Friday, January 25, 2013

Day 2: Ho Chi Minh City

Salam...
 
Day 2. Apa kami buat? Shopping la. Tu kan agenda utama di sini. Untuk makluman, aku malas laa nak join tour ke Chu Chi Tunnel & Mekong River. Lom lagi laa kut. May be next time. Tujuan utama pun aku nak meninjau di HCMC ni dulu. So, menimba pengalaman yang secukupnya laa di sini.
 

Telekung Vietnam

Kain Cotton & Sutera Vietnam
Jubah yang dah siap memang banyak dijual di sini. Tapi kebanyakkannya yang bermanik2 la. So, bleh laa buat pegi jalan-jalan dengan glamournya! Hehehe...sama laa macam baju kurung cotton tu yang siap dengan manik gak. Pening gak tengok manik banyak sangat. Anyway, sini urus niaga boleh guna RM tau. Cer tengok tanda harga tu. RM kan...nak bayar USD pun bleh...VND pun bleh...ikut mana suka. So, kalau ke mari bawalah juga RM kita...sebab laku gak digunakan di sini. Tapi before berurus niaga tu tanya laa dulu kan....
 
Banyak pilihan kan?
Dok shopping aje kan....tak lapo ker? Memang la bawak bekal dari Malaysia. Hehehe, nak gak merasa Pho Mee yang fames tu. Kalau kat Malaysia kita bleh makan kat Secret Recipe, tapi tak sama laa rasanya. Lain sangat bezanya. Kat sini dorang hidang dengan ulam-ulam tau. Kalau tak suka makan sayur or ulam jangan la makan kut. Nasi berlauk ada gak. Tapi lauk tak banyak pilihan sangat la. Depan hotel kami ada beberapa kedai makan halal iaitu Hajah Basiroh & Restoran Kampung Melayu. Kalau nak murah makanlah di kedai Hajah Basiroh cuma pilihan makanan tak banyak la. Kalau Restoran Kampung Melayu ni banyak sket pilihan. Cuma harga mungkin agak mahal. Tempohari tak sempat nak cuba lak...
 
Pho Mee @ Hajah Basiroh, HCMC
Nasi Berlauk (Kangkung+Telur Sambal+Ayam Goreng)
Lepas makan sambung lagi shopping sekitar Benh Tanh. Macam-macam kedai kami keluar masuk la. Mencari apa yang dihajati di sini. Baju kurung, Kain Cotton, Kain Sutera Vietnam, Telekung, Tudung, Beg Deuter, Beg Beroda...memang mau sasau gak laaa kalau tak bleh kawal iman tu...hehehe..aku? Masih terkawal lagi laa...eheheh...
 
Tudung Half Moon

Half Moon 2 layer
Sebenarnya banyak benda yang boleh dibeli selain kain & telekung. Seni kraftangan di sini gak agak bagus untuk dijadikan buah tangan. Cantik-cantik belaka. Orang Vietnam ni sangat cermat. Oh ya, selain baju, beg adalah benda yang boleh dibawak balik juga. Beg Deuter, Kipling, Crumpler, Samsonite dan lain2. Memang banyak dan murah gak. Cuma kena pilih laaa dengan baik la. Ada yang menawarkan harga agak mahal juga.
 
Kedai beg. Memang teruja!
 

Nie plak kedai 24 jam. Kiranya macam 7-Eleven la. Ada HSBC ATM lagi tau. Tapi kalau nak membeli belah dalam kedai nie pakai laa mata wang VND (Dong). Dorang nie tak pakai USD atau RM pun. Lokasi kedai pun depan hotel aje. Ok laa tu. Kiranya kalau rasa nak beli apa2 boleh laa singgah ke kedai nie walaupun dah malam kan.
 
Banyak nak citer lagi...adoi..letih dah...penat menaip...bukan penat bercakap pun eheheh..anyway harap enjoy....
 

Ho Chi Minh City, Vietnam

Thursday, January 24, 2013

Day 1 : Ho Chi Minh City - Part 2

Salam,

Lebih kurang jam 11 am waktu Malaysia kami tiba di Tan Son Nhat Internation Airport, Vietnam. Lepas keluar perut kapal terbang, tiba laa masa nak jumpa imigresen & pick up beg. Memula tengok imigresen takut gak. Sebab macam komunis lak. Risau pun ada. Muka depa dah laa serious. But after greet "HELLO", dorang senyum. Alhamdulillah!
 
Kami dah tiba di Ho Chi Minh City, Vietnam
Lepas dah pick up beg. Kami pun keluarlah dari airport dari balai ketibaan. Terkejut omak! Ramai betul orang yang menunggu di hadapan pintu. Hehehe...dorang tunggu family kut. Tapi memang ramai dia tu kalah laa KLIA & LCCT. Anyway, kami terus ke bahagian hujung airport, untuk mendapatkan teksi. Teksi Vinnasun adalah pilihan yang digalakkan sebab mereka menggunakan meter berbanding teksi lain. Kalau dari airport hingga ke hotel area Benh Tanh around USD9-USD10 saja. Tapi sediakan duit dalam Viet Dong VND).
 
Muka org Malaysia memang bleh kelihatan di mana2
Kami kami keluar dari airport agak payah gak. Sebab tunggu giliran untuk dapatkan teksi. Ramai sangat orang Malaysia dapatkan teksi Vinnasun. Jadi tunggu aje laa giliran kan. Dekat 30 minit gak laaa baru kami dapat teksi. Penat gak laa berdiri kat situ. Letih!

Pemandu Teksi kami seorang wanita Vietnam...lawa seh!
Tiba di hotel Saigon Pink 2. Kami berehat2 dahulu. Makan dulu bekalan yang dibawa dari Malaysia. Kenapa bawak bekal? Sebab nak jimat. Duit tak de? Ada laa...tapi kalau boleh nak pakai untuk bershopping laa kan. Biasanya bekalan yang harus di bawa adalah mee maggi, roti, minuman 3 in 1, rendang Brahim etc...suka hati laa apa nak bawak kan. Bukan tak boleh makan makanan di HCMC ni, boleh gak cuma larat tak larat aje nak bayor laa kan...tak de laa mahal pun. Tapi bak kata saya tadi kita bleh berjimat gak laa...tul tak..
 
Nescafe + Mamee Kari Berapi buat alas perut sebelum berjalan di HCMC

Bekalan kami dari Malaysia
Lebih kurang jam 3pm (waktu Malaysia)...kat sana baru kul 2pm la. Kami pun memulakan perjalanan ke pasar yang fames tu. Benh Tanh Market. Tak jauh pun dari hotel. Bleh nampak lokasinya bila berdiri dihadapan pintu hotel. 2 minit aje dah sampai, cuma kena menyeberang jalanraya yang penuh dgn kenderaan yang suka hon hon tu..kena berani menyeberang aje la...kalau takut memang tak bergerak la jawabnya.
 
Tu pasar Benh Tanh. Motor banyak sangat di sini..
Salah satu pintu masuk

Kraftangan yang sangat banyak

Bleh buat pants & suit
Banyak sangat nak citer kat Ho Chi Minh City nie. Seronok pegi sana buat kali pertama memang agak teruja gak la. Maklum jer laa sana kan syurga membeli belah buat kaum wanita. Tapi sebenarnya untuk kaum lelaki juga kalau pandai mencari apa barang yang nak di beli.
 
Mau sasau kalau tengok warna-warna kain nie
Bagi kaum wanita, kain cotton, baju kurung labuci dan telekung menjadi pilihan. Banyak pilihan memang tak terkata la. Sebab tu laa ramai sangat orang Malaysia di sana. Dah rasa macam kat KL. Macam area Masjid India aje. So, tak de laa homesick sangat bile berada di sini.
 
Sebelah malam pula depan Benh Tanh market tu ada pasar malam. Setiap hari tau. Perghhh kat KL pun tak de laaa pasar malam setiap hari di tempat yang sama plak tu. Tapi memang best laaa...sebab bleh tengok macam2 di situ. Time ni kita bleh tengok orang Malaysia sangat ramai. Siang ke mana?
 
Baju Kurung Cotton sulam manik
Ramai kan orang Malaysia di pasar malam ni. Tu pasal rasa macam di KL aje time nie. Macam tak percaya plak aku kat pasar malam di Vietnam yang dipenuhi rakyat Malaysia bershopping sakan.

Ada yang species berebut gak tu...mcm2 aje...
Nie baru kisah day 1 aje...lom lagi kisah2 hari kedua dan ketiga. Aku shopping banyak? Tak laa...aku just jalan2 & amek catatan aje. Beli pun sehelai dua saja. Sekadar memerhati gelagat orang aje. Tengok apa yang boleh dibeli untuk lawatan akan datang ehehe...niat untuk datang lagi sekali memang ada. Dengan duit yang banyak sket laaa kan ehehe...


Saigon, Vietnam

Day 1 : Ho Chi Minh City ... Here I Come ... Part 1

Assalamualaikum....
 
Hari yang dinantikan telah tiba jua akhirnya! Berdebar ngalahkan nak amek exam aje...ape pun aku sangat teruja disebabkan ini kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Ho Chi Minh a.k.a Saigon yang begitu fames dikalangan warga makcik2 dari Malaysia....
 
 
4.30am - Bertolak ke LCCT dan naik SkyBus.

4.50 am - Tiba di KL Sentral.
 
5.00 am - Naik bas.
 
5.30 am - Baru bas bergerak ke LCCT.
 
6.30 am - Tiba di LCCT. Check-in baggage. 
 
7.30 am - Check kastam. Melepak dalam Departure Hall. Makan Dunkin Donut jap..heheh
 
8.30 am - Boarding flight
 
9.10 am - Flyyyyyy.....terms nyanyi lagu Air Asia yg dlm iklan tu...huhuhu
 
10.50 am - Tiba dah di Saigon. 
 
Saigon Pink 2
Fuhhh...letih laaa nak citer pakai iPad nie..secara live laaa kiranya. WiFi hotel sangat laaa best. Hotel mana? Hotel Saigon Pink 2. Lokasi sangat laaa strategik ngadap pintu Pasar Ben Tanh. Syok laa jalan kaki tersangatlah dekat! Lokasi shopping tersangatlah bagus. Senang sangat kalau mmg niat untuk shopping sakan (ada gak aksi shopping mcm Sakai, sbb taksub shopping smpi mata pun mcm buta aje..main langgar aje) ....kisah nie nanti aku story di entry akan datang. Tak de mood nak story...
 
Okay laaa...mata sudah mengantuk sangat. Kaki sudah penat. Mata sudah letih. Mau tidur laaa tu kan...Nanti saya update lagi yek....
 
Nite...Selamat malam Malaysia.... 
 
P/s: gambar after blk Malaysia....
 
Saigon, Vietnam

Monday, January 21, 2013

Jadual Penuh!

Salam,
 
Bulan Januari memang bulan packing bag aje aku. Letih gak nak pack bag & unpack bag ni. Mana nak kemas baju & basuh baju lagi. Perghhh..letih sangat! Kalah pramugari tau...asyik tarik bag ke sana ke mari ehehe...
 

Apapun lepas Team Building minggu lepas. Minggu nie aku akan berlepas lak ke destinasi international. Pergh...berdebarnya! Heheh...al-maklum je laa 1st time nie nak pegi. Kali nie pegi dengan kawan ofis lak. Tak dapat pergi bersama yang tersayang. Next time plak kami pi berdua. Hehehe...nie pegi pun sebab nak menimba ilmu. Ilmu apa? Ilmu shopping ler...ehehe ...
 
Ke mana destinasi ku? Nantikan yek!!  
 

Sunday, January 20, 2013

Day 3: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam,

3rd day. Its our last day in PIBR. Seronok walaupun hanya sekejap sahaja. Walaupun agak penat sebab perjalanan jauh. Tapi kami semua enjoy! It's time to say good bye!
 

 
Masa tiba di jeti, bot dah ada. So, terus naik aje la. Tapi lambat plak jalan. Memandangkan bot lambat jalan kami semua pun berposing sakan laaa atas bot yang belum berjalan tu.
 

Bergambar mengalahkan pelancong dah masa ni. Haha pelancong tempatan laa kiranya gak! Heheh..masa nie semua kecoh. Bila dah naik bas aje, semua dah senyap. Sebab semua dah penat dan semua dah tido! Haha bertuah tul... Anyway kami semua enjoy. Bising sama-sama. Makan sama-sama. Dan tido sama-sama...tido dalam bas la! Hehehe...mesti ada yang berdengkur. Yang pasti bas baru jalan 20 minit aku dah tido la. Sampai KL baru sedar...ehehe...

Saturday, January 19, 2013

Day 2: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam....
 
Sambung lagi story semalam. Nak citer dah letih sangat dah. So far kat sini okay la. Makan minum semua best! Mulakan dengan breakfast, lunch & dinner. Semua best! Makan berulang memang banyak kali la kan!


Mulakan pagi dengan sarapan

Lepas sarapan aktiviti team building mula. Island Survival, tapi masa nie memang tak bawak apa-apa gadget. Sebab takut ada aktiviti masuk air kan. Jadi risau laa kamera terkena air kan. Jadi terpaksa tinggalkan di bilik saja la. Acara tangkap ikan la..buat khemah la..panjat pokok kelapa la..hidupkan api la..masak sotong la..semua kami buat. Hehehe..seronok gak sekali sekala kan ada aktiviti macam ni!
 
 
Lepas aktiviti Survival Island. Ramai yang keluar pergi shopping membeli ikan bilis & ikan kering di sekitar Pekan Pangkor. Aku? Malas nak join la. Lagipun aku pun selalu balik Lumut. So, wat pe laa aku nak sibuk beli itu dan ini kan. Heheh macam menyibuk lak rasanya! Jadi aku melepak di bilik aje petang tu. Layan citer Hindustan sambil golek-golek atas katil. Dah petang sket baru aku keluar pegi jalan-jalan amek angin di tepi pantai. Rasanya banyak aktiviti santai aje di sini. Tak de lak aktiviti yang berat-berat pun. Kira okay laa tu. Bleh berehat sket kan!
 

Petang tu penuhi masa dengan jalan-jalan disekitar hotel. Malam plak kami ada BBQ Dinner kat tepian pantai.


Bawah tu bilik aku. Level bawah. Senang sket nak angkat barang. Tapi bila lalu ikut atas jenuh lak nak naik tangga. Tapi enjoy laa sepanjang duduk sini 3 hari. Rasa rehat sakan pun ada. Hehehe....


Semua muka kenyang! Enjoy the moment together. Esok..kami sudah pulang ke kota metropolitan. Enjoy the moment while you can. 

Friday, January 18, 2013

Day 1: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam...
 
Seminggu sudah berlalu. Baru laa ada masa nak citer pasal team building di Pulau Pangkor. Jauh kan team building kali ni. Keluar terus dari KL. Dan dekat plak untuk aku balik rumah kan. Tapi tak dapat laa balik rumah sebab kami kan ikut rombongan cik Kiah. Naik bas beramai-ramai macam budak sekolah.
 
 
Ada gak yang bawak family kali ni. Tapi aku tak bawak la. Since ni acara ofis, malas laa nak pegi. Lagipun Pangkor nie bila2 masa aje bleh pegi pun ehehe...tak jauh dari umah ibu pun. So, pegi weekend time cuti di Lumut pun bleh laa pegi kan.
 
 
Kami dah tiba di Pangkor Island Beach Resort. Kat private jeti gitu. Kelas kauuu...al-maklum jer laa dapat join team building mahal. Lepak di pulau plak tu kan..Heheh...kau ado?
 
Jeti Pangkor Island Beach Resort
Kami naik bas nie untuk ke resort dari jeti. Comel kan bas tu! Macam bas sekolah Sin Chan lak ...kiut. Tak de tingkap bertutup plak tu. So, berangin ajer laa....depa bantai penuhkan bas. Dah macam Bas Mini kat KL suatu ketika dulu...ehehe...Sib baik laa aku dapat duduk. So, kira selamat laa...eheheh...
 
 
 
Setelah check-in. Dapat kunci bilik. Lega. Terus tarik bag untuk ke bilik. Lega sampai bilik. Cuma bilik agak jauh dari kaunter reception. Garden Wing. Perghh...jenuh naik turun tangga angkat beg. Letih gak laa macam tu. Tak sesuai tul tangga dia untuk angkat beg, sebab tangga kecik sangat! Sampai bilik okay gak laa. Untuk dua orang duduk dalam satu bilik, dengan dua queen size bed. Memang best! Sorang satu katil. Pergh!! Best bleh golek-golek sepuas hati!
 
Balkoni bilik kami
Nasib baik laaa before sampai ke Lumut kami semua dah sapedek tengahari. Kalau tak memang kebulur la. Sebab waktu makan kami adalah pada waktu petang iaitu untuk dinner. Tapi nasib baik laa waktu dinner adalah jam 6.30pm.
 
Indahnya pemandangan di waktu petang
So, aktiviti utama dibuat lebih kurang jam 4 petang. Ice Breaking ... tak de buat apa sangat pun. Sebab lepas sejam kami semua dilepaskan untuk aktiviti bebas disekitar resort. Seronok gak la...jenuh laa penuhkan kamera dengan gambo gedik-gedik kami di pantai bersama office mate. Hehehe...acara utama la tu kiranya!!
 



Ada macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini. Berkayak, perahu layar, snorkeling dan lain-lain lagi. Best gak! Pada mulanya nak mandi gak kolam renang tu kan..tapi segan laa sebab ramai budak ofis kan. Lenkali aje laa.
Jam 6.30 petang. Tiba sudah waktu makan malam yang dinantikan. Disebabkan lapar sangat. 6.30 pm tepat kami & the gang dah terus masuk ke Hornbill Restaurant. Makan buffet. Ambil saja laa baper banyak yang anda mahu..ehehe....so, terserah la kan! Yang pasti boleh makan banyak. Hehe..makan sampai kenyang.. Yeay!!

1 round: Nasi Beriani + Sambal Udang + Ikan Kukus + Bakchoy

2nd Round: Beef Steak + Black Pepper Sauce + Salad + Ikan Kukus
After dinner tu ada plak indoor activity. Critical Thinking katanya. Dah lepas makan. Kenyang. Otak? Tak bleh fikir dah plak masa ni. Memang nak tido aje. Dah laa penat perjalanan jauh dari KL-Pangkor kan. Jadi mindset untuk tido tu dah menerawang ajer di otak. Heheh....After activity nie, kami terus pulang ke bilik. Tak larat laa nak tengok live band ke ape. Ngantok seh! Salin baju tido terus babam..zzzzzz! Sambung sok lak activity yek.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...