Sunday, February 17, 2013

Main Masak-Masak Lagi...


Salam,
 
Sker benor aku ngan Yong Tau Foo. Actually aku suka lagi Yong Tau Foo yang berkuah sup. So, dua minggu lepas aku pun cuba laa resepi nye. Tak susah pun...senang aje macam masak sup aje. Aku masak semua atas stove aku kat dapur. Then panas-panas terus hidang kat meja makan. Perghhhhh....selera wey. Dah laa lapo masa tu kan...memang membuka selera laa kan. Yummeyyy!!
 
Masa nak buat tu tak rancang pun. Masa nak masak tu dah macam malas aje nak masak yang complecated. Heheh tengah mood malas. Yang senang pun boleh jadi malas. So, buka peti ais, godek2 sket dalam tu apa yang ade kan. Tengok macam lengkap aje barang-barang untuk Yong Tau Foo nie. So, apa lagi, bila tanya hubby dia pun macam suka gak. Terus laa masak ehehe...
 
 

Jom laaa join buat Yong Tau Foo gak...eheheh...

Sunday, February 03, 2013

JJCM : Yong Tau Fu Kampung Pandan

Salam,

Semalam jalan-jalan dan terus mencari tempat makan. Pusing punya pusing. Ambil keputusan nak pi makan Yong Tau Fu. Di mana? Di area Kampung Pandan.
 
 
Dah lama nak pegi. Baru dapat pegi semalam. Lega gak dapat pegi merasa. Okay gak. Sedap. Masa tiba dah jam 8mlm. Agak ramai gak orang yang sedang beratur kat situ sedang menapau dan tunggu giliran untuk makan. Banyak gak kami ambil untuk malam tu. Agak murah gak. Kuah sambalnya agak sedap. Memang aku suka. Pilihan juga banyak. Cuma untuk mendapat parking di situ agak susah sket. Memandangkan tepi jalan, kena parking kereta berhati-hati la, takut di geser oleh bas atau kenderaan lain.
 
Memandangkan aku datang waktu malam. Jadi tak banyak laa gambar lokasi yang dapat dirakam. Lagipun masa tu nak cepat sebab lapo sangat. Hehe...gelojoh lak kak melah ni kan!
 
Kalau nak mencuba boleh laa datang ke sini:
No. 2, Jalan Satu, Kampung Pandan, 55100, Kuala Lumpur
 
Kedai ni hanya ditutup setiap JUMAAT. Dan jam 9mlm dah nak tutup la. Kat situ ada macam-macam gak jual. Mee Rebus, Bihun Sup dan lain-lain lagi. Air minuman juga sedap. Okay laa tak mengecewakan.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...