Tuesday, July 25, 2006

Itu Aku....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Huhhh...gempar semalam kepada semua pengguna LRT RAPID KL PUTRA..tren laluan dari Kelana Jaya - Kuala Lumpur...ROSAK!! Tension...dan aku salah seorang mangsa yang ada dalam LRT tuh....dari Stesen Masjid Jamek lagi aku dah agak...semacam jer...sebab pintu tak tutup dalam 15 minit..lama tul..pelik gak...then dah tutup pintu terus ke Stesen Dang Wangi...penumpang turun & naik macam biasa...kemudian baru jalan sket terus berhenti...bukan sekejap...lama! Dari jam 6.25pm hingga jam 7.30pm dalam tren tuh...nasib baik tren yang aku naik tu aircond ada...tapi malang plak tren yang belakang...dah la berenti tengah-tengah terowong..seram gak...tak der aircond depa cakap...sah-sah la lemas...ada yang pengsan...dahsyat tul...aku jadi fobia lak...ingat pagi tadi nak naik bus jer dari KL ke PJ...malas lak nak naik tren...nie antara laporan berita yg aku baca pagi nie kat Berita Harian Online..hehehe...kenangan..dulu pun aku hampir trap dalam LRT gak ...masa tu satu Malaysia tak der bekalan elektrik...
____________________________________________________________________________

3 tren kandas di terowong


1,000 penumpang LRT terperangkap

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penumpang tiga tren transit aliran ringan (LRT) terperangkap apabila tren dihentikan secara tiba-tiba kerana masalah teknikal mengakibatkan dua daripadanya terkandas di terowong berhampiran Masjid Jamek dan Dang Wangi, petang semalam.

Tiga penumpang wanita pengsan dipercayai akibat sesak nafas apabila mereka gagal dikeluarkan selepas kira-kira setengah jam terperangkap di dalam tren sebelum penumpang lain bertindak memecahkan pintu kecemasan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, dua tren terkandas di terowong Masjid Jamek dan Dang Wangi manakala satu tren berhenti berhampiran stesen Pasar Seni.

Semua penumpang terkandas dibawa keluar kira-kira jam 7.15 petang selepas mereka bertindak memecah pintu kecemasan dan dibawa oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke stesen berhampiran.

Kejadian itu juga mengakibatkan beribu-ribu penumpang yang baru pulang bekerja terkandas di kebanyakan stesen Putra LRT. Semua laluan itu ditutup sementara sehingga jam 8.45 malam apabila penumpang dibenarkan semula menaiki tren.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azizan Ismail berkata, pihaknya mengenal pasti hanya tiga tren yang mengalami masalah serius kerana penumpang terkandas.

“Kami hantar 57 pegawai dan anggota untuk bantu keluarkan mangsa, kami tidak tahu apa punca masalah ini. Tiada kematian tetapi tiga wanita pengsan,” katanya.

Pengurus Kanan Korporat Rapid KL, Katherine Chew, berkata masalah teknikal itu berlaku apabila satu tren dikesan hilang daripada skrin komputer menyebabkan pihaknya terpaksa menghentikan serta merta tren bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Katanya, semua perkhidmatan sepanjang 29 kilometer membabitkan Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park, KL Sentral dan Bangsar terus ditutup kepada penumpang apabila pihaknya mengesan masalah berkenaan.

Kebanyakan penumpang marah dan merungut kerana mereka tidak diberikan sebarang pengumuman atau dihubungi untuk mengambil tindakan perlu apabila tren terhenti. Cubaan menghubungi mana-mana pihak juga gagal apabila talian telefon di dalam terowong terganggu.

Seorang penumpang, Ganesan Subramaniam, 47, berkata beliau mula menyedari tren menghadapi masalah apabila lambat tiba di KL Sentral dan bergerak perlahan sebelum berhenti terus berhampiran di Pasar Seni.

“Mereka maklumkan kepada penumpang berlaku masalah teknikal, tetapi kenapa benarkan penumpang naik. Saya mula curiga apabila apabila tren bergerak perlahan. Apabila tren berhenti, kami mula sesak nafas selepas setengah jam berada di situ, tanpa bantuan.

“Keadaan terlalu panas dan sesak. Bayangkan lebih 200 orang dalam gerabak,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Samsa Mokhtar, 41, berkata tren yang dinaiki terkandas di Masjid Jamek dan dua penumpang wanita pengsan kerana terlalu panas dan kekurangan oksigen.

“Kami dah tunggu hampir setengah jam, tiada siapa datang bantu. Apabila dua wanita itu pengsan, kami pecahkan pintu kecemasan untuk dapatkan udara segar. Nak turun ke landasan, kami takut terkena kejutan elektrik, keadaan gelap pun gelap kerana bekalan elektrik terputus.,” katanya.

Difahamkan, selepas dua penumpang yang pengsan di Masjid Jamek dikeluarkan, sebahagian daripada penumpang masih menunggu di dalam tren, bahkan ada juga penumpang luar yang masuk ke dalam tren.

Friday, July 21, 2006

Tanah Untuk Di Jual

:: TANAH UNTUK DI JUAL ::

Negeri : Terengganu
Daerah : Kemaman
Bandar/Pekan/Mukim : Mukim Kemasik
Tempat : BELTEK
No. Lot : Lot 539
Luas Lot : 1.0040 Hektar
Kategori Penggunaan Tanah : Pertanian

Harga : Boleh Dirunding

Hubungi : heldamelissa@yahoo.com

Thursday, July 20, 2006

Bila April - Fazley

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

Tuesday, July 18, 2006

Siti Situ Sana Sini

Gempar dengan berita pengumuman Siti- Sidang Media Khas Siti Nurhaliza..jam 12.00 17 July 2006...pergh...macam raja jer...maklum laa Artis No 1 Negara...lepas pelbagai spekulasi yang timbul sepanjang tahun ini, akhirnya Siti Nurhaliza memaklumkan negara...bahawa perkahwinannya dengan Datuk K akan berlangsung pada bulan Ogos ini...21 Ogos - Upacara Tunang & Nikah...28 Ogos - Majlis Persandingan di Kuala Lumpur Convention Centre. Manakala 3 September pula majlis di Kuala Lipis. Pergh....nie memang wedding of the year betul...Siti Nurhaliza kawin sama tahun dengan aku...hehehe 2006 tuh...

Setelah di teliti semua lirik lagu Siti dalam album Transkripsi...aku dah agak memang ada jawapan bagi segala spekulasi yang timbul...semua lagunya berunsurkan cinta...cinta...cinta...memang dia sah dilamun cinta...so, apapun Siti Nurhaliza...siapapun pilihan Siti Nurhaliza...tu hak Siti Nurhaliza...kita sebagai insan sepatutnya mendoakan kebahagian & kesejahteraan rumahtangga beliau...Aku bukanlah peminat setianya...tapi aku sekadar peminat lagu-lagu gemersik dari bibirnya...& juga bait-bait lirik hasil tulisannya...Buat Siti Nurhaliza...semoga berbahagia selalu...

Monday, July 17, 2006

Bosan hujung minggu


Assalamualaikum...

Alahaiii..(chehh macam Farhan lak) Ihikss...anyway, aku kebosanan semalam...dok umah tarak buat apa...walaupun ada keje..kemas umah sepanjang hari..tapi bosan gak lar..then sempat laa aku snap beberapa gambar dari arah rumah aku...nun di atas puncak bukit...area Kemensah Heights...memang la best...musim hujan sejuk giler...aku pun tak tahan...hehehe...semalam konon nak amek view dari rumah...tapi tu jer la view yang ada pun...sebelum nie cantik...tak la teruk...tapi sejak depa tengah buat town house tuh..terus gondol depan tuh...sebenarnya dari umah aku bleh nampak sign board Carrefour...kalau malam lagi laa..sebab nampak lampu sign board tu kan...hehehe...tu jer laa...konon bosan ingat nak pi Zoo Negara laa..tapi bila fikir balik...hujung minggu ramai orang...malas laaa nak pi sana..so, aku ambil keputusan dok umah jer laa...melepak bersama tv, bantal & secawan nescafe...

Mulanya aku nak pi turun bawah....buat check-up kat kereta aku..tapi hujan renyai la plak...so, tak jadi la...tu la pasal aku dok mengemas rumah jer..mana yang tak best aku alih sana...alih sini..susun sana... susun sini...nak kasi nampak best laa konon...tapi rasanya sama...then dalam jam 3 petang...aku start masak untuk malam...memandangkan Hubby keje shift pagi (walaupun Ahad keje shift kena keje gak)...so, petang dia balik la...maknanya aku dah siap masak le....hehehhe...bijak-bijak...lauk pilihan...sup sayur, ikan bilis tumis, telur dadar & udang goreng tepung...pergh...membuka selera...

Petang tu lak...bosan-bosan dok keluarkan album...rearrange balik laa semua gambar...gambar kawin ler...then ada yg letak dalam frame...mana yang sempat jer laa...sebab Ahad nie Mentua & Ipar aku nak mai umah...kena laa kemas umah...hehehe....jadi Sabtu tak ler penat sangat...kena kemas sket2 laa...hehehe...

Okay laa..nak lunch...lapaq sesangat dah nie....okies...enjoy gambar yang tak seberapa di atas tuh...hehehe...chowww...

Thursday, June 29, 2006

ROUTE 66

Well if you ever plan to motor west
Just take my way that's the highway that's the best
Get your kicks on Route 66

Well it winds from Chicago to L.A.
More than 2000 miles all the way
Get your kicks on Route 66

Well goes from St. Louie down to Missouri
Oklahoma City looks oh so pretty
You'll see Amarillo and Gallup, New Mexico
Flagstaff, Arizona don't forget Winona
Kingman, Barstow, San Bernadino

Would you get hip to this kindly tip
And go take that California trip
Get your kicks on Route 66

Well goes from St. Louie down to Missouri
Oklahoma city looks oh so pretty
You'll see Amarillo and Gallup, New Mexico
Flagstaff, Arizona don't forget Winona
Kingman, Barstow, San Bernadino

Would you get hip to this kindly tip
And go take that California trip
Get your kicks on Route 66

** Lagu nie FARHAN AF4 nyanyi masa Konsert Prelude AF4 **

Tuesday, June 27, 2006

Hazami - Mungkir Bahagia

Ooo..
Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
'Tuk mengungkap rindu

reff:
Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Dikanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

Repeat reff [X2]

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia

Monday, June 26, 2006

Letih

Assalamualaikum Wrth Wbkth....

Huhh...Keje banyak nie...Dah letih semalam tak hilang lagi..penat tul badan...mau taknye...semalam berjalan sakan...dari hari Sabtu sampai Ahad tak rehat....mana taknya...Sabtu memang jalan pi sana sini..dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain...mana yang jam & tak jam...huhh...Hari Sabtu (jam12.30am) aku memandu memasuki KL. First time tu...tak penah aku bawak kete masuk KL..selalu kat PJ or Shah Alam jer...nie betul-betul masuk dalam bandar...seram gak aku...dah la tak penah bawak kat area tuh...takut gak laa memula..but now dah ok laa...hehehehe....memang cuak...sebab semua kereta laju maa....Oh ya...aku lom citer aku baru beli kereta...hehehe...ala, kereta comel jer...macam tuannya gak...hehehe...

Pagi nie pun aku bawak kereta...sebab nak hantar ibu pegi Puduraya, tapi lepas tu Faz ambik alih dari LRT...dia bawak ibu pi Puduraya...sebab aku terus ke ofis....dia kebetulan baru lepas keje malam...so, siang nie dia memang tak keje laa...dok umah jer laa...jadi pagi nie dia terus antarkan ibu naik bus...lega aku...ibu lak first time naik bas hari tu...datang Sabtu jam12.30am..tu pasal aku kena drive ke Puduraya tengah malam buta...hehehe...memang pengalaman laa...jadi lepas nie aku akan tahu jalan masuk ke KL...hehehe...

Semalam aku ke NILAI 3 & NILAI 1...shopping & tengok-tengok apa yang patut...beli sket barang-barang rumah...biasa laa...dok umah sendiri nie best gak..leh mengemas & menghias. Jadi semalam ushar bunga-bunga & pasu...so far pasu tak der berkenan la...baru beli karpet & meja telefon jer...pinggan mangkuk aku banyak...aku 'import' je dari umah aku di Lumut...hehehe..dah ibu suruh bawak...bawak jer laa..jimat aku tak le kena beli lagi...

Ok laa...nak buat keje...mata ngantuk nie...tak tau macam mana nak cover dah mata nie...letihnyer....balik nie rasa nak tido jer...okies...chow...

Wassalam...

Saturday, June 24, 2006

Kian - Mawi

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

*Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Friday, June 16, 2006

Tren Kosong

Assalamualaikum wrth wbkth...

Ihikkss...pagi Jumaat indah rasanya hari ini...jiwa rasa tenang...mungkin itu hikmat hari Jumaat...tapi sebenarnya kan...aku suka sangat hari nie..sebab tadi aku tak naik LRT yang sesak...aku naik tren yang seakan kosong...ada orang...tapi tak penuh...rasa berlari pun bleh dalam tren..pelik gak aku...seingat aku 2 minggu lepas aku naik tren hari Jumaat...rasa macam nak nangih dah...sebab lepas tren ke 5 baru aku bleh naik..masa tu kat atas platform pun dah macam sardin...orang ramai tul...terkejut gak aku...hari nie pelik lak..tak de orang berpusu-pusu naik...iskkk..pelik..mana semua orang pegi?? So, begitu la indahnya pagi Jumaat aku..hahaha...

Hari nie...aku balik Lumut naik bas jam 7.30pm ngan hubby...malas nak drive..mak aku bising..dia tak bagi lak bawak kereta..hehehe...so, kena laa dengar nasihat orang tua kan...kalau dia kata jangan tu better jangan laa kan...tak pe laa..lagipun penat kalau drive..baik naik bas..jimat minyak..jimat masa...jimat duit tol...segalanya jimat...& yang penting aku bleh tido..hehehe...tu yang paling best laa...sambil mendengar iPod Nano ku...hehehe...dah penuh lagu la katakan...hehehhe...tu pasal best dengar tuh...ahakzz...sampai flat la bateri...hehehe...

Esok tak tau laa...mak aku cakap nak pi Ipoh...dia nak pi Macro...awat laaa tetiba dia nak pi Macro...yang Fadz dah excited...sebab dia memang nak sangat pegi Ipoh...dia kata dah lama dia tak pi Ipoh...haha..apa yang ada kat Ipoh pun aku tak tau...sebab seingat 2 tahun aku dok Ipoh...tak benda yang menarik langsung selain Kinta City Jaya Jusco tu je...tak pun Macro..aku pegi semua tu time nak raye jer...beli barang..kalau tak jangan harap laa aku nak pi...better dok umah...biasanya raya mak aku suka pegi sana..beli kuih...beli barang laa..memacam stok dia beli aaaa...kek & kuih raya biasanya beli kat Ros Segar...kat Changkat Cermin Ayer Tawar tuh...hehee...sana beli kat kilang...so, murah sket laaa..

Okies laa...nak sambung buat keje...kang kantoi lak ngan bos aku..hahaha...okies...chow...nak sambung buat reconciliation sat..chowww...

Wassalam...

Wednesday, June 14, 2006

Bola, Kawan, Tido & Kereta

Assalamualaikum wrth wbkth...

Minggu nie minggu bola...semua orang sibuk pasal bola...ada yang sanggup berjaga jam 3 pagi...semata-mata tengok bola di waktu orang semua sedang enak di ulit bantal..ehehe...aku tak terkecuali..cuma kalau game jam 3 pagi..memang sudah semestinya game yang tengok aku laa...aku malas nak join..ehehe..baik tido...lagi best...hubby...cam biasa, kekadang dia tengok gak..kekadang dia pun malas...cuma game yang dia nak tengok jer baru dia tunggu...semalam masa perlawanan France pun aku dah terlena...baru 30 min tengok..pas tu semuanya lebur di dalam mimpi..hehehe..penat wooo..sebab sebelum tu aku sibuk sedia bahan masak untuk bawa bekal keesokan harinya...jadi tak larat tengok game..hehehe...tak pe..aku tengok update score jer laa...maleh nak tengok semua..kekadang penat tunggu tak GOL..tu yang malas...

Semalam pasar malam kat Melawati...balik keje hubby terus ajak pi pasar malam...apa lagi, memang saat di nanti..sebab aku nak beli roti pita...& kueh teow...jalan punya jalan...jumpa x-classmate aku kat teknik...si Rahmat...kecik dunia nie..tapi dia aku memang tahu dok Setiawangsa...jadi tak heran laa kalau terjumpa area KL nie...hehehe...normal laa...rata-rata ramai yang dok KL...tapi mungkin ada yang dah tak kenal antara satu sama lain...maklum laa..dah hampir 9 thn meninggalkan alam persekolahan...ada yang ingat muka...tapi lupa nama...ada yang tau nama..tapi tak tau rupa macam mana...macam-macam lagi...and aku harap ada gathering yang akan dibuat..walaupun dah tak berapa kenal..bila time gathering...bleh laa jumpa kan...mengingat kembali zaman itu...zaman persekolahan...hehehe...terkenang lak...

Minggu nie...aku tak tau kenapa aku mengantuk kat ofis...dah laa selsema teruk..banyak dah ubat selsema yang aku makan..tapi keadaan masih sama...agaknya kesan ubat2 tu buat aku mengantuk di siang hari waktu pejabat lak tuh...tension tul...ntah laa...isnin & selasa depan aku on leave...amek cuti rehatkan otak...hehehe...rehatkan otot-otot yang penat...

Kereta...Hubby cakap mungkin dapat hari nie..YES!! Bleh laaa aku bawak meronda pusing2 area Melawati..heheheh...jalan-jalan kat sini aku dah ingat sket2...insya'allah...kalau tak dapat minggu nie...minggu depan laa kot...heheh...okeh laa...aku nak sambung keje sket...keje tak sikit..tapi banyak sebenarnya...hehehe...okies...chowww..

Wassalam...

Gambar selepas upacara nikah - Fadz's Family

Thursday, June 08, 2006

Keje

Assalamualaikum....

Hi!! Aku lagi...sudah semestinya laa..sebab nie weblog aku..hehehe...anyway, quite bz gak laa hari nie...berbanding semalam hari nie aku lebih cergas...semalam muka aku memang muka mengantuk...nak tersengguk jer...pancing ikan jer kat opis..tak penah dibuat aku sepanjang keje...tapi kali nie memang teruk tul...tak sangka lak...semalam drop di KLCC lagi...masa kat KLCC tak ngantuk lak..pelik tul aku...actually makan ubat selsema kelmarin malam...tapi tak ngantuk...agaknya ia berkesan keesokkan harinya..hehehe..pelik tul...selsema tak baik gak...tu laa yang buat aku geram...hidung dah sakit...susah nak bernafas...susah nak tido..semua susah...nak tengok tv pun kotak tisu yang temankan...dah berkotak2 tisu aku kerjakan...kalau kat ofis siap beli yang besar...bakul sampah sah sah laa aku yang penuhkan..hehehe...rasanya dah lebih 4 minggu aku kena selsema nie...huhhh...tension..time dia baik aku leh laaa relax..tapi kalau dah sakit...huhhhh...nak berfikir pun rasa boleh jadi tension...ntah aaaaa...mana aku dapat penyakit nie...HUJAN kot...ntah laa...okies..choww...

W'saalam...

Tuesday, May 23, 2006

Aduhaiii LRT

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hai kengkawan ku semua...especially kepada pembaca setia la...anyway, dah 23 hari aku jadi seorang isteri kepada seorang lelaki...ihikss..chehhh..jiwang la plak...macam biasa aku berulang naik LRT laa jugak...tak der yang berubahnya...hidup macam biasa...LRT adalah penghubung utama ke tempat kerja...dr KL ke PJ...huh..13 stesen tuh...sapa larat..naik tren macam tin sardin...ahakzz...anyway, aku suka lagi naik LRT dari area PJ ke KL....sebab penumpangnya lebih berdisiplin berbanding penumpang dari sebelah KL...sbb aku dah beberapa hari naik LRT dari Setiawangsa...tapi semua yang tunggu kat platform..tak reti berbaris...kalau kita berbaris pun..mesti ada yang potong barisan...bosan tul...so, depa dah buat cam tuh...aku pun join sekali laa..asal pintu LRT bukak jer..serbu masuk laa..kalau tak sure tak sampai tempat kerja awal...betul tak? Kena ikut rentak mereka jugak laa..hehehe...kalau tak sendiri rugi besar ler...

Hmmm...area Melawati habis dah aku terjah...dah tau laa sket2 selok belok jalan kat sana...dulu memang aku tak tau langsung...yang aku tau area PJ & Shah Alam jer...now kena belajar gak tau-tau jalan-jalan yang penting...mana laa tau esok-esok nak drive sensorang ke..betul dak...hehehe...banyak gak laa jalan-jalan yang aku dah ingat...kira orait la gak..maklum laa..BRILLIANT otak aku nie...heheehe...jenis cepat ingat jalan mana ...tembus mana...pusing-pusing kat situ...hehehe...rumah aku atas bukit...so, penat sket laaa kalau tak der kenderaan...jauh maa...dari luar ke dalam..jauh tul...yang paling tension...tak der bas masuk dalam...yer laa...nun dihujung sekali...mana laa bas nak masuk kan...naik bukit pun bas tak larat kang...hehehe...

Rumah lak...nak kata dah habis kemas...baru 60% laa kemas...ada 40% nak kemas...banyak lagi barang aku yang belum keluar dari kotak...dan beberapa barang lain yang belum kemas..kebanyakannya adalah barang aku laa...masa masuk bukan main kosong..hehehe...rumah je dia ada...isi lom ada masa tuh...tu kata dia laa...sekarang aku dah penuhkan dah...takut tak muat jer...hadiah semua masih dalam kotak...lom ada almari nak simpan...tengok laa macam mana nanti nak kemas...hujung minggu nie nak lepak puas-puas...badan pun letih lagi...masih terasa penat 3 minggu lepas...serius..memang letih habis masa kenduri...sampai demam aku dibuatnya...sisa demam masih ada lagi nie...batuk..selsema...biasa laa...masih berbaki...ubat biasa la...tetap kena continue..kalau tak sure tak ok...kejap OK...kejap TAK OK...hehehe...

Ok laaa...nak makan...hari nie aku bawak bekal lunch BURGER...ahakzzz...aku masak pagi tadi...hehehehe...tengah rajin la katakan....semua benda aku bawak...sebenarnya tertinggal satu benda masa nak keluar...NUGGET aku...hehehe..aku letak kat almari...tertinggal laa plak..kalau tak bleh makan...uuwaaa...tak p laa...ok laa...lapar tul...chowwww....

Wassalam....

Monday, May 08, 2006

My Oh My


Sejurus selepas majlis akad nikah



Di Teluk Batik Beach Resort

Wednesday, April 26, 2006

Dorayaki Recipe - Japanese Sweet Recipe

Dorayaki is a kind of traditional Japanese cake with anko sweet azuki beans filling.
(Makanan kegemaran DORAEMON)

INGREDIENTS:
  • 1 cup flour
  • 2/3 cup sugar
  • 1/2 tsp baking soda
  • 3 tbsps water
  • 3 eggs
  • 3/4 pound anko (sweet azuki beans)
  • *vegetable oil for frying

PREPARATION:

Put eggs and sugar in a bowl and whisk very well. Dissolve baking soda in water. Add the water in the egg mixture. Add sifted flour in the egg mixture gradually. Heat a frying pan and lightly oil it. Pour a scoop of the batter in the pan and make a small pancake. (*about 4 inches in diameter.) Turn over when bubbles appear on the surface. Repeat this process to make 8-10 pancakes. Cool the pancakes. Make pairs of pancakes and put a scoop of anko sweet beansbetween them. (like an ice cream sandwich.) *Makes 4 servings.

Friday, April 21, 2006

Thursday, April 20, 2006

The Last Day Of 25

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmmm....the last day...esok nak signed aggreement being 26th lak...hehehe...al-maklum jer laa...after 9th days...lain plak ceritanya...tau-tau jer laa pada yang tau tu yek...macam biasa...sebelum cuti kerja atas meja..memang banyak yang nak dibereskan...lepas nie aku cuti seminggu...hehehe...jangan jealous...

Persiapan semua...98% jer...ada lagi 2% yg tak siap...so, balik nanti rushing la kena siapkan...harap kakitangan yang ada cukup nak bantu aku buat semua kerja...hehehe...tau jer laa..time tu banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk membuat macam-macam kerja...aku pun turut sama turun padang membantu...aku biasa la...walaupun majlis aku...tetap gak bersama berganding bahu nak buat kerja...tak leh dok diam laa..biasa laa kan....

Okies laaa...waktu kerja nak tamat...okies...chow....semoga jumpa lagi....last & foremost...HAPPY BIRTHDAY TO MY SELF...

Chowww....Wassalam....

Monday, April 10, 2006

Penat

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmm...minggu nie rehat....minggu penat dah berakhir minggu lepas...ntah hape2 keje aku buat..banyak sangat dan agak melampau...kira extreme laa...tension pun ada...tapi aku tetap COOL...ura-ura nak tukar aku ke dept lain lak...uuwaaa...tak mau laa..aku lebih rela pindah keje...dari tukar department...b'coz it sucks!!!! I mean it! Coz dah berpengalaman laa....dulu pun aku resigned b'coz depa tukar aku ke dept lain...dept yang teruk giler...dan menyusahkan aku jer...kali ni bunyi macam tu jer...tak mau laa....doa laa semoga aku tak ditukarkan...kerana buat aku tension jer...tak suka laa cam tuh...baru nak reti buat satu kerja...dah kena tukar...apa daaa..tak suka..serius aku tak suka...kekadang benda kecik cam nie laa yang buat tension jer sebenarnya...susah laa...rasanya nak mohon kerja kat SME BANK...macam best...mana laa tau rezeki kan...leh keje kat KL...dekat sket....pegi keje sesama ngan 'habibi' ana...hehehe...betul tak? Jimat dah tambang cam tuh..hehehe...

Aduhhhh...Minggu depan...besday ku yang ke 26....huh....dah nak 26 tahun dah nie...Jumaat depan genap laaa kan....lepas 9 hari kemudian jadi bini orang lak..hahahah...lawak lawak..kononnya dulu janji cukup 26 baru kawin...nie baru 26 tahun 9 hari...terus nak kawin...keh keh keh...lawak lawak...esok aku pindahkan barang ke rumah habibi ana....kat Hulu Kelang...belakang ZOO NEGARA...hehehe...macam best! Tak tau laa....harap best...rumah atas bukit la katakan....sejuk je laaa...hehehe...nasib baik rumah sendiri..tak yah laa bayar duit sewa lagi kan...lepas dah angkat barang semua..aku stay kat Kelana Jaya lagi..dok umah makcik aku kat SS 3....senang sket..leh jalan kaki ke LRT Taman Bahagia..exercise laa sket pepagi..tak pe...demi kesihatan dan demi nak KURUS laa...hehehhee....chiayooo chiayooo....

Okies...nak sambung makan biskut laa...okiess...chowwww....

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...