Monday, July 04, 2011

Port Dickson - Part I

Assalamualaikum wrth wbkth....

Percutian kali ini memang aku nantikan. Selalu sibuk dengar orang bercerita ajer kat sini. Kali ini aku sendiri pegi sini dan menginap dis ini. Memang seronok. Kat mana? Legend International Water Homes PD. Memang percutian yang aku rasakan paling best aku penah pegi.
 
The Legend International Water Homes
Kami tiba di PD sekitar jam 1.00 tengahari. Waktu makan. Memang nak makan sangat. Lapo. Tapi aku dah pek kan bekal dari rumah tadi. Nasi + lauk pauk skali tau. Perghh macam tak percaya jer aku berpiknik dalam bilik. Menu : Kari Kentang + Ikan Cencaru Bakar + Sambal Sotong + Kailan Sos Tiram + Salad + Serunding Daging....Yummy!!
 
Bekal yang di bawa dari rumah





Siap di hidang
Bila sampai kat bilik benda pertama yang di cari adalah kolam renang. Hehehe...Maklum laa bilik tu ada private pool. Kami menginap di tingkat 7. SkyPool Villa. Tapi perlu makan dulu baru laa bleh bermandi manda kan. Baru syok. Dah kenyang bleh laa berkubang dalam kolam!
 

 
Gajet yang dibawa*Free WiFi
Malam lak makanan di taja. Eh? Taja ke? Hehe tak de laa...dapat sekali kupon makan untuk dinner + breakfast untuk 2 orang di LIWH. Buffet dinner malam tu agak sedap gak la. Banyak gak kami makan untuk malam tu. Dah nama pun buffet kan. Bantai la makan sampai kenyang.

 

 
 
Lepas makan jalan-jalan waktu malam di sekitar hotel. Surprise gak la..sebab masih ramai lagi orang bersosial di sekitar hotel. Ada yang kayuh basikal laa dan macam-macam aktiviti dorang buat. Best gak. Kita orang lak sempat berjalan ke bangunan sebelah. Legend Water Chalet yang terletak di sebelah aje. Tak jauh pun. Saja laa jalan. Tapi memang deko dalaman untuk ruang legar amat berbeza sangat.
 
Sarapan pagi tidak sesedap waktu dinner semalam. Kebanyakan lauk agak masin. Aduhh...Chef hilang deria rasa ke apa? Masin sungguh. Ada 2-3 lauk yang teramat masin. Ada yang plak yang tawar semacam. Ntah la...pagi tu sarapan dengan kecewa dengan rasa makanan ler. Hilang selera makan terus.

 

Lepas makan sarapan pagi, kami pun berjalan-jalan di sekitar hotel. Semalam tak jalan jauh sangat sebab gelap. Siang baru dapat jalan. Baru nampak ke mana hala tuju nak pegi kan.
 
 

Cantik pemandangan di sekitar hotel yang atas air. Memang menarik la pemandangan di sini. Next time nak sewa bilik yang atas air plak. Saja laa nak amek mood laut. Tapi rasa macam seramsss lak...tak tau kenapa ek...
 
 

Berdua aje!
Around jam 12pm...kami check-out. Next hotel. Ke mana? Hmmmm...tunggu ek....nanti update kemudian laa ek....sabaqqq ek...

Sunday, May 29, 2011

Syieda's Wedding ...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Alahaiii...rasanya macam dah lewat jer nak update...al-maklum jer laa sibuk sangat sekarang nie. Sampaikan blog sendiri pun dah bersawang. Tak tau apa nak buat daaa...mungkin aku perlu beli satu "pad" or "tab" yang senang dibawa ke mana-mana jer. Kalau bawak laptop letih bahu nak sandang lak..mau senget nanti bahu aku nie....


Okay laa..berbalik pada cerita asal...Awal May yang lalu, sempat laa bertandang ke majlis persandingan ex-dormate SM Teknik Seri Iskandar di Taman Bernam Jaya (bersebelahan tol Tanjung Malim). Seronok laaa sebab dapat jumpa balik kawan dorm yang dah lama tak jumpa. Syieda nie kami last jumpa masa SPM dulu..fuhhh lama kan? Sekali jumpa member dah kawin dan tak lama lagi akan menerima cahaya mata dah. Cepat tul masa berlalu kan!!

:: Pengantin & kawan-kawan ::

Next wedding adalah wedding E-cun 26 June nie...so, nantikan gambar terusnya. Anyway Syieda Selamat Pengantin Baru yek....Kawan-kawan nanti kita kumpul ramai-ramai lagi ek...syok sekali sekala dpt jumpa semua sekali....

Okay semua...Wassalam...

Tuesday, May 03, 2011

Lagu korea yg agak comel....

Lagu dr iklan OneHD Korea...sedap didengar...comel2 belaka budak2 Korea nie...enjoy!



Lyrics | Girls' Generation lyrics - Oh! lyrics

Thursday, April 28, 2011

Sekinchan Ikan Bakar @ Setiawangsa

Assalamualaikum wrth wbkth....

Ahad lepas sempat laa menjengah tempat makan yang belum pernah di terjah lagi. Sempena hari lahir ku + wedding anniversary....Long call and ajak makan. Kami berempat pun ke Sekinchan Ikan Bakar di Setiawangsa. 1st time pegi sini. Selalu tengok review orang jer kan. Kali ni pegi merasa sendiri la kan. Tak jauh pun dari rumah, sekali vroommmm pun dah sampai hehehe

Menu di sini semuanya bakar sahaja. Dah nama kedai pun kedai ikan bakar kan. Takkan laa plak ada yg menu ada Thai or Chinese lak kan...Setiba di sana kami memilih tempat duduk di bahagian luar. Kononnya tak mau lemas di dalam yang nampak seakan gelap semacam jer kan. Pas tu terus ke bahagian tempat pemilihan makanan. Bangla yang jaga kaunter ikan tu. Fuhhh...Kat situ ada ikan siakap, ikan kerapu, ikan kembung, ikan cencaru, udang, sotong & ketam. Saiznya plak bleh tahan besar la. Tapi kami ambil yang sederhana sahaja. Dan semuanya di bakar. Pas tu ke kaunter ulam-ulaman, sup dan nasi lemak. Kami hanya memilih ulam-ulaman, sambal dan sup. Malangnya setelah makan hampir 30 min sup masih tak tiba. Dah panggil waiter pun masih tak sampai jugak sup tu. Pelik tul. Pekerja tak berapa cekap dan agak termanggu jer. Servis agak slow. Pesan makanan 2x baru datang. Tak panggil tak datang. Makanan sedap, tapi servis hancuss sket. Harap dorang perbaiki servis di masa akan datang...


:: Suasana di Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa ::


:: Ulam-ulam + Sambal & Sotong Bakar ::

:: Udang Bakar & Ikan Siakap Bakar ::


:: Jus Oren + Jus Tembikai + Jus Epal Asam Boi ::

Banyak jugak yang kami order masa tu. Masa makan tu cuaca terang benderang dan sangat panas. Tapi lebih kurang 30 minit makan, hujan mula turun dengan lebat. Dan atap kat situ bocor. Abis pinggan aku basah dek air hujan. Terpaksa mengelak laa plak. Sib baik laaa masa tu dah nak habis makan dah. So, terus makan cepat-cepat laa...tapi jadi tak selesa sebab hujan dok menitik dari atas jer. Lenkali makan situ kena bawak payung la kot.


:: Mangga Segar ::


:: Neslo Ais ::

Dekat 20 minit dok di bawah bumbung yang bocor akhirnya kami berganjak ke meja makan sebelah dalam. Long sempat order lagi buang mangga segar. Sedap dan manis. Dalam hujan-hujan aku bleh plak layan NesLo Ais ....huhuh mau semput dek sejuk..huhu...keseluruhan servis + makanan adalah sederhana. Harga plak...agak mahal gak la...kalau nak tau harga kena la cuba ... hehehe

Okay laaa..nanti review kedai makan lain lak...chowww...

Thursday, April 21, 2011

Friday, April 01, 2011

Friday : Orientation Day + Shopping Day

Assalamualaikum wrth wbkth,

Hi! So, happy today. Coz what? Orientation day for GDD. Officially become a group starting on 1 April. Not April fool okay! Ada orientation untuk merapatkan sillaturrahim antara 2 department yang terpisah jauh kerana berada di dalam bangunan yang berlainan. Interesting. Memang best la. Penat but seronok sangat. After the orientation semua pegi Bazaar di Jalan Tengah beramai-ramai. Hehehe :) Next time aku story pasal bazar nie plak ek ++ gambar2 di bazaar... Seronok tau.

Penat sangat dengan macam-macam aktiviti hari ni, hubby decide pegi makan jer kat luar. Since kita orang dah lama tak pegi sini, nak makan Char Koey Teow kat Mali's Corner. Kat mana? Kat Taman Bunga Raya, Setapak. Famous tempat nie. Ada Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Koey Teow ... Air plak ada macam-macam. But paling aku suke adalah Nescafe. Hubby plak suka Horlicks. Sedap!

:: Mali's Corner @ Tmn Bunga Raya, Setapak ::

Biasanya kami suka order 2...Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Koey Teow....tapi hari nie mood nak makan satu jer...hehe misi diet kan dah terbantut. Jadi kena usahakan laa kan... hehehe

:: Char Koey Teow + Nescafe Ice ::

Memang heaven rasanya makan 2 benda nie kat sini. Nasi lemak pun sedap, Char Koey Teow pun sodap. Kat sini ramai student TAR College makan. Sebab berdekatan dengan campus and rumah sewa mereka. Memang ramai. Mostly chinese. And dorang kalau makan jer kat situ, penuh. Que untuk beli makanan tok sah cakap laa...sampai ke jalan raya besar terus. Memang berbaloi beratur panjang la. At one time, pernah datang masa tu hujan, but still orang que dengan payung sebab nak dapatkan Char Koey Teow & Nasi Lemak Ayam Goreng dia....memang sedap. Sapa belum cuba bleh la cuba kan.

Okay laa...enuff citer pasal makanan...nanti lapo balik lak....okay guys good nite...happy weekend to all...bye....

Wednesday, March 30, 2011

Office Moktel ..

Assalamualaikum wrth wbkth...

It's been a long time I'm not posting anything on my blog. Rindu datang lagi. Mungkin sebab lama sangat tak berkongsi cerita suka dan duka. Sibuk. Tu la ungkapan yang sesuai untuk aku cakapkan buat masa ini. Letih. Tak sempat nak mencuri masa untuk berkongsi cerita. Keletihan mengatasi segalanya.

:: KLCC dari Level 48::

Kita mulakan hari ni, ada office moktel kat menara. Berdekatan dengan KLCC...cantik sungguh panoramanya. Celebration untuk penggabungan 2 department menjadi satu GROUP. Besar kan?? So, kena pegi ke bangunan lagi satu la nampaknya. Ke sana with my boss car. Then ada makan-makan. Dinner actually. But, end up eating sandwich, sushi, donuts & muffin. And they call it MOKTEL. Or cocktail? Hmmm...Since I'm starving so much, and I eat 6 sandwich...woww...2 sushi ... 1 donut ... 1 muffin and 1 bottle of sparkling strawberry drink. Hmmm...kenyang laa jugak. Tu la orang kata, "Orang tamak selalu rugi"...kiranya aku tak tamak atau pelahap untuk makan dinner such as steak or nasi ... terlalu berat. Makan sandwich pun dah rasa full dah. And I think I need to start diet from now on ... put on weight laaa... my mom dah bising. Everyone tell me the same thing ....arghhh...stress...and I need more food...hehehe :) to cover my stress ?? Huhhhh....

:: My favorite ::

Hmmm....after that, temankan plak hubby makan makan. Kesian dia. Jadi pegi makan di Gerai Gerak 21 Kg Baru...atau lebih dikenali kedai makan kat gerbang...siapa yang biasa makan sure tau kan. Kedai yang banyak lauk untuk dipilih setiap hari dalam masa 24 jam. Pilih sampai pening...too many choices ....highly recommended la. Kat sini, hubby makan dan aku pun join skali... heheh mana tak bulat? Huhhh...

Okay laa..letih nak rehat...chowww...wassalam....


Sunday, March 13, 2011

Sunday & 80's Songs....

Assalamualaikum...

Orkut Scraps - Sunday

Huhhh weekend yang bosan kot bagi aku ari nie. Sebab tak keluar ke mana-mana pun. Semalam nak keluar pegi pasar malam pun hujan. So, batalkan hasrat jer la. Takut kena hujan mula la demam balik kan. Jadi better stay at home je la. Kang sakit susah nak baik lak...risau la kan.

Orkut Scraps - Sunday

Melayan FaceBook ... melayan Twitter... bleh laa... ada macam2 berlaku lak kat FB tu...so, better aku layan lagu2 dari tahun 80an...perghhh layan blues jap laa kiranya. Best gak skali sekala kan. Hehehe...Lama tak layan lagu2 nie...banyak koleksi lagu2 dalam pc nie..jadi layan jer laa..hehehe hilang laa bosan kan...

Orait laa...chowww...Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...