...macam nak hujan...tapi tidak hujan gak...semalam pun panas..pasang kipas dah full...tapi sama gak...masa kat umah Ibu ari tu dah pasang aircond pun masih panas gak...ntah laaa...kat ofis walaupun aircond 'turbo' kat tmpt aku nie...tapi dah tak rasa...sebab cuaca di luar lebih 'kuat'...dulu sejuk...sekarang dah panas..tapi lega gak...kalau tak smpi sakit aku dibuatnye...sejuk sangat plak kan....asyik komplen je kan kita nie...

Okeh laa....sambung buat keje lak..keja ada lagi....tapi sebab boring..buat keje lain laa dulu kan...heheh ... okeh...ada citer...aku citer gi naa...babaiii...

Wassalam...

Swine Flu - Be alert

Dear Colleagues,

According to news reports, the Malaysian Government is already on high alert of such a possibility. However there is no official declaration from Malaysian Government as yet. (see attached)

�

According to last night news, 110 people have died in Mexico for contracting the killer flu.

�

As a precaution, please adhere to the following:

1. Personal Hygine and cleanliness is critical.

2. If you have any signs of 'flu' like symtoms such as fever, runny nose, body ache, headache, sore throat, please see the panel doctor immediately.

3. HODs are to be on the look out on their staff's well being and escalate the information should they know of any suspected cases. They are to take a role in keeping their staff aware of the situation as well as the preventive measures.

4. Avoid coughing and sneezing openly or at another person. If possible, cover mouth and nose with tissue when coughing or sneezing.

5. Educate your family and friends about the above.

�

"Safety Starts With You"

Friday, May 08, 2009

D E M A M..

Assalamualaikum...

Lama tul tak menaip blog sejak balik cuti...mana daknye..sibuk jer kan....lepas balik dari cuti tu....pegi servis kereta plak....sebab masa tu nak balik Lumut...tukar tayar semua...beratus gak laa habis kan....biasa laa...tayar dah botak...asyik kena lanyak je kete tu...sian laa kat dia...jadi bawak pi 'grooming' laa kan..hehehe....

Nie semalam aku MC...demam...selsema...sakit badan2...adehhh...tak larat nak keje gak ari nie...tapi terpaksa...then asthma aku datang....nie yang lemah badan nie...aku bukan laa ada asthma yang kronik macam orang lain yang kuar masuk spital....sebab masa aku kecik2 mak aku dah bawak berubat...then jaga makan minum...then dah besar2 nie je baru aku kena asthma...sebab dok kat KL nie kat penuh habuk & asap...eee...teruk dok KL nie...buat orang sakit jer....ntah laaa...kekadang rasa bosan gak...macam dah malas dok KL...tapi kalau tak dok sini nak dok mana lagi kan? Keje plak tu kat sini...ntah laaa....

Dok batuk2 dari tadi..sakit dada rasanya...sesak..dah laa aircond kat tempat aku nie sejuk tahap gaban...kalau keluar pi jalan-jalan dan berpeluh macam mana pun ....masuk je sini terus beku...tangan pun kebas dok menaip....pada hal tadi aku dah makan soto ....panas lak tu..order pun air panas...naik je ofis..terus sejuk balik badan aku...cisss....aircond nie pun satu hal gak...masalah tul kat aku le...kering tekak & mulut....adeehhh.....

Esok..hari SABTU....aku nak rehat sepenuhnya...masak tu kena masak laaa...sebab hubby lak kena keje esok....jadi kena bagi dia bekal laa untuk makan....kang lapoo lak...hehehe...tak tau laa apa nak masak esok...mungkin bihun goreng je kot utk bekal dia makan...tengok laa apa yang ada nanti...

Okeh laa nak siapkan keje...petang nie balik awal..sebab hari Jumaat....jadi dpt rehat lebih aaa sket kan..biasa laa..petang nie tak tau nak masak apa...ntah larat ntah tidak laaa...harap larat laaa nak masak nasi...rasa lapar lak tak makan nasi...dah 2 hari dok makan beli jer...sebab demam laa....rasa tak best lak...so, balik nie kena fikirkan nak masak apa....okeh laa...chow chin chow...

Tuesday, May 05, 2009

My Transitions lenses


2 bulan yg lepas...aku baru je tukar spec yg baru...lense baru...bingkai pun baru...tak de laa lawa mana pun bingkai aku tu...cuma sekadar nak letak kat batang hidung nie je...dan yang penting lense aku tu laa....kang tak nampak lak..heheh .... dlm sebulan dua nie dok tengok iklan Transitions kat Star World sbb tgk citer HEROES...penaja citer tu kan....jadi aku pun pi laa riki-riki kat kedai spec...ada tak lense tu....nampaknya ada...aku pun beli laa....tempah 3 hari siap...hehe ...tak sabo lak nak pakai masa tu.....lense best gak....agak tebal...tu yang penting...nak tau lebih lanjut...tengok laa web di atas tu ek..heheh :) malas nak story lebih...selsema lak..sebab kena hujan pagi tadi...ok...daaaaaaa

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
 Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua
:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga
:- 
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:- 
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga
:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
 Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:- 
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:- 
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:- 
Dukacita terhadap anak Firaun.

 



Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat  
Semoga dengan memahami bacaan  
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.  

Allah Maha Besar  
  
(Takbiratulihram)


Doa Iftitah 
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi, 
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, 
Ibadatku, 
Hidupku, 
Matiku 
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak 
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam. 

Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai Hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat. 

Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah daku, 
Rahmatilah daku, 
Kayakan daku, 
Angkatlah darjatku, 
Rezekikan daku, 
Berilah aku hidayah, 
Sihatkanlah daku Dan 
Maafkanlah akan daku. 

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta 
Keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 

Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau... 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 


"Wahai Tuhan,  aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup 
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah 
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua 
ibubapa  kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal 
dunia"

Tuesday, April 28, 2009

Tazkirah : Memberi Salam Yang Betul - short = As Salam (not just Salam)

�SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM..... ��� � � � � ��
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � ��Penerangan Ustaz Zawawi dalam radio ikim.�Antara �sunnah Rasulullah s.a.w. �ialah bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "Assalamualaikum".dan�menjawab salam �dari para sahabat dgn�salam yg penuh "Waalaikumussalam warahmatullah hi�wabarakatuh" � � � � � � � � � � � � � � � ��� � � � � � � � � � � � � � � � � � �
� � � � � � � � � � � � � � � �Ringkasnya : � � � � � � � � � � � � � � � �
Beri salam - "Assalamualaikum"�Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"�Apabila kita berkirim salam pada org lain,�hendaklah kita berkata�"kirim salam Assalamualaikum pada ZIZAH ye" (contoh)�Bukannya : "kirim salam kat ZIZAH ye"�Dan bukannya "kirim salam maut".�Statement ini adalah berdosa,walaupun�sekadar gurauan! � � � ��� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � �
Hati-hati dgn perkataan:��"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"�Maksud singkatan " A'kum"�Janganlah kita menggantikan perkataan�"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui�tulisan.�Jika perkataan, "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti�dengan perkataan�"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. � � � � � �

Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna�"A'kum" dalam sms ataupun email.�Perkataan 'AKUM' adalah gelaran�untuk orang-orang �Yahudi�untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam�Bahasa Ibrani. � � � � � � � � � � � � � � ��

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang�bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Oleh itu, mulai sekarang jika ada orang hantar "A'kum", kita ingatkan ��
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. ��
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � �Semoga ada manfaatnya.Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...